Anda di halaman 1dari 19

Hakcipta terpelihara MazlieNadzri.

com










Disediakan oleh : Mazlie Nadzri.Com

PERINGATAN

Anda dilarang menjual report ini dengan apa juga cara sekalipun tanpa merujuk
kepada penulis. Tindakan tegas seperti saman akan diambil sekiranya anda
melanggar larangan ini. Anda dibenar menyebarkan report ini kepada rakan-rakan
dengan memberikan link utama report ini kepada mereka. Link seperti dibawah:

http://www.perniagaan-internet.org








Hakcipta terpelihara MazlieNadzri.com 1
Hakcipta terpelihara MazlieNadzri.com




Langkah Pertama : Merancang Perniagaan.

Pernahkah anda mendengar kata-kata seperti di bawah ini:

Jika anda gagal untuk merancang, maka anda merancang untuk gagal

Di dalam membina perniagaan samada internet ataupun bukan internet, anda wajib
mempunyai perancangan. Ada yang menganggap sebaliknya, alah, tak payahlah nak
skema sangat sampai nak buat perancangan, bukannya nak bisnes buat bangunan pun,
nak buat part time je bisnes online ni

Saya pasti, anda juga pernah terdetik di hati macam tu kan? Tapi harus diingatkan, ramai
orang gagal dalam perniagaan internet kerana gagal untuk merancang dengan baik.

Disebabkan itu, mereka terkandas di pertengahan usaha membina perniagaan, Kenapa
agak-agak anda? Satu jawapan yang saya pasti yang dapat menjawab persoalan tersebut,
iaitu :

HANYA MENGEJ AR KEUNTUNGAN SEMATA-MATA

Sedangkan, perniagaan memerlukan strategi pemasaran, penjagaan kualiti produk,
hubungan dengan pembeli dan banyak lagi. Ini adalah sebahagiannya sahaja.

Saya senaraikan antara faktor kegagalan sesebuah perniagaan di bawah ini :

a Kaedah pemasaran yang tidak berkesan
b Pengurusan kewangan yang teruk
c Kedekut untuk melabur bagi menambah ilmu perniagaan internet
d Perkhidmatan yang diberikan semasa atau selepas produk dijual amat teruk
e Hanya mengejar keuntungan semata-mata/tamak
f Terburu-buru membina perniagaan
g Perancangan yang tidak lengkap/tiada perancangan langsung

Kepentingan Merancang Perniagaan

Secara ringkasnya, apabila anda merancang perniagaan anda, anda akan lebih jelas
melihat hala tuju perniagaan anda. Kemana anda akan berada masa 2-3 tahun akan
datang. Ini akan membuatkan anda mempunyai pelan tindakan atau langkah-langkah
yang perlu diambil untuk merealisasikannya.

Juga perlu juga anda ketahui, dengan merancang perniagaan anda, anda akan mengetahui
jumlah pelaburan yang telah anda keluarkan dari permulaan hingga akhir sesuatu produk
tersebut.



Hakcipta terpelihara MazlieNadzri.com 2
Hakcipta terpelihara MazlieNadzri.com



Teknik Merancang Perniagaan Internet Anda


Terdapat beberapa teknik yang perlu anda lakukan sebelum memulakan perniagaan
internet anda. Berikut adalah teknik-tekniknya :

a Kajian Pasaran(permintaan)
b Mengenalpasti pesaing dan cara menghadapinya
c Kaedah Pemasaran
d Matlamat Perniagaan Anda
e Pengurusan Operasi
f Pengurusan Kewangan

A) Kajian Pasaran(permintaan)

Sebelum menghasilkan sesuatu produk/perkhidmatan, terlebih dahulu anda perlu
melakukan sedikit kajian pasaran atau bahasa mudahnya, golongan pembeli bagi produk
anda. Kajian ini adalah untuk mengetahui apa yang mereka mahukan.

Golongan ini mungkin mahukan sesuatu yang dapat memenuhi kehendak ataupun
menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Terkini, produk berbentuk
informasi(maklumat) adalah produk yang paling mendapat permintaan. Pelbagai jenis
produk informasi dihasilkan. Ianya dihasilkan berdasarkan kajian tadi.

Sebagai contoh, mereka pernah mendengar kejayaan beberapa orang menjual barangan
di Ebay, maka mereka akan mencari maklumat mengenai Ebay. Bagaimana nak bermula
dan sebagainya. Jadi, produk informasi menjadi pilihan mereka ini.

