Anda di halaman 1dari 5

RUJUKAN

KATA TUGAS SOALAN KBAT DAN PAK 21

TAHAP KATA TUGAS SOALAN RESPONS YANG DIHARAPKAN PAK 21


PENILAIAN
Analisis Analisiskan Membuat pernyataan terperinci tentang sesuatu atau 1- PERWATAKAN
perkara yang dibincangkan 2- KOLABORASI
Bandingkan Menyatakan atau menjelaskan persamaan dan 3- PEMIKIRAN KRITIS
perbezaan antara dua atau lebih perkara 4- KOMUNIKASI
Formatkan Menyediakan/ menyusunkan maklumat mengikut 5- KREATIVITI
prosedur/prinsip/ peraturan/ rumus tertentu
Galurkan Menghuraikan peristiwa atau fakta secara kronologi
Gambarkisahkan Memberi penerangan dengan menggunakan gambar
Huraikan Memperihalkan / menceriatakan sesuatu dengan
terperinci dari segi fakta, huraian dan contoh yang
bersesuaian
Jadualkan Membuat susunan tentang perkara / maklumat /
acara mengikut ciri-ciri atau urutan tertentu yang
Klasifikasikan telah ditetapkan . mengumpulkan maklumat /
membahagikan maklumat/ melabel sesuatu mengikut
kumpulan berdasarkan kategori kesamaan kualiti/
kriteria/ ciri dan sifat
Lakar Memberi persembahan berbentuk rajah/ gambarajah
/ peta secara kasar dan tidak memerlukan perincian
Laporkan Memberikan maklumat tentang sesuatu keadaan
secara lisan atau bertulis
Lukis Memberi persembahan berbentuk grafik / rajah/
gambar rajah . graf bagi menggambarkan suatu benda
atau perkara dengan menggunakan alat dan mengikut
ukuran atau skala tertentu
Ramalkan Memberi sesuatu nilai yang dijangka munasabah
berdasarkan pola atau corak tertentu
Plot Menanda / melukis titik-titik graf
Rekodkan Mencatat dapatan kajian/ eksperimen/ data /
pemerhatian mengikut format
Tentusahkan Menyatakan kebenaran/ ketepatan sesuatu dengan
memberikan bukti
Ukur Menggunakan alat pengukur untuk mendapatkan nilai
ukuran beserta unitnya
TAHAP KATA TUGAS SOALAN RESPONS YANG DIHARAPKAN PAK 21
PENILAIAN
Sintesis Binakan Membuat sesuatu menggunakan kaedah / alat 1- PERWATAKAN
tertentu 2- KOLABORASI
Cerakinkan Menghuraikan sesuatu dengan pemecehan kepada 3- PEMIKIRAN KRITIS
beberapa bahagian 4- KOMUNIKASI
Hitungkan Memberi nilai kuntitatif dengan melaksanakan 5- KREATIVITI
algoritma (langkah-langkah tertentu) atau
Hubungkaitkan menggunakan rumus. Membuat sesuatu pertalian
berdasarkan beberapa ciri / faktor
Interpretasikan Memberi maklumat atau makna lain bagi sesuatu
komunikasi
Sarankan Memberi pandangan / idea yang boleh diaplikasikan
dalam sesuatu situasi
Sediakan Mengadakan / mewujudkan / menyiapkan /
melengkapkan / menyusun sesuatu mengikut format
dan prinsip yang tertentu
Syorkan Memberi pandangan / idea/pendapat yang boleh
diaplikasikan dalam sesuatu situasi dengan
Ubahsuaikan mempertimbangkan perkara positif atau negatif.
Membuat sesuatu perubahan dengan membina
Unjurkan garisan mengikut unjuran sudut yang ditetapkan

