Anda di halaman 1dari 4

Sentuhan zikal minimum

Oleh NURUL HUSNA MAHMUD


husna@hmetro.com.my
Malah, jika diamati bentuk bola yang dipangku pemain bersama gerakan di mana bola dibaling
kepada pemain yang berada di belakangnya, kumpulan ini tidak ubah lagak pemain ragbi.
Pengasas kumpulan ragbi yang dikenali dengan Scorpion Women In Touch atau SWIT, Dr Zalina
Abd Razak, tidak menakan kumpulannya bermain ragbi sentuh yang menyerupai perlawanan sebenar
sukan agresif itu tetapimengamalkan peraturan berbeza.
Permainan kami seakan-akan permainan ragbi kerana bola serta teknik mainan menyerupai asas
sukan itu. Hakikatnya, ragbi sentuh atau touch rugby yang kami main sangat berbeza daripada ragbi
biasa yang dimainkan di seluruh negara.
Dalam sukan ini, aktiviti seperti tumbangan (tackle), skrum (scrum), lontaran ke dalam (line out) dan
tendangan bola (kicking) tidak dibenarkan. Ia bukan sukan lasak sebagaimana ragbi kerana konsep
sukan ini membabitkan sentuhan zikal yang sangat minimum, katanya.
Kata doktor berusia 41 tahun itu, ragbi sentuh tidak ubah seperti permainan rakyat galah panjang, di
mana sebarang sentuhan tidak dibenarkan.
Asasnya, ragbi sentuh memerlukan enam pemain sama ada untuk pasukan pertahanan atau
penyerang. Pasukan penyerang akan berusaha melepasi pertahanan dan perlu melakukan touchdown
tanpa ada sentuhan pihak lawan. Namun kekerasan dilarang sama sekali, katanya yang berpendapat
sukan ini selamat dimainkan oleh semua peringkat umur.
Pemain senior kelab SWIT, Nurul Ain Wahida Abu Bakar pula berkata, dia meminati sukan terutama
kegiatan lasak.
Sebaik dipelawa oleh tenaga pengajar dalam kursus yang diikutinya di Port Dickson untuk menyertai
kelab ragbi sentuh, perasaan teruja dan ingin tahu silih berganti.
Kata guru Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18 (1) itu, dia obses untuk mengenali aktiviti kelab
ragbi sentuh yang membabitkan pemain wanita kerana pertama kali mendengar kewujudan kelab
seumpama itu.
Ketika berkursus, saya diundang menyertai kelab ragbi sentuh wanita yang menjalani latihan setiap
petang di padang komuniti Presint Sembilan, Putrajaya.
Kebetulan saya tinggal berhampiran kawasan latihan, lalu memutuskan untuk singgah menjenguk
sesi latihan kumpulan terbabit.
Pertama kali menyaksikan mereka bermain, saya berasa hairan kerana tiada seorang pemain pun
mempunyai susuk tubuh sasa mahupun tegap seperti atlet, apatah lagi bergelar pemain ragbi.
Sentuhan zikal minimum
http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sentuhanzikalmi... 1
Rata-rata yang datang terserlah ciri feminin, malah difahamkan ramai di kalangan mereka adalah
jururawat serta pembantu perubatan berkhidmat dengan Hospital Putrajaya, katanya yang pada
mulanya tidak percaya wujud kelab yang aktif bermain ragbi sentuh.
Katanya, persepsi terhadap sukan berkenaan berubah sebaik menyaksikan gerakan pemain kerana
tampak asing daripada disaksikannya di kaca televisyen sebelum ini.
Namun sebaik latihan dimulakan, sangkaan saya tidak tepat kerana tiada langsung gerakan
konvensional ragbi seperti rempuhan kasar mahupun usaha menjatuhkan lawan dilakukan.
Mereka kelihatan sangat santai dengan teknik diajar jurulatih di mana lebih tertumpu kepada cara
larian, melontar bola, menangkap bola dan berkomunikasi secara berkesan, katanya yang aktif
bermain sejak tujuh bulan lalu.
Selain Nurul Ain, Nurfahmida Zamanhuri, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan
Putrajaya Presint 8(1) turut tidak melepaskan peluang membabitkan diri dalam sukan ragbi sentuh
meskipun mulanya mendapat tentangan ibu bapa.
Ibu bapa kurang senang saya menyertai sukan berkenaan kerana bimbang dengan risiko kecederaan.
Mereka yang kurang faham dengan permainan ragbi sentuh membayangkan saya bakal dicederakan
teruk kerana mempunyai susuk tubuh kecil.
Namun, selepas diterangkan cara permainan dan hadir menemani saya bermain setiap kali latihan,
mereka mula sedar sukan ini sangat lembut dan selamat, katanya yang pernah menyertai