Namun begitu, anda masih boleh menjual produk berbentuk barangan lain tetapi ia
mestilah sesuai dengan perniagaan internet dan mempunyai permintaan terhadapnya.

B) Mengenalpasti pesaing dan cara menghadapinya

Saya anggarkan anda sudah memiliki produk sendiri. Anda belum lagi mengetahui
persaingan produk tersebut. Jadi, persoalannya, bagaimanakah cara untuk anda
mengenalpasti pesaing anda? Mudah sahaja, teliti produk yang ditawarkan oleh pesaing
anda.

Buat bandingan antara produk anda dan produk pesaing tersebut. Baiki kelemahan yang
ada hasil penelitian anda itu. Tambahkan apa yang patut agar produk anda lebih
mengancam daripada produk mereka :)

C) Kaedah Pemasaran

Pemasaran adalah kunci utama dalam menentukan perniagaan anda berjaya atau tidak,
untung atau rugi. Gunakan segala bentuk pemasaran yang anda rasa mampu menaikkan
jualan bagi produk anda. Boleh menggunakan kaedah offline




Hakcipta terpelihara MazlieNadzri.com 3
Hakcipta terpelihara MazlieNadzri.com


dan online dan ianya bergantung kepada kemampuan kewangan anda. Ingat, tanpa
pengiklanan, produk anda tidak akan dibeli oleh sesiapa pun.

Nota : Pada artikel akan datang, saya akan jelaskan kaedah pemasaran yang berkesan

D) Matlamat Perniagaan Anda

Seperti yang saya jelaskan pada awal artikel ini, dengan menetapkan matlamat,
perniagaan akan lebih jelas sasarannya.

Tetapkan matlamat untuk jangka masa tertentu. Seperti saya, saya tetapkan hujung tahun
ini, saya akan mencapai income sebanyak RM10k. Setiap bulan saya perlu mendapatkan
RM850 untuk mencapai sasaran tersebut.

Dalam menetapkan matlamat, anda perlulah menetapkan matlamat yang rasional dan
sesuai dengan kemampuan dan perniagaan anda. Anda akan berputus asa sekiranya
matlamat yang anda tetapkan itu tidak berjaya oleh kerana matlamat yang mustahil anda
tetapkan.

E) Pengurusan Operasi

Pengurusan operasi yang dimaksudkan ialah cara bagaimana anda dapat
menguruskanperniagaan internet dengan baik dan sistematik.

Ianya bermula dengan proses menghasilkan produk sehinggalah produk tersebut dijual.
Malah, ianya tidak berhenti disini sahaja, anda perlu memikirkan perkhidmatan yang
sesuai perlu ditawarkan selepas produk tersebut sampai ke tangan pembeli.

F) Pengurusan Kewangan

Apa yang perlu anda buat adalah membuat sedikit analisis/kajian bagaimana perniagaan
anda ini dibiayai. Apa sahaja perniagaan memerlukan modal. Bezanya, adakah
modaltersebut besar ataupun kecil. Perniagaan internet tidaklah memerlukan modal yang
besar. Di anggarkan dalam linkungan RM500 sahaja untuk memulakan perniagaan
internet ini.

Anda mesti mahir menguruskan kewangan milik perniagaan anda dengan cekap kerana
sebahagian besar jualan memerlukan pelaburan semula untuk aktiviti pemasaran.

Juga digalakkan menyediakan aliran tunai pendapatan dan perbelanjaan supaya anda
dapat melihat dengan jelas akiviti perniagaan yang sedang anda usahakan.

Kesimpulan

Apa yang saya nyatakan di atas ini adalah antara aspek terpenting dalam pembinaan
perniagaan internet anda.


Hakcipta terpelihara MazlieNadzri.com 4
Hakcipta terpelihara MazlieNadzri.com


Sekiranya anda dapat menghasilkan kertas kerja, ianya lagi bagus. Sekiranya tidak
mampu, boleh sahaja catitkan didalam buku nota anda seperti yang saya lakukan. Untuk
projek bersama usahawan lain, barulah saya hasilkan kertas kerja.

Dengan adanya pelan-pelan ini, anda akan lebih jelas dan setiap apa yang anda ingin
lakukan lebih tersusun dan seterusnya dapat membina perniagaan yang cemerlang dan
berjaya.



