Anda di halaman 1dari 4

PEMILIHAN KETUA KELAS Ikmal Nadia : Hai, selamat pagi! Kamu semua sedang berbincang tentang apa ?

: Hai, selamat pagi juga. Kami sedang berbincang tentang pemilihan ketua kelas kita yang baharu. Lagipun, Teo Beng Hock yang menjadi ketua kelas kita sebelum ini telah berpindah. Julina Ranjit : Ya, betul tu. Kami sedang meneliti siapakah calon yang paling layak. : Setelah disenaraikanpendekkan terdapat dua orang calon yang layak merebut jawatan itu. Namun, pemilihan tersebut perlu berdasarkan undian di dalam kelas untuk mendapat sokongan rakan-rakan yang lain. Ikmal Nadia : Siapakah dua orang calon yang kamu maksudkan? : Mereka ialah Hamzah dan Razman. Mereka mempunyai kelebihan masingmasing. Jadi, kita perlu membuat pilihan siapakah yang akan menjadi ketua kelas kita. Ranjit Ikmal Nadi : Ya, kita harus memilih ketua yang tepat supaya segalanya berjalan dengan lancar. : Apakah syarat untuk menjadi ketua kelas? : Sudah pasti seseorang ketua itu perlulah berkaliber, berdisiplin, berdedikasi dan bertanggungjawab. Kesemua ciri-ciri ini terdapat pada kedua-dua calon ini. Julina Ranjit Ikmal : Oleh sebab itulah kelebihan sifat masing-masing menjadi aspek tambahan. : Ya lah. Hamzah seorang ulat buku manakala Razman pula seorang yang ceria. Hamzah lebih bijak berbanding Razman. : Razman lebih mudah bekerjasama walaupun kadangkala dia tidak serius dengan tugasannya. Tetapi seorang ketua perlu serius dengan tanggungjawabnya. Julina Ikmal Nadia Julina Ranjit Ikmal : Hamzah pula seorang yang tegas walaupun sedikit pendiam. Guru-guru juga lebih senang bekerjasama dengannya. : Sepertinya kita telah tahu calon yang layak untuk menjadi ketua kelas kita yang baharu. Pasti rakan-rakan yang lain mempunyai pendapat yang sama. : Harapnya begitulah. Semoga ketua kelas kita yang baharu ini akan menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. : Betul tu. Saya harap semuanya akan berjalan lancar. : Mari kita masuk ke kelas kerana waktu rehat hampir tamat. : Baiklah, mari.

Aras Pengetahuan
1. Apakah yang sedang dibincangkan di dalam petikan dialog di atas?

A. Pemilihan ketua pengawas B. Pemilihan ketua kebersihan C. Pemilihan ketua kelas D. Pemilihan ketua pasukan 2. Dimanakah perbualan dialog ini berlaku? A. Dewan sekolah B. Padang sekolah C. Kantin sekolah D. Perpustakaan sekolah Aras Pemahaman

susun pilihan jawapan dari pendek ke panjang untuk semua soalan 1-12

3. Perbezaan sikap yang ketara antara Hamzah dan Razman ialah ______________ A. Hamzah lebih serius B. Razman lebih serius C. Hamzah lebih rajin D. Razman lebih bijak 4. Nyatakan harapan Nadia terhadap ketua kelas yang akan dilantik nanti? A. B. C. D. Berbangga dengan diri sendiri Rajin membuat kerja Beramah mesra dengan rakan-rakan Menjalankan tanggungjawab dengan baik

Aras Aplikasi 5. Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai petikan dialog diatas. A. Mereka berbincang mengenai peletakan jawatan ketua kelas. B. Mereka berbincang mengenai pemilihan ketua kelas. C. Mereka berbincang mengenai calon ketua kelas. D. Mereka berbincang mengenai ciri-ciri ketua kelas. Elakkan stem negatif spt tidak benar/kecuali Ni soalan pemahaman

6. Antara sikap terpuji yang ada pada Hamzah adalah ______________________ . I Ii iii iv tegas rajin membaca lalai senang bekerjasama Ni soalan analisis

A. I dan II B. II dan III C. I, II dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja Aras Analisis 7. Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang ketua kelas? A. Berdedikasi,berdisiplin dan bertanggungjawab B. Berkerjasama,bertolak-ansur dan berbudi C. Berbangga,bersopan dan selalu bermain D. Bermegah,bekerjasama dan berbudi Perbaiki pengganggu C dan D kerana memang nyata pengganggu ini tidak berfungsi utk mengganggu

8. Mengapakah pemilihan ketua perlu dijalankan secara undian? A. Untuk mendapat sokongan daripada rakan-rakan lain. B. Agar cikgu berpuas hati. C. Untuk mendapat kemenangan D. Untuk memilih ketua yang paling disayangi. Ini boleh dijadikan soalan analisis dgn syarat perlu diubahsuai pengganggu agar lebih memerlukan murid membuat penilaian terhadap pilihan jawapan yang diberi dan memilih yang paling tepat

Aras Sintesis 9. Jika Razman yang terpilih sebagai ketua kelas, perkara yang mungkin berlaku adalah _________________________________ . A. Rakan-rakan akan marah B. Rakan-rakan tidak mematuhi peraturan kelas C. Kelas akan senyap dan terkawal semasa ketiadaan guru. D. Guru-guru akan mudah bekerjasama dengannya. 10. Pada pendapat kamu, apakah yang akan terjadi seandainya pemilihan ketua kelas tidak dijalankan secara undian? A. Rakan-rakan akan menyokong. B. Ketua yang dipilih akan gembira. C. Murid yang benar-benar layak tidak terpilih. D. Guru akan berasa sedih. Aras Penilaian 11. Pengajaran yang terdapat dalam petikan dialog ialah ______________________ A. Setiap murid perlu ada semangat bermasyarakat. B. Sesuatu perkara yang dilakukan mestilah secara adil. C. Kita perlu bekerjasama melakukan sesuatu perkara. D. Kita tidak boleh mementingkan diri sendiri. 12. Berikan alasan kamu memilih Hamzah sebagai ketua kelas seandainya kamu adalah salah seorang rakan Hamzah ? A. Hamzah boleh menjadi seorang ketua kelas yang bertanggunjawab. B. Hamzah boleh membantu kawan yang bermasalah. C. Hamzah boleh menjadi pemimpin yang baik. D. Hamzah boleh menjadi seorang ketua yang bertanggungjawab dan dihormati oleh rakan-rakan. Soalan penilaian Soalan penilaian

Anda mungkin juga menyukai