Anda di halaman 1dari 1

dari ustaz Ebit

Seorang pemuda lelaki tidak ingin menziarahi ibunya yang sakit kerana sangat marah pada ibunya.....
Ini kerana ibunya tidak pernah buat buat baik padanya dan kerana ibunya pernah buat salah pada ayahnya..

Saya pujuk dan kata pada dia, saya tidak tahu pada hari ini jalan yang lebih cepat dan mudah untuk.masuk syurga
dan dapat redha Allah lebih dari buat baik pada ibu....
Dia kata macam mana saya nak buat baik pada ibu sedangkan dia buat tak baik pada saya.

Saya kata, sebenarnya sebab tu Islam tidak hidup hari ini seperti zaman Nabi saw dan sahabah rhum. Kita sangka
kebaikan, bila orang buat baik pada kita. Maka kita balas kebaikan..itu tanpa agama pun manusia boleh buat.
Binatang pun ada sifat begitu.

Sebenarnya kebaikan dalam Islam yang di bawa oleh Nabi saw ialah buat baik pada orang buat jahat pada kita.
Doakan kebaikan pada orang yang maki hamun kita...senyum pada orang masam. Ziarah orang yang tidak mahu kita
ziarah mereka. Tolong orang yang aniaya kita. Itulah sifat kekasih Allah, Nabi saw dan sesiapa ada sifat begitu
mereka sangat dikasihi Allah..

Semua makhluk dari semut, ikan dalam laut, burung dan semua makhluk sehingga malaikat bertasbih padanya. Tapi
kita hamba yang dalam solat pun lalai dan hati penuh serabut dengan dunia. Tapi kita diberi perhatian oleh
Allah...disayangi dari sekalian makhluk kerana kita inginkan kebaikan untuk seluruh manusia..

Berkorban sehingga dalam sujud kita benar2 ingat Allah..dan suka buat baik.pada semua orang..

Inikan pula ibu kita. Jangan macho sangat bang..ish dengan mak sendiri pun nak berkira..Kalau abang maafkan dia
dan buat baik pada dia lihatlah apa yang Allah akan beri nanti dan dalam dunia pun Allah tunjuk. Sudahlah
tu...entah2 kita mati dulu sebelum ibu kita.

Ini bukan soal kita dengan mak kita..Tapi soal kita dengan Allah..Allah lihat kita dan sedang menilai.kita bagaimana
untuk matikan kita-

Abang tadi menangis dan terus start kereta untuk mohon maaf pada ibunya. Ya Allah berilah kebaikan dan rahmat
yang mencurah yang kau beri pada abang tadi, beri jugalah pada saya yang berdosa ini- ebit lew

tak mudah nak buat baik kpd manusia yg kita........................
muga Allah beri kekuatan utk bebuat baik...insya Allah

Anda mungkin juga menyukai