Perlawanan Ragbi Sentuh Antarabangsa Ke-8 di Shanghai, China, tahun lalu.
Gadis berusia 14 tahun itu berkata, peluang serta pengalaman dilalui ketika mengenali sukan ragbi
sentuh antara yang terbaik dalam hidupnya kerana dia berpeluang bermain dengan mereka yang lebih
berpengalaman dan bertaraf antarabangsa.
Terus terang, andai saya membabitkan diri dalam sukan lain, potensi untuk bermain sehingga ke
peringkat antarabangsa mungkin tiada.
Namun dalam ragbi sentuh, saya mendapat ruang untuk menyerlahkan bakat dan berpeluang bermain
di peringkat antarabangsa.
Terbaru, saya BERTEMU dengan pemain Filipina dan itu antara pengalaman berguna buat diri
sepanjang mengenali ragbi sentuh.
Tambah pula, saya membuat touchdown pertama ketika beraksi di Shanghai tahun lalu, katanya
yang juga kapten pasukan Swit Junior.
Bagi peserta termuda dalam skuad Swit Junior, Wan Sabrina Wan Rithauden, 12, pembabitannya
mendapat sokongan keluarga kerana ibunya, Nor Sahlawati Ismail turut aktif bermain ragbi sentuh.
Saya gembira kerana minat ini turut dikongsi bersama ibu dan kakak. Kami kerap mengadakan
latihan sendiri di kawasan rumah apabila tiada latihan.
Latihan sekurang-kurangnya dua kali seminggu membantu saya meningkatkan kecergasan di
samping mengeratkan hubungan keluarga, katanya yang menyukai ragbi sentuh kerana
Sentuhan zikal minimum
http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sentuhanzikalmi... 2
permainannya yang pantas.
Sementara itu, Presiden Kelab Ragbi Scorpion Putrajaya, Ahmad Suani Johari merakam
penghargaan terhadap penajaan segelintir pihak membantu kelabnya untuk terus memperkembangkan
sukan ragbi sentuh di seluruh negara.
Saya bersyukur ada pihak sudi menaja keperluan kelab. Namun ia masih tidak memadai kerana kami
berharap untuk mengkomersialkan sukan ini ke seluruh negara.
Saya mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat untuk menaja aktiviti kelab dalam
memperkembangkan ragbi sentuh sebagai sukan komuniti di seluruh negara sebagaimana futsal
mahupun badminton, katanya.
PROFIL 1:
NAMA: Wan Sabrina Wan Rithauden
UMUR: 12 tahun
KATEGORI: Pasukan Junior Swit
PENCAPAIAN: Johan dalam kategori Bold bagi Perlawanan Rugbi Sentuh Pantai, Port Dickson
KERJAYA: Pelajar Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(2)
PROFIL 2:
NAMA: Dr Zalina Abd Razak
UMUR: 41 tahun
JAWATAN: Pengasas Pasukan Swit
KERJAYA: Doktor
PROFIL 3:
NAMA: Nurfahmida Zamanhuri
UMUR: 14 tahun
KATEGORI: Kapten Pasukan Junior Swit
PENCAPAIAN: Tempat ketiga wanita Asia, Perlawanan Ragbi Sentuh Antarabangsa kelapan di
Shanghai, China
KERJAYA: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1)
PROFIL 4:
NAMA: Nurul Ain Wahida Abu Bakar
UMUR: 24 tahun
KATEGORI: Pasukan Senior Swit.
Sentuhan zikal minimum
http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sentuhanzikalmi... 3
PENCAPAIAN: Tempat Ketiga Wanita Asia, Perlawanan Ragbi Sentuh Antarabangsa kelapan di
Shanghai, China
KERJAYA: Guru
INFO:
Scorpion Swit bernaung di bawah Scorpion Putrajaya iaitu kelab ditubuhkan dengan kelulusan
Majlis Sukan Putrajaya dan berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PSM) di bawah Akta
Pembangunan Sukan 1997
Ditubuhkan sebagai kelab kebajikan sukan yang menjadikan sukan ragbi sentuh sebagai platform
permainan utama di Wilayah Persekutuan Putrajaya
Lima divisyen pemain di kelab ini iaitu lelaki, wanita, masters (35+), remaja lelaki dan remaja
perempuan
Nama pasukan: Scorpion SWiT (Senior wanita)
2.SWiT Junior (Junior wanita)
3.Scorpion SMiT (Senior lelaki)
4.SMiT Junior (Junior lelaki)
Alamat Rumah Kelab: Rumah Kelab Scorpion Putrajaya, D2-T7-U4, Jalan P9B, Presint 9 Putra
Harmoni 62250 PUTRAJAYA.
Alamat Perhubungan; scorpionputrajaya.mail@gmail.com
Lokasi dan hari latihan: Selasa dan Khamis bermula 5.30 PM hingga 7.00 PM
di Padang Komuniti Presint 9
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad
Sentuhan zikal minimum
http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sentuhanzikalmi... 4

Anda mungkin juga menyukai