Anda di halaman 1dari 16

PENYAKIT HERPES

Anda ingin tahu penyakit kelamin


yang mudah berjangkit. Penyakit
herpes iaitu Herpes genital sangat
mudah berjangkit. Penyakit herpes
ini berjangkit melalui hubungan
kelamin.

Penyakit herpes genital disebabkan


oleh virus herpes simplex.

Dua jenis virus herpes dikenal pasti:


- Virus herpes mulut atau HSV 2.
- Virus herpes genital atau HSV 1

Virus herpes menjangkit


dengan memasuki luka kecil
pada kulit atau lapisan
mukosa. Apabila anda
dijangkiti virus herpes, virus
akan tinggal kekal di dalam
tubuh.

Penyakit Herpes Simplex Jenis 1


Tanda-tanda herpes yang boleh
dilihat ialah ruam,kudis berisi air di
dalam mulut atau bibir.
Ia diikuti dengan ulser mulut yang
sakit. Tanda-tanda herpes lain ialah
demam ,gusi bengkak serta merah,
selaput putih pada lidah, bengkak
kelenjar leher dan sakit-sakit otot.
Organ mata dan sistem saraf juga
boleh terlibat sama. Tanda-tanda
herpes ini