Anda di halaman 1dari 1

Penternakan Ayam Piru atau Ayam Belanda

Ayam piru juga dikenali sebagai ayam belanda.Ayam belanda ialah haiwan
yang tergolong dalam kelas burung.Ayam ini mempunyai sayap dan tubuh yang
diselubungi bulu pelbagai warna. Seekor ayam ini boleh menjangkau berat
sehingga 30 kilogram.
Telur ayam belanda dieramkan untuk mendapatkan anak ayam belanda.Telur
ayam belanda dieram menggunakan alat pengeram atau incubator.Harga telur
ayam belanda adalah RM30.00 sekilogram.Telur ayam belanda adalah makanan
yang sangat berkhasiat.
Anak ayam belanda pula mula dijual ketika berumur satu minggu.Harga
seekor anak ayam belanda adalah RM15.00.Harganya mengikut jenis,saiz dan
umur.Anak ayam belanda dijual kepada penternak ayam belanda apabila sudah
cukup umurnya.
Daging ayam belanda menjadi permintaan yang tinggi apabila musim
perayaan.Daging ayam belanda juga adalah makanan yang berkhasiat.Dagingnya
mempunyai protein yang tinggi.Dagingnya kurang lemak tepu daripada daging
merah.Dagingnya mempunyai sumber vitamin B.Daging ayam belanda juga
rendah kolesterol.Harga dagingnya lebih kurang RM28.00 sekilogram.
Ternakan ayam belanda memberikan pulangan hasil yang lumayan kerana
telur,anak ayam piru dan dagingnya mempunyai pasaran yang tinggi.Ayam
belanda menarik perhatian ramai orang kerana rasanya sangat sedap dan
berkhasiat.

Anda mungkin juga menyukai