Anda di halaman 1dari 1

Apakah yang dimaksudkan dengan Pendidikan Kesihatan ?

Definisi kesihatan :
Menurut WHO, kesihatan adalah sesuatu yang sempurna dari segi fizikal, mental dan
sosial, dan bukan hanya sekadar tiada penyakit atau cacat cedera sahaja.
Definisi pendidikan:
Pendidikan ialah satu usaha sistematik yang disengajakan, dibuat oleh sesuatu
masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada
ahlinya. Ia juga merupakan satu usaha memperkembangkan potensi individu dan
perubahan yang berlaku dalam diri manusia

Definisi pendidikan kesihatan:
Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan
pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan
berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.
Green (1980):
Pendidikan Kesihatan adalah sebarang pengalaman pembelajaran yang dibentuk bagi
memudahkan adaptasi dan tingkahlaku yang kondusif untuk kesihatan.
Anspaugh & Ezell (1995):
Pendidikan Kesihatan merupakan proses untuk mengembang dan membekal
pengalamanpengalaman pembelajaran yang terancang dalam cara untuk memberi
maklumat, mengubah sikap, dan mempengaruhi tingkahlaku. Proses tersebut akan
membolehkan kanak-kanak mencapai tanggungjawab kesihatan kendiri, yang menjurus
kepada peningkatan tahap kesihatan dan kesejahteraan.
Marx & Wooley (1998):
Pendidikan Kesihatan sebagai pembelajaran di bilik darjah yang menyediakan dimensi
kesihatan fizikal, mental, emosi dan social. Memperkembangkan pengetahuan, sikap
dan kemahiran berkenaan kesihatan.
.

Anda mungkin juga menyukai