Langkah kedua : Memilih produk ataupun
perkhidmatan yang sesuai



Ada beberapa panduan yang perlu dilihat sebelum anda mencipta produk anda sendiri.
Ikuti panduan di bawah ini:

A) Produk berdasarkan kepakaran anda

Untuk lebih mudah faham, saya nyatakan begini :

Bagaimana seseorang yang bukan pakar mahu memberikan perkhidmatan jika tidak tahu
apa yang terbaik buat pelanggannya

Saya sebagai contoh, belajar dalam bidang multimedia, jadi saya keluarkan ebook
Panduan Asas HTML. Ia adalah kepakaran saya. Saya terjemahkan dalam bentuk
perniagaan. Begitu juga dengan usahawan internet yang lain.

B) Minat

Mungkin anda tiada kepakaran, tidak mengapa. Anda boleh hasilkan produk berdasarkan
minat anda. Bila anda lakukan sesuatu perkara berdasarkan minat, anda tidak akan
pernah rasa bosan , malah anda akan gembira melakukannya walaupun apa juga masalah
yang datang, anda akan dapat atasi dan sekaligus mendatangkan keuntungan kepada
anda.

C) Boleh jual di internet

Anda hendaklah memastikan produk tersebut boleh dijual di internet. Janganlah jual
produk basah seperti ikan pula, belum sempat sampai dah busuk :P Kena bijak dan
rasional la

D) Pulangan yang lumayan

Semestinya setiap perniagaan itu inginkan pulangan yang lumayan. Jadi, pastikan anda
membuat pilihan yang tepat semasa memilih produk sebelum dijual di internet.





Hakcipta terpelihara MazlieNadzri.com 5
Hakcipta terpelihara MazlieNadzri.com




E) Modal biarlah kecil

Seperti ungkapan yang selalu digunakan oleh team Saifulsham, Start Small, Finish Big.
Bermulah dengan modal yang kecil dalam mencipta produk anda. Seeloknya, janganlah
melebihi RM1,000. Makin besar modal, makin lambat untuk anda menjana keuntungan.

Kini, anda akan lebih jelas produk apa yang hendak dicipta setelah mengambil kira
perkara-perkara di atas.

Kaedah Mencipta dan Membangunkan Produk

Saya ringkaskan kepada 4 langkah seperti di bawah ini :

i Kenalpasti pasaran anda
ii Tulis senarai produk
iii Kecilkan skop produk anda
iv Buat keputusan

i Kenalpasti pasaran anda

Cara untuk mengenalpasti pasaran adalah dengan membuat kajian permintaan. Anda
haruslah memenuhi apa yang dikehendaki oleh pelanggan yang tiada di pasaran.

Di internet, anda boleh gunakan enjin carian untuk melihat apakah yang selalu dicari oleh
pengguna internet. Terdapat beberapa laman web yang menyediakan perkhidmatan
mengkaji sesuatu permintaan di dalam pasaran, diantaranya ialah :

http://www.google.com/trends/hottrends
www.wordtracker.com
Daripada hasil kajian yang anda buat, anda bolehlah menghasilkan/menjual produk
berdasarkanpermintaan yang tinggi dan tiada penawaran ataupun kurang. Dan begitu
sebaliknya, sekiranya penawaran tinggi dan permintaan kurang, produk tersebut tidak
sesuai dijual/dihasilkan.

ii Tulis senarai produk

Saya suka buat perkara ini. Saya senaraikan apa yang saya terfikir didalam minda. Just
tulis dahulu idea-idea(produk) tersebut.

Kemudian, buang mana-mana idea yang anda rasakan tidak mendatangkan keuntungan,
ataupun ianya susah untuk anda lakukan. Langkah ini ada saya terangkan di awal artikel
ini.




Hakcipta terpelihara MazlieNadzri.com 6
Hakcipta terpelihara MazlieNadzri.com


Fokus pada idea yang anda rasakan mampu untuk dijual. Setelah produk tersebut
mendapat sambutan, barulah pergi ke produk-produk seterusnya seperti yang telah anda
senaraikan tadi.

iii Kecilkan skop produk anda

Perkara ini sudah banyak kali diulas oleh usahawan-usahawan internet. Khususkan
produk anda, atau dikenali sebagai niche. Apa pentingnya teknik ni?

Kelebihannya disini adalah, perniagaan anda akan lebih tertumpu dan mempunyai
sasaran kepada sesetengah golongan pelanggan.