TAHAP KATA TUGAS SOALAN RESPONS YANG DIHARAPKAN PAK 21


PENILAIAN
Penilaian Bangunkan Menghasilkan satu aturcara / program yang
mengunakan perisian/ kaedah/rumus yang sesuai 1- PERWATAKAN
mengikut langkah-langkah tertentu 2- KOLABORASI
Ciptakan Menghasilkan / mewujudkan / menerbitkan sesuatu 3- PEMIKIRAN KRITIS
dengan daya fikiran atau imaginasi atau kreativiti 4- KOMUNIKASI
Deduksikan Membuat kesimpulan berdasarkan sesuatu 5- KREATIVITI
perbincangan
Nilaikan Membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara
dari aspek negatif dan positif
Pamerkan Menunjukkan persembahan terhadap penguasaan
dalam sesuatu perkara
Rekabentukkan Membuatkan garis kasar/ lakarkan/ plan tindakan /
prototaip / model
Wajarkah Membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara
dengan mengambil kira pelbagai aspek sama ada
kebaikan, keburukan, kelebihan atau kekurangan
Komen Beri penilaian dari aspek positif dan negatif atau
kelebihan dan keburukan
Sejauhmana Memberi pendapat dan bukti sama ada setuju,
berkesan, positif atau baik / tidak bersetuju, tidak
berkesan, negatif atau buruk / bersetuju dan tidak
bersetuju dalam jangka masa yang sama
Bezakan Menyatakan kelainan antara dua atau lebih perkara
Cadangkan Membeir pandangan atau idea dengan
mempertimbangkan aspek positif dan negatif
Kemukakan Beri pendapat sama ada menyokong atau menolak
dengan bukti
Susunkan Membuat urutan dengan menggunakan kaedah,
prinsip , keperluan dan keutamaan
Ungkapkan Menyatakan sesuatu secara muktamad dalam bentuk
yang dikehendaki
Wajarkah Membuah pertiimbangan terhadap sesuatu perkara
dengan mengambil kira aspek kebaikan, keburukan,
kelebihan dan kekurangan
Tukarkan Mengubah sesuatu bentuk kepada bentuk yang lain

CONTOH PENYOALAN KBAT SECARA BERTULIS MAHUPUN LISAN

1) Gunakan cara anda sendiri untuk menggambarkan ………….


2) Apakah yang berlaku seandainya / jika ………………….?
3) Bagaimana anda boleh menguji ……………..?
4) Bagaimanakah lagi anda boleh buat untuk ……………?
5) Berapakah cara yang boleh anda lakukan untuk menguji ………….?
6) Beri contoh lain untuk …………………….
7) Adakah keadaan ini juga berlaku di dalam/ ketika ……………….?
8) Apakah faktor yang akan anda ubah jika …………..?
9) Apakah soalan yang akan anda tanya jika ……………?
10) Daripada maklumat yang anda perolehi, sediakan satu set arahan ……..?
11) Kenyataan yang manakah lebih relevan bagi menggambarkan ………
12) Apakah yang dipercayai oleh pengarang/ penulis……?
13) Apakah hubungan antara …………… dengan …………….?
14) Apakah idea/ tema …………………..?
15) Apakah masalah yang akan timbul jika …………………?
16) Apakah fungsi ………?
17) Apakah pendapat anda tentang ……………….?
18) Apakah andaian anda mengenai ………………….?
19) Apakah salah anggapan yang wujud terhadap ………….?
20) Antara berikut yang manakah lebih sesuai / penting/logik/sah/baik …………….?
21) Adakah tindakan tersebut adalah yang terbaik ?
22) Bagaimana anda mengendalikan ……………….?
23) Berikan cadangan anda tentang………… Berikan alasan anda.
24) Apakah kesan tindakan tersebut terhadap ……………………?
25) Apakah perasaan anda terhadap …………………….?
26) Bolehkah anda mereka bentuk satu ………………….? Berikan alasan anda.

47 Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)

1. FAN-N-PICK
a) Setiap ahli mempunyai peranan.
b) Setiap peranan dimainkan secara bergilir-gilir.
 Pelajar 1 : Susun kad seperti kipas.
 Pelajar 2 : Pilih kad dan bacakan soalan.
 Pelajar 3 : Jawab soalan.
 Pelajar 4 : Beri respons dan pujian kepada jawapan rakan yang diberi.

2. Gallery Walk
a) Murid secara berkumpulan diberikan tugasan dan menyiapkannya dalam bentuk kertas sebak dan sebagainya.
b) Murid menampal hasil kerja di dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain.
c) Murid daripada kumpulan lain akan memberikan komen tentang hasil kerja kumpulan yang lain pada “sticker note” dan menampal pada hasil
kerja tersebut.

3. Hot Seat
a) Aktiviti susulan selepas murid membuat bacaan dan kajian secara individu atau berkumpulan.
b) Seorang murid akan duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi ‘pakar’ atau ‘watak’.
c) ‘Pakar’ atau ‘watak’ ini akan menjawab semua soalan yang dikemukakan oleh murid lain.
4. Role Play
a) Murid diberikan tanggungjawab untuk memegang sesuatu peranan atau watak.
b) Murid diberikan masa untuk membuat persediaan.
c) Murid membuat persembahan dengan memainkan peranan atau watak yang telah diberikan.

