Anda di halaman 1dari 1

Bidang Pembelajaran : Perkembangan Diri

Nilai 11 : Keadilan
Definisi : Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat
sebelah.
1. Ciri-ciri nilai keadilan dalam keluarga
- Tidak berat sebelah
- Tidak pilih kasih
- Berfikir sebelum membuat keputusan
- Tindakan yang saksama

2. Kesan ketidakadilan
- Menimbulkan perasaan marah
- Menimbulkan pertelingkahan antara ahli keluarga
- Menimbulkan sikap berdendam antara ahli keluarga
- Menimbulkan sikap tidak menghormati antara anggota keluarga

3. Kepentingan sikap adil dalam keluarga
- Membentuk sebuah keluarga yang bahagia, aman dan harmoni.
- Dapat mengelak persaan tidak puas hati dan pertelingkahan antara adik-
beradik.
- Saling mengambil berat dan prihatin antara satu sama lain.
- Sentiasa bekerjasama dan tolong-menolong antara adik-beradik

4. Cara mengamalkan keadilan dalam keluarga
- Setiap anggota keluarga perlu diberi peluang untuk menyatakan pendapat
dalam pelbagai perbincangan bagi membuat keputusan yang melibatkan
keluarga.
- Sebarang pemberian sama ada kecil atau besar harus diberi dengan seadilnya
kepada setiap anggota keluarga.
- Sekiranya ibu bapa tidak mampu untuk memberi sesuatu dengan sama rata,
anak-anak harus berkongsi secara adil.
- Peluang pendidikan mengikut kemampuan dan minat setiap anggota keluarga
harus diambil kira dalam membuat sebarang keputusan.

5. Contoh amalan
- Ayah memberi hadiah yang sama kepada abang dan kakak kerana mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM yang lepas.
- Setiap hari Ahad, anak-anak Puan Jacylin diberi tugas yang bersesuaian
dengan kemampuan masing-masing untuk membersihkan kawasan rumah.

Anda mungkin juga menyukai