Saya berikan contoh seperti di bawah ini

KOMPUTER

a Jual aksesori komputer
b Servis baiki komputer
c Kelas komputer
d Menjual manual membaiki komputer

Berdasarkan jadual diatas, anda akan dapat melihat bagaimana idea-idea anda tadi di
kembangkan. Tujuan idea ini di kembangkan adalah untuk mendapatkan produk yang
khusus dan sesuai untuk anda.

iv Buat keputusan

Kini anda telah pun berjaya mengembangkan idea bagi produk anda. Sekaligus
memudahkan anda membuat pilihan yang betul dan sesuai. Untuk memilih mana satu
produk yang sesuai, saya cadangkan anda buat sedikit nota untuk setiap idea yang anda
kembangkan tadi. Tuliskan kelebihan dan kekurangan setiap satu idea tersebut kemudian
pilihlah yang sesuai untuk diusahakan.

Sebagai contoh, saya memilih menjual 1 produk yang saya catitkan di atas tadi, iaitu :
Kelas komputer
Boleh dilakukan secara online dengan menghasilkan video-video berkaitan dan
menjualnya di internet atau buat setiap bulan subscriber bayar jumlah tertentu untuk
menerima video-video tutorial :)

Sekarang anda telah mempunyai produk yang boleh menghasilkan pulangan lumayan
kepada anda. Begitulah cara atau kaedah bagaimana anda mahu mendapatkan produk
yang khusus.





Hakcipta terpelihara MazlieNadzri.com 7
Hakcipta terpelihara MazlieNadzri.com




Harga Produk dan Perkhidmatan

Ramai usahawan-usahawan yang baru memulakan perniagaan internet agak takut
meletakkan harga bagi produk mereka. Ianya terjadi pada diri saya juga pada awal-awal
terlibat didalam ebiz ini.

Pada fikiran saya, kalau letak harga yang mahal, tiada orang nak beli dan kalau murah,
untungnya tak berapa tinggi selain dianggap produk tidak berkualiti.

Disini saya senaraikan 4 faktor yang boleh anda gunakan untuk meletakkan harga bagi
produk anda

1. Harga tinggi

* Anda boleh meletakkan harga yang tinggi pada produk anda sekiranya produk anda
tersebut berkualiti tinggi, bantuan khidmat sokongan(sekiranya ada) lain dari yang lain
dan unik.

2. Harga Rendah

* Harga yang rendah akan menyebabkan perang harga. Dan satu lagi fikiran bakal
pembeli akan mempersoalkan kualiti produk anda. Murahnya, mesti tak bagus produk
ni kata si A. Tiada kesalahan pun meletakkan harga murah, namun biarlah ianya
munasabah dan yang penting anda haruslah mengambilkira keyakinan bakal pembeli
anda :)

3. Kos tetap

* Kos tetap ialah kos yang melibatkan produk yang hendak dijual sahaja. Maksudnya,
jika anda mahu menjual CD, kos tetapnya ialah harga kos CD semasa anda membelinya.

4. Kos berubah

* Kos sampingan yang meningkatkan kos asal. Seperti contoh, anda memerlukan
sampul Pos Express untuk menghantar CD kepada pembeli anda. Pos express adalah kos
berubah yang dimaksudkan.

Bagaimana pula dengan harga untuk perkhidmatan? Ianya bergantung kepada kepakaran,
hasil kerja yang anda lakukan. Sekiranya hasil kerja anda benar-benar berkualiti, letaklah
dengan harga yang tinggi dan begitu juga sebaliknya.









Hakcipta terpelihara MazlieNadzri.com 8
Hakcipta terpelihara MazlieNadzri.com




Langkah Ketiga Pembangunan Laman
Web (part 1)

Memiliki laman web perniagaan di internet samalah seperti anda memiliki kedai di dunia
nyata. Malah, dengan memiliki laman web jualan anda di internet, produk anda akan
dikunjungi dari pelusuk dunia. Itulah kuasa internet pada zaman ini. Disebabkan fakta
inilah, ramai usahawan internet mendapat pulangan yang sangat lumayan.

Setelah anda mengikuti artikel sebelum ini, kini anda sudah mempunyai produk sendiri.
Kini proses membina laman web perniagaan anda. Ada dua cara untuk memiliki laman
web perniagaan anda, iaitu :

a) Bina sendiri

b) Mengupah syarikat/persendirian

A Bina sendiri

Sebenarnya, membina web perniagaan tidaklah sesukar mana. Ditambah lagi dengan
perlbagai jenis
perisian membina laman web yang tak memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi.

Hanya dengan menggunakan Microsoft Word, Notepad sudah boleh membina laman
web perniagaan anda sendiri. Namun, saya suka menasihatkan sekurang-kurangnya anda
perlu tahu sedikit asas HTML bagi memudahkan anda membina laman web perniagaan
anda. Tidak perlu tahu kesemuanya.