5. Peta I-Think
a) Murid menggunakan peta I-think sebagai alat untuk menjana idea.
b) Murid juga menggunakannya untuk membuat sesuatu persembahan hasil kerja dalam bentuk grafik.

6. Inside-Outside Circle
a) Murid mencari pasangan masing-masing.
b) Murid membentuk dua bulatan iaitu satu di dalam (Bulatan 1) dan satu di luar (Bulatan 2).
c) Murid berdiri menghadap pasangan.
d) Guru memberikan soalan atau tugasan kepada murid dalam Bulatan 1.
e) Murid dalam Bulatan 2 hanya menjawab dan rakannya hanya mendengar.
f) Murid memberikan pujian atau membetulkan jawapan rakan apabila dia telah selesai memberikan jawapan.
g) Kemudian, muri bertukar peranan dengan soalan baru.
h) Akhir sekali, tukar pasangan dengan rakan di sebelah kanan dalam bulatan.

7. Match-Mine
a) Empat orang murid dalam satu pasukan.
b) Setiap dua orang cari pasangan dalam pasukan tersebut.
c) Setiap pasangan diberikan kad untuk memisahkan mereka.
d) Murid 1 mengarahkan Murid 2 melukis atau meneka gambar yang ada pada Murid 1 (Murid 2 tidak dapat melihat apa yang dipegang oleh Murid
1).
e) Apa yang ditulis atau ditekanya bergantung kepada kefahamannya daripada arahan atau mesej yang disampaikan oleh Murid 1.
f) Murid 1 melihat hasil yang dibuat oleh Murid 2 dan mereka saling kukuh mengukuhkan hasil tersebut.
g) Kemudian, kedua-duanya bertukar peranan.

8. Same-Different
a) 2 orang murid kumpulan mencari persamaan dan perbezaan dalam dua gambar yang ada pada setiap orang daripada mereka.
b) Kemudian, mereka bandingkan jawapan mereka.
c) Akhir sekali, tukar pasangan dalam kumpulan.

9. Rally Robin
a) Pelajar dalam bentuk berpasangan bergilir-gilir memberikan respons tentang sesuatu perkara secara lisan.

10. Round Robin


a) Aktiviti seperti Rally Robin tetapi dilakukan dalam pasukan berempat.

11. Rally Table


a) Secara berpasangan, murid bergilir-gilir memberikan respons atau menyelesaikan masalah dengan menulis di atas kertas yang sama dan
menggunakan pen atau pensil yang sama.

12. Round Table


a) Dilakukan seperti Rally Table tetapi dalam pasukan berempat.

13. Simultaneous Round Table


a) Dalam pasukan, murid menulis respons kepada masalah dalam kertas masing-masing.
b) Kemudian, mereka mengedarkan catatan mereka mengikut pusingan jam supaya setiap ahli pasukan dapat menambah atau membetulkan apa yang
ditulis.

14. Spin-N-Think
a) Kadbod yang mempunyai anak panah dan boleh dipusing adalah digunakan untuk menentukan giliran siapa yang menyoal, menjawab,
membetulkan dan memuji.

15. Talking Chips


a) Setiap ahli dalam pasukan meletakkan cip di tengah-tengah apabila ingin bercakap dan memberikan pendapat.
b) Mereka tidak boleh mengulangi giliran bercakap sehingga setiap orang diberikan peluang untuk bercakap.

16. Mix-N-Match
a) Murid bergaul dan bergerak mencari bahan atau perkara yang boleh dipadankan dengan bahan yang ada pada dirinya.

17. Trade-A-Problem
a) Pasukan membina masalah atau soalan dan menghantar kepada pasukan lain untuk mencari penyelesaian atau jawapannya.

18. Team Stand-N-Share


a) Ahli pasukan berdiri.
b) Guru atau rakan memberikan soalan.
c) Pasukan hanya boleh duduk jika bersetuju dan berkongsi jawapan atau pendapat dengan pasukan lain.
19. Find The Fib/ Guess The Fib
a) Setiap ahli dalam pasukan memberi tiga penerangan tentang sesuatu perkara yang sebenarnya hanya dua yang betul atau benar. Satu lagi adalah
salah.
b) Ahli lain diminta mencari perkara atau pernyataan yang salah.

20. Line Ups


a) Dalam pasukan berempat, murid membuat barisan.
b) Pasukan diminta memberikan jawapan kepada masalah yang diberi.
c) Pasukan membuat garisan lurus kalau setuju dan garisan terpisah-pisah jika tidak bersetuju.

21. Formations
a) Pasukan membentuk sesuatu bentuk sama ada simbol, perkataan atau cara lain untuk menunjukkan kesepakatan.

