Anda di halaman 1dari 1

LATIHAN PENGUKUHAN SAINS

1 (a) Apakah jirim? [1 markah]


(b) Jirim boleh wujud dalam tiga keadaan iaitu pepejal, cecair, dan gas.
Bandingkan keadaan jirim pepejal dan gas dari segi
(i) susunan zarah,
(ii) daya tarikan antara zarah,
(iii) kandungan tenaga kinetik,
(iv) kadar resapan, dan
(v) kemampatan. [5 markah]
(c) Dengan menggunakan Teori Kinetik Jirim, terangkan perubahan keadaan jirim bagi proses-proses
berikut:
(i) peleburan
(ii) pembekuan [4 markah]


2 (a) Apakah perbezaan antara proton, elektron, dan neutron dari segi cas dan jisim relatif?
[2 markah]
(b) Terangkan sejarah perkembangan model atom dari model Dalton hingga model Bohr-Chadwick.
[8 markah]


3 (a) Berikan dua perbezaan di antara sistem saraf dan sistem endokrin . [ 4 markah ]
(b) Terangkan bagaimana sistem saraf berkoordinasi supaya seseorang dapat melarikan
diri apabila ternampak seekor anjing yang garang mengejarnya. [ 6 markah ]

4 (a) Berikan empat perbezaan di antara mitosis dan meiosis. [4 markah]
(b) Pindah silang berlaku semasa meiosis.
(i) Lukis rajah yang sesuai untuk menggambarkan kejadian pindah silang.
(ii) Terangkan kesan kejadian pindah silang ke atas zuriat yang dihasilkan. [4markah]
(c) (i) Bagaimanakah Sindrom Down berlaku ?
(ii) Berikan satu sifat seseorang yang mempunyai Sindrom Down [2 markah]

5 (a) Dengan melukis rajah skema, terangkan bagaimana sifat buta warna diperturunkan daripada
seorang bapa yang normal dan ibu pembawa. [5 markah]
(b) Berikan dua faktor yang menyebabkan mutasi berlaku pada manusia. [2 markah]
(c) Penyelidikan genetik dalam pertanian boleh menghasilkan baka yang lebih baik. Terangkan
dengan contoh-contoh yang sesuai.
[3 markah]


*Buat dalam kertas kajang. Hantar pada cikgu pada Isnin (04 Ogos 2014).

Anda mungkin juga menyukai