Sekiranya anda mahukan ebook asas HTML, boleh dapatkan melalui link di bawah ini:

http://www.panduanhtml.com

B Mengupah syarikat/persendirian

Sekiranya anda tidak mahu pening-pening kepada nak bina laman web sendiri, anda juga
boleh menggunakan khidmat orang perseorangan ataupun syarikat untuk membina laman
web perniagaan anda.

Salah satunya yang menyediakan perkhidmatan membina laman web perniagaan ialah di
http://www.virtualniaga.com. Salah satu kelebihan anda mengupah individu/syarikat
membina laman web anda adalah, anda akan lebih fokus terhadap produk yang akan
anda lancarkan, kerana anda tidak perlu bersusah payah memikir bagaimana design yang
anda hendak gunakan. Anda arahkan sahaja mereka menghasilkannya berdasarkan
kehendak anda :)






Hakcipta terpelihara MazlieNadzri.com 9
Hakcipta terpelihara MazlieNadzri.com


Pastikan anda mendapatkan sebut harga dari beberapa syarikat sebelum membina laman
web yang anda inginkan. Pastikan juga syarikat tersebut bersedia membina laman web
mengikut cita rasa anda sebagaimana yang anda kehendaki.

5 Tips Membina Laman Web Perniagaan(minisites)

1. Merancang web anda

Sebelum anda membina laman web mini, terlebih dahulu anda perlu merancang apa yang
anda mahu letakkan di dalam laman web anda.

Tambahkan beberapa ciri menarik yang tidak ada pada laman web pesaing
anda.Rekabentuk dan susun atur laman web anda mengikut kreativiti anda.

Pelbagai jenis contoh web template kini boleh didapati di internet dan jadikan ia
panduan untuk anda. Tanpa perancangan, laman web anda akan kelihatan kucar-kacir dan
menyukarkan pengguna. Ini menyebabkan laman web anda tidak menarik dan pengguna
akan beralih kepada laman web yang lain dan lebih profesional.

2. Pilih domain name terbaik

Domain name ialah merupakan alamat atau tempat dimana laman web anda ditempatkan.
Penting untuk anda memiliki domain name anda sendiri supaya pelanggan dapat
mengunjungi dan melihat produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

Saya ringkaskan tips untuk memilih nama domain yang sesuai dengan perniagaan anda di
bawah ini:

a) Kata kunci-domain name

Gunakan domain name yang sesuai dengan kehendak carian pelayar internet. Contohnya,
anda menaip perkataan ebiz di enjin carian seperti Google, serta merta akan disenaraikan
laman web yang yang berkaitan dengan ebiz akan muncul.

Untuk membuat kajian tersebut, bolehlah melayari www.wordtracker.com untuk melihat
data pengiraan kata kunci yang selalu digunakan.

b) Sambungan nama domain

Anda sudah pasti pernah mendengan sambungan nama domain seperti .com, .com.my,
.gov.my, .org.my, .net.my dan banyak lagi.

Pilihan sambungan nama domain yang terbaik adalah .com kerana ianya mudah diingati
dan ringkas. Namun, anda boleh juga menggunakan sambungan nama domain yang lain
mengikut kehendak dan citarasa anda. Ianya tidak salah pun :)




Hakcipta terpelihara MazlieNadzri.com 10
Hakcipta terpelihara MazlieNadzri.com


c) Nama domain yang pendek, ringkas dan mudah diingati.

Anda sangat digalakkan menggunakan nama domain yang pendek dan senang diingat.
Namun dari perhatian saya, nama domain sebegini telah pun dimiliki.

Jadi cara yang terbaik, anda hendaklah kreatif menggabungkan perkataan yang sesuai
dengan perniagaan anda untuk dijadikan nama domain bagi web anda.

d) Menerangkan perniagaan anda.

Satu lagi perkara penting dalam memilih nama domain ialah, pastikan ianya mempunyai
kaitan dengan perniagaan anda. Sekiranya anda ingin menjual tudung di internet, nama
domain yang patut anda pertimbangkan seperti www.tudung.com,
www.jualantudung.com dan sebagainya.

Anda boleh mendaftar nama domain anda di http://www.sempoihosting.com,
www.netkl.com ,
www.planhoster.com , www.namsahaz.com dan banyak lagi yang kini anda boleh
mendapatkannya dengan harga yang murah dan berbaloi.

d) Memilih web hosting terbaik

Web hosting merupakan tapak bagi menempatkan laman web anda seumpama anda
menyewa sebuah kedai untuk berniaga. Bezanya disini, kedai biasa beroperasi 10 jam
sehari, 6 hari seminggu tetapi dengan adanya tapak laman ini, perniagaan anda beroperasi
24 jam sehari dan 7 hari seminggu!