22. Windows Pane


a) Guru melukis satu gambar tentang sesuatu konsep atau perkara pada carta atau papan putih.
b) Ahli dalam pasukan bergilir-gilir menyambung lukisan untuk menerangkan lagi konsep atau perkara tersebut.

23. Showdown
a) Setiap ahli pasukan menulis satu jawapan atau penyelesaian kepada masalah.
b) Pada masa yang ditetapkan, semua murid menunjukkan jawapan secara serentak.
c) Setiap ahli membetulkan dan mengukuhkan jawapan rakan.

24. Lyrical Lessons


a) Pasukan menulis lirik atau menyanyikan lagu mengikut rentak tradisional yang disukai kanak-kanak.

25. Timed Pair Share


a) Secara berpasangan, Murid 1 berkongsi pengalaman satu penyelesaian dengan Murid 2 dalam masa yang telah ditetapkan.

26. Stir-The-Class
a) Pasukan duduk dalam bulatan.
b) Membincangkan jawapan untuk menyelesaikan masalah.
c) Apabila sudah mendapat satu penyelesaian, murid berdiri bahu ke bahu untuk menunjukkan persetujuan.
d) Bila loceng dibunyikan, ahli yang nombornya dipanggil bergerak ke pasukan baru untuk soalan yang berikutnya.

27. Team Word-Web


a) Murid menulis topik di tengah-tengah kertas sebak atau kertas mah-jong.
b) Setip ahli pasukan menulis idea dalam peta minda mengikut warna pen yang berbeza untuk menunjukkan sumbangan idea daripada mereka.

28. Mendeklamasikan Sajak Atau Menyanyikan Lagu.


a) Seorang murid mendeklamasikan baris pertama sajak atau menyanyikan lagu.
b) Kemudian, diikuti oleh rakan pasangannya.
c) Akhirnya, semua murid bersama-sama mendeklamasikan sajak atau menyanyikan lagu secara harmoni.

29. Paraphrase Passport


a) Murid hanya boleh memberikan sumbangan idea setelah dia boleh mengulang jawapan daripada kawan sebelumnya.

30. Mix-Freeze-Group
a) Murid membentuk pasukan mengikut arahan guru.
b) Bagi yang tidak sempat membentuk pasukan dalam masa yang ditetapkan diletakkan dalam “Lost and Found”.

31. Think-Pair-Share
a) Guru mengemukakan masalah kepada ahli pasukan.
b) Setiap ahli diberikan masa untuk berfikir, kemudian membincangkannya dengan ahli pasukan yang lain secara berpasangan.
c) Semua ahli pasukan pula diminta berkongsi jawapan kepada penyelesaian masalah.

32. Roam A Room


a) Dengan isyarat daripada guru, murid secara individu bergerak untuk melihat hasil perbincangan atau hasil kerja rakan-rakan.
b) Apabila guru memberikan isyarat kedua, semua murid balik ke tempat asal dan membuat perkongsian dalam pasukan berkaitan apa yang telah
dipelajarinya daripada rakan atau pasukan lain.
33. Gallery Tour
a) Seperti aktiviti Roam the Room, mereka bergerak secara berpasukan.
b) Hasil pasukan lain ditampal atau dilukis di atas meja untuk pasukan lain melihat atau membacanya.
c) Pasukan asal hendaklah meletakkan pensil atau kertas di atas meja supaya pasukan yang datang melawat boleh memberikan komen atau
pengukuhan berkaitan hasil kerja mereka.
d) Ahli kumpulan juga diarahkan oleh guru untuk berpecah sementara waktu untuk melihat stesen lain pula.
e) Setelah kembali semula kepada pasukan asal, ceritakan atau laporkan pembelajaran atau pengalaman yang diperolehi.

34. Three Stray, One Stay


a) Tiga ahli pasukan pergi melihat hasil atau berbincang dengan pasukan lain.
b) Seorang tinggal di stesen kumpulan untuk menyambut kedatangan rakan lain dan menjelaskan atau membentangkan hasil kerja kumpulan kepada
ahli pasukan lain.
c) Setelah selesai, Murid 2 pula tinggal dan begitulah seterusnya.
35. The Yarn Yarn
a) Setiap kali seorang murid memberikan pendapat, dia diberikan benang untuk dililit di tangan.
b) Akhirnya, setiap kumpulan dapat mengetahui kumpulan yang memberikan idea atau pendapat dengan lebih banyak.

