Anda di halaman 1dari 2

KONSEP BAHASA,,ASAL USUL BAHASA MELAYU,, FUNSI DAN CIRI2 BAHASA MELAYU,,,, FONETIK DAN

FONOLOGI
KONSEP BAHASA
Bahasa ialah kebolehan semula jadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi suara yang
arbitrari, yang telah dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi .
Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996: 87) menjelaskan bahawa bahasa ialah sistem lambang bunyi suara
yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang
individu yanga lain dan sebagainya).
Manakala menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi KeduaCetakkan Kesepuluh (1999 : 77)
mendefinisikan bahasa sebagai satu lambang arbitrari , yang pergunakan oleh para anggota suatu
masyarakat untuk bekerjasama, berinteraksi dan mengidentifikasikan diri.
Hal ini bermakna bahawa bunyi-bunyi lain yang cara penghasilannya bukan yang diucapakan oleh
alat-alat pertuturan manusia bukanlah bahasa namanya. Malahan, jikalau bunyi yang dihasilkan itu
ialah bunyi yang tidak berstruktur atau bunyi yang tidak mempunyai makna bagi manusia lain bererti
bunyi itu bukanlah bahasa.
Menurut Abdullah Hassan (1984: 14) yang berpendapat Dalam memberi definisi bahasa ini,
pentinglah kita mengetahui cirri-ciri bahasa tersebut. Cirri-ciri bahasa tersebut akan hanya menjadi
jelas apabila kita melihat bahasa dari segi guna dan sifatnya sebagai alat perhubungan.
Raminah Hj. Sabran and Rahim Syam (1985: 40) mempunyai pandangan yang berbeza dengan
pendapat Abdullah Hassan iaitu Banyak dasar yang boleh dijadikan asas untuk mendefinisikan
bahasa. Setengah-setengah oarng mendefinisikan bahasa dari sudut fungsi bahasa itu sendiri. Bagi
mereka bahasa merupakan alat perhubungan atau komunikasi.
Arbak (1983: 7) pula telah memberi pendapat tentang mengapa ahli-ahli bahasa telah terlebih
dahulu berusaha memberikan pengertian kepada apa yang dikatakan bahasa itu . Tegasnya, hal ini
penting kerana bahasa itu sendirri merupakan bahan langsung yang menjadi tumpuan pengkajian,
terutamanya dalam usaha memperlihatkan fungsinya sebagai alat yang dipakai oleh manusia untuk
berhubung sesama manusia.
Sekali lagi Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985:40) telah mmeberikan pendapat yang
berbeza daripada Arbak. Ia telah menegaskan bahawa ahli psikologi pula mendefinisikan bahasa
sebagai alat untuk menyatakan perasaan , pendapat, fikiran dan sebagainya. Bagi ahli Lingustik pula,
bahasa haruslah ditinjau dari sudut dan fungsinya.
Menurut pandangan ahli bahasa lain Edawrd Sapir yang memberikan perhatian akan maksud
bahasa dalam bukunya An Introduction to the Study of Speech. Menjelaskan bahawa bahasa ialah
suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang digunakan oleh manusia secara arbitrari untuk
menyampaikan perasaan dan fikiran. Pendapat ini boleh diterima oleh (Arbak Othman, 1983: 7)
tetapi penenkanan yang diberikannya yang berpusat kepada fungsi dan perasaan itu ialah suatu
tinjauan yang dibuat dari sudut pemikiran yang berunsurkan psikologi pada keseluruhannya.
Dalam lingustik huraian, satu pengertian yang sederhana yang terkandung dala bahasa sebagai alat
perhubungan manusia yang konkrit ialah satu-satunya yang telah diberikan oleh B.Bloch dan G.L
Trager di dalam bukunmereka yang bertajuk Outline to Linguistic Analysis iaitu a iaitulanguage is a
arbitrary vocal symbols by means of which a social group cooperates yang diterjemahdalam bahasa
Melayu suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh anggota-
anggota sesebuah masyarakat untuk berhubung (Arbak Othman, 1983: 7)
Raja Muktaruddin (1980: 25) berpendapat bahawa ahli-ahli bahasa terlebih dahulu mendefinisikan
bahasa sebagai suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang arbitrari yang diguankan oleh ahli-
ahli sesebuah masyarakat untuk bergotong-royong.
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985; 42) telah mentakrifkan bahasa suatu sistem lambang
yang terdiri daripada leretan bunyi yang diucapkan oleh alat-alat pertuturan atau alat artikulasi
manusia yang terdiri daripada alat-alat seperti lidah, anak tekak, lelangit, bibir, gusi dan sebagainya.
Dari segi makna, bahasa dipersetujui oleh sekumpulan penutur dan digunakan sebagai alat
komunikasi
Seterusnya, Lufti Abas (1975 :4), telah mendefinisikan bahasa ialah data yang dianalisis dalam
lingustik. menurut definisi linggustik bahasa ialah suatu sistem simbol-simbol yang terdiri daripada
bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia yang dipersetujui bersama, dipelajari
oleh sekelompok manusia, dan dengan simbol-simbolnya pula sekelompok manusia itu
berkomunikasi.
Menurt Asmah Hj. Omar (1983 ; 376) bahasa hanyalah bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran
yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusia. Di sebalik ciri fizikal ini terdapat
makna. Suatu urutan bunyi atau kata itu mempunyai makna. Tegasnya, ikatan antara bunyi dan
makan yang diisyaratkan oleh pelbagai satuan itulah yang memungkinkan orang bukan sahaja
berkomunikasi, tetapi juga mencipta konsep.
Manakala Mangantar Simanjuntak (1982: 5) mendefinisikan Bahasa ialah satu sisitem kognitif yang
unit yang dapat dimanipulasi oleh manusia untuk menghasilkan sejumlah ayt yang tidak
terbatasberdasarkan unsure-unsur yang terbatas untuk dipakai oleh manusia itu sebgai alat
berkomunikasi dan mengakumulasi ilmu pengetahuan.
Ferdinand de saussure (1974/1993) pula berpendapat bahasa ialah sistem isyarat
yang mempunyai bahagian terpenting yang berupa gabungan daripada erti dengan imej bunyi dan
kedua-dua itu dalam ucapan menurut tatabahasa yang bersifat psikologi.
Charles F. Hockett seorang sarjana lingustik Amerika abad ke 20, yang juga merupakan pengikut
Bloomfield telah mendefinisikan bahasa dari sudut psikiologi behaviourisme, iaitu sebagai satu
sistem tabiat yang sangat rumit.
Pada pendapat saya, bahasa ini belum mempunyai konsep yang jelas dan masih dalam pengkajian
ahli-ahli bahasa untuk menemui konsep dan makna sebenar bahasa. Hal ini kerana terdapat
percangahan antara ahli bahasa mengenai konsep bahasa yang sebenarnya. Dapat disimpulkan
bahawa konsep makna yang sebenar masih belum jelas keterangannya dan masih dalam pengkajian

Anda mungkin juga menyukai