Terdapat dua jenis tapak laman yang ada di pasaran, iaitu tapak laman percuma dan juga
berbayar.

i web hosting percuma

Anda boleh menggunakan www.tripod.com, www.free-webhosts.com,
www.bravenet.com dan banyak lagi penyedia web hosting percuma di internet.

Namun, sebagai usahawan yang ingin menjual produk di internet, penggunaan web
hosting percuma adalah sangat-sangat tidak digalakkan kerana ianya menjatuhkan
kredibiliti anda kepada pelanggan. Dan menghilangkan kepercayaan pelanggan kepada
anda.

Bukan itu sahaja malah anda menghadapi risiko kehilangan laman web yang anda
usahakan. Risiko ini boleh berlaku jika pemilik tapak menghentikan serta merta
perkhidmatan percuma yang diberikan.






Hakcipta terpelihara MazlieNadzri.com 11
Hakcipta terpelihara MazlieNadzri.com




ii web hosting berbayar

www.mazlienadzri.com, dan http://www.panduanhtml.comm adalah contoh web hosting
yang berbayar yang saya gunakan.

Laman web anda akan lebih mempunyai kredibiliti dan identiti serta imej yang baik.
Pengguna juga akan lebih yakin dengan anda kerana menganggap tapak laman yang
berbayar menandakan anda benar-benar serius di dalam peniagaan internet.

Langkah keempat : Pembangunan Laman Web (part 2)

Untuk menghasilkan laman web perniagaan yang mampu membuat pengunjung membeli,
beberapa kandungan utama perlu diletakkan di dalam laman web anda.

Berikut adalah beberapa isi kandungan utama bagi laman web perniagaan.

a Mengutarakan masalah yang dihadapi pelanggan.

Sekiranya anda pernah mengunjungi laman web jualan usahawan internet, pastinya anda
akan perasan mereka mengutarakan masalah yang dihadapi oleh pelanggan.

Masalah bagaimana? Masalah yang dimaksudkan adalah masalah yang berkaitan dengan
produk yang anda jual. Contohnya, anda menjual ebook Panduan Bina Blog, masalah
yang dihadapi pelanggan ialah masalah tidak tahu membina blog.

Anda tidak tahu membina blog sendiri? Menghadapi masalah kesukaran memahami
bahasa inggeris untuk memasang blog anda? Kesukaran memahami skrip-skrip
programming?

Ayat di atas ini memfokuskan kepada pelanggan yang tidak tahu membina blog sendiri,
namun mereka mahu memiliki blog sendiri. Dengan mengemukakan masalah seperti di
atas, ianya akan membuatkan pengunjung tertarik dan tertanya-tanya apakah jalan
penyelesaian kepada masalah mereka itu.

b Memberi penyelesaian dengan menawarkan produk

Setelah anda kemukakan masalah kepada pengunjung, kini anda hendaklah tawarkan
produk yang boleh mengatasi masalah mereka itu tadi.




Hakcipta terpelihara MazlieNadzri.com 12
Hakcipta terpelihara MazlieNadzri.com


Contoh diatas, merupakan contoh bagaimana produk tersebut diperkenalkan kepada
pengunjung. Mereka pasti berkata, wahh..inilah yang aku cari selama ni..dah jumpa
pun.apakah perasaan anda kalau anda sebagai pemilik produk mendengar mereka
berkata begitu? Mahu kembang kempis hidung dibuatnya ye tak ? :)

c Nyatakan ciri-ciri produk

Aspek yang penting yang perlu diletakkan di dalam laman web perniagaan anda adalah,
menyatakan ciri-ciri produk yang anda hasilkan tersebut(ebook) dan produk yang anda
jual.

Ciri-ciri yang dimaksudkan adalah adakah produk digital anda berbentuk video, ebook,
penghantaran menggunakan link download, CD dan sebagainya.

Sekiranya produk fizikal pula, nyatakan bahan yang digunakan dan lain-lain lagi.

d Menyatakan faedah

Inilah bahagian yang paling penting sekali. Apa yang mereka akan dapat sekiranya
membeli produk anda?