36. Kinesthetic Symbols


a) Murid membentuk simbol tangan atau badan untuk menerangkan isi kandungan pelajaran atau pembelajaran.

37. Team Statements


a) Murid berfikir dan berbincang dalam pasangan untuk membentuk pernyataan individu.
b) Kemudian, semua murid bekerjasama untuk membentuk pernyataan pasukan yang telah dipersetujui oleh semua.

38. Who I Am?


a) Setiap orang murid diberikan identiti pada belakang bajunya (disemat di belakang baju)
b) Setiap daripada mereka diberikan tiga soalan sahaja untuk bertanya kepada kawan lain tentang identiti masing-masing.
c) Rakannya pula hanya boleh menjawab “ya” atau “tidak”.
d) Apabila identiti diperoleh hasil daripada pembayang jawapan yang diberikan rakan, individu tersebut boleh menjadi “pakar rujuk” kepada rakan
lain yang belum “ mengenal pasti” identitinya.
39. Sages Share
a) Murid membuat sumbangsaran dan setiap daripada mereka yang boleh menceritakan lebih lanjut akan idea tersebut, mencatat tandatangan
mereka.
b) Rakan lain bergilir-gilir untuk menemu ramah rakan yang bijak iaitu rakan yang menulis tandatangan tadi untuk kefahaman lebih lanjut tentang
ideanya.
40. Traveling File
a) Setiap pasukan dibekalkan satu fail yang di dalamnya terdapat soalan kes atau masalah untuk dibincangkan.
b) Selepas 13 sehingga 15 minit, soalan dan catatan jawapan dimasukkan semula ke dalam fail dan diedarkan kepada pasukan lain.
c) Setiap pasukan yang mendapat fail baharu daripada pasukan lain dikehendaki membaca soalan dan jawapan yang terdapat dalam fail berkenaan
sebelum dibincangkan, ditambah, dihurai atau disunting.
d) Setelah setiap pasukan memberikan respons kepada dua atau tiga Traveling File, soalan-soalan dan jawapan-jawapan tersebut dibincangkan di
dalam kelas secara keseluruhan.
41. Value Lines
a) Setiap ahli pasukan menyenaraikan nilai-nilai yang tertinggi hingga yang terendah dalam aspek kehidupan seharian.
b) Selepas itu, setiap ahli pasukan pula menyenaraikan nilai-nilai murni berdasarkan keutamaannya.
c) Setiap ahli berikutnya membuat perbandingan untuk menilai hasil kerja mereka.
42. Find-Someone-Who
a) Murid dikehendaki mencari seseorang yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang mengandungi beberapa soalan untuk dicari jawapannya daripada
rakan sekelasnya yang tahu.

43. Team Interview


a) Setiap ahli pasukan berkenalan antara satu sama lain dengan bertanyakan berkaitan maklumat diri berhubung dengan nama, tempat asal, hobi dan
lain-lain sambil berdiri.

44. Team Project


a) Setiap ahli pasukan bekerjasama memberikan sumbangan menamakan pasukan, membentuk pasukan sorak (team cheers), logo dan warna
pasukan.

45. Rotating Review


a) Setiap pasukan membincangkan sesuatu topic, kemudian mencatatkannya di atas kertas sebak dan memaparkannya di tempat pasukan masing-
masing
b) Setiap pasukan akan bergerak dari satu pasukan ke satu pasukan untuk membuat penilaian hasil kerja setiap pasukan.
c) Setiap apsukan boleh membuat komen, idea tambahan atau persoalan pada kertas berkenaan menggunakan pen yang berbeza.

46. Three-Step-Interview
a) Empat orang murid dalam satu pasukan.
b) Langkah 1 : Secara berpasangan, seorang murid menjadi penemu duga dan seorang lagi menjadi orang yang ditemu duga.
c) Langkah 2 : Pasangan bertukar peranan di atas.
d) Langkah 3 : Setiap murid secara bergilir berkongsi pengalaman yang dilaluinya semasa menjalankan sesi temu duga dengan ahli pasukan lain.

47. Two-Box Induction


a) Dua kategori diwujudkan iaitu contoh dan bukan contoh.
b) Fasilitator atau guru memberikan rangsangan.
c) Ahli pasukan berbincang secara “ Round Table” untuk menghasilkan hipotesis atau jangkaan awal.
d) Setelah ramalan atau jangkaan awal dibuat secara berulang-ulang dan konsep berkenaan telah dipersetujui oleh semua ahli maka satu keputusan
dibuat untuk menerima konsep tersebut

PERINCIAN PERLAKSANAAN PAK 21

Anda mungkin juga menyukai