Banyak contoh yang anda boleh rujuk untuk dijadikan panduan mengenai hal ini. Apa
yang penting, biar bakal pembeli anda merasakan berbaloi membeli produk tersebut. Dan
juga perlu diingatkan, jangan sesekali menipu pembeli ya :)

e Testimoni

Kenapa perlu testimoni? Testimoni adalah penting untuk memberi keyakinan kepada
pembeli dan ianya juga dapat menggalakkan pelanggan lain untuk membeli produk anda.
Cukup 2-3 testimoni sahaja. Testimoni yang terbaik adalah dari pengguna produk anda
tersebut. Hubungi mereka dan nyatakan anda memerlukan testimoni dan minta mereka
berikan gambar, url laman web dan nama.

f Bonus PERCUMA

Satu lagi perkara yang tidak kurang pentingnya adalah memberikan BONUS PERCUMA
kepada pembeli yang membeli produk anda. Siapa tidak suka benda percuma. Yang
penting, bonus anda berkaitan dengan produk yang anda jual.

Ebook, tips-tips percuma, software dan sebagainya boleh anda jadikan bonus kepada
pembeli anda.









Hakcipta terpelihara MazlieNadzri.com 13
Hakcipta terpelihara MazlieNadzri.com




g Diskaun

Satu lagi cara yang menarik dan terbaik memikat hati pelanggan ialah dengan
menawarkan diskaun terhadap produk yang dijual. Ianya bergantung kepada harga yang
anda tawarkan. Anda boleh berikan diskaun sebanyak 20% atau 30%.

h Program affiliate

Anda juga boleh menyediakan program affiliate untuk memasarkan produk anda secara
meluas. Setiap jualan yang datang dari ejen-ejen affilaiet anda, anda akan memberikan
komisen kepada mereka. Terpulang kepada anda berapa komisen yang anda tetapkan
untuk satu-satu jualan. Jangan terlalu rendah sudahlah :)

i Borang Pengesahan Pembayaran

Borang pengesahan pembayaran ini membolehkan pelanggan mengisi borang secara terus
selepas pembayaran dilakukan. Ini menjimatkan masa kerana sebaik sahaja anda
menerima email pengesahan pembayaran, anda boleh menghantar produk secepat yang
mungkin kepada pelanggan. Pelanggan akan menerima produk dalam tempoh yang
singkat. Ini menambahkan kepercayaan pelanggan kepada anda.

j Borang hubungi

Saya merasakan anda wajib meletakkan borang hubungi dalam laman web perniagaan
anda. Pengalaman saya, pembeli akan bertanya kepada saya mengenai produk yang saya
jual dengan 1-2 soalan.

Anda juga boleh menggunakan Yahoo Messegger, Google Talk dan sebagainya untuk
berkomunikasi dengan pelanggan anda.



Hakcipta terpelihara MazlieNadzri.com 14
Hakcipta terpelihara MazlieNadzri.com


Langkah kelima : Penghantaran dan
pembayaran


Seringkali saya ditanya bagaimana membuat pembayaran secara online di internet?
Soalan yang paling popular adalah :

Adakah ianya selamat?

Ianya selamat sekiranya anda tahu cara-caranya. Kalau main hentam semborono je,
memang tak selamat lah. Ada 3 kaedah pembayaran yang selala digunakan dalam
perniagaan internet iaitu:

1. Pindahan akaun(Bank-in)

Cara ini adalah cara yang paling popular digunakan pada masa sekarang. Ada dua cara
yang boleh digunakan untuk kaedah pindahan akaun ini iaitu :


* e-banking contohnya seperti Maybank2u, CIMB cliks, Bank Islam, Bank Rakyat
(sekadar menyebut beberapa bank)
* Cara kedua ialah dengan pelanggan memindahkan wang ke dalam akaun anda
melalui mesin ATM.

2. Wang pos, kiriman wang atau cek tempatan

Di Malaysia, wang pos dan kiriman wang boleh dibuat melalui pejabat Pos Malaysia.
Bagi anda yang layak, anda boleh juga menggunakan cek yang dikeluarkan oleh bank-
bank tempatan.

Sekiranya anda mempunyai pelanggan dari luar negara, mereka juga boleh membuat
pembayaran menggunakan wang pos yang boleh dibeli melalui laman web westernunion.
Wang pos ini akan dihantar ke alamat rumah anda dan anda boleh menyemak
pembayaran yang dilakukan melalui laman web berkenaan berdasarkan kod pembayaran
yang anda terima. Caj akan dikenakan oleh bank tempatan untuk menunaikan cek
berkenaan.

3. Kad Kredit

Tidak dinafikan lagi, kad kredit adalah cara pembayaran yang paling popular dan paling
banyak penggunaanya.

Ada dua cara yang membolehkan anda menerima pembayaran kad kredit secara online
iaitu yang pertama melalui Merchant Account (Akaun Peniaga) yang boleh ada perolehi
daripada pihak bank atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan tesebut.






Hakcipta terpelihara MazlieNadzri.com


Cara yang kedua pula ialah menggunakan Third Party Credit Card Processor (Akaun
Pihak Ketiga). Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai akaun pihak ketiga ini di
laman web berikut :

www.paypal.com
www.2checkout.com
www.worldpay.com

Penghantaran

Selepas sahaja anda selesai menerima pembayaran daripada pembeli, anda hendaklah
membuat penghantaran serte merta kepada pelanggan. Jenis penghantaran adalah
bergantung kepada produk yang anda jual.



a- Pos Express

Sampul Pos Express yang disedikan oleh pejabat Pos Malaysia mempunyai 5 saiz yang
berbeza. Kandungan berat barangan yang dihantar antara 50 gram atau kurang 1
kilogram. Harganya berbeza mengikut saiz.

Anda boleh menyemak penghantaran tersebut melalui laman web www.pos.com.my
menggunakan kod penghantaran(pelekat berwarna kuning)

b- Pos Laju

Sekiranya anda ingin menghantar produk-produk besar, Pos Laju paling sesuai. Anda
boleh menyemak kadar bayaran yang dikenakan melalui laman web www.pos.com.my

Pihak Pos Malaysia juga menyediakan perkhidmatan penghantaran antarabangsa. Anda
boleh menggunakan perkhidmatan ini sekiranya ada produk anda yang dibeli oleh
pelanggan luar negara.

c- Link Download

Bagi anda yang menjual produk digital pula seperti ebook pula, link download sering
digunakan. Cara ini adalah yang paling mudah. Selepas anda membuat pengesahan
pembayaran, anda berikan link download kepada pelanggan untuk mendownload produk
yang anda jual.

Namun, pesanan saya, sekiranya saiz produk anda agak besar, saya menggalakkan anda
menghantar menggunakan Pos Express. Ini yang selalu saya buat. Contoh seperti
Panduan Minisites. Ini untuk mengelakkan pelanggan anda mengalami masalah untuk
download.

Semoga artikel ringkas ini dapat membuka minda anda dalam membina perniagaan
internet yang sebenar.

Ikhlas,
Mazlie Nadzri



Hakcipta terpelihara MazlieNadzri.com

Nantikan siri newsletter berikutnya dari saya. Saya akan hantarkan kepada anda siri email-
email berinfomatif dan bermanfaat untuk anda menjana pendapatan tambahan hanya dari
rumah dari internet.

Saya akan cuba pastikan setiap siri newsletter yang akan baca akan dapat panduan atau
bahan PERCUMA untuk anda memulakan perniagaan dari internet secara serius!

Yang pasti ianya PERCUMA dan anda boleh mulakan "PERNIAGAAN INTERNET" anda
dengan agresif dan mencapai matlamat anda untuk berjaya dalam area perniagaan maya ini!

Antara SIRI PEMBONGKARAN RAHSIA RM 4 ANGKA dari Perniagaan
Internet ialah :

1) 5 Langkah Asas Perniagaan Internet (SIRI EMEL INI)
* Asas untuk memulakan Perniagaan Internet

2) Panduan Ringkas Memulakan Perniagaan Internet (AKAN
DATANG)
* Walaupon ringkas tapi padat dengan teknik "SUPER
POWER!"

3) Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan Di Internet
(AKAN DATANG)
* Perlukan KOMITMEN 150% dari anda untuk bahagian ini!


Hakcipta terpelihara MazlieNadzri.com


4) Formula Pendapatan Segera Dari Internet (AKAN
DATANG)
* Perlukan KOMITMEN 150% dari anda untuk bahagian ini!

5) Strategi Pemasaran Efektif (AKAN DATANG)
* Atur dan susun strategi pemasaran anda sekarang!

6) Teknik Mudah Ayat Jualan (AKAN DATANG)
* Kuasa "SUPER POWER" untuk meningkatkan jualan
dalam perniagaan internet anda!

7)RAHSIA SAYA UNTUK ANDA SELAGI TERUS
MENJADI SUBSCRIBER SAYA!!!

TUNGGU siri PEMBONGKARAN bagaimana saya mampu menjana pendapatan sehingga
RM 4 ANGKA sebulan dari PERNIAGAAN INTERNET yang sungguh mudah dan
berkesan!

Anda mungkin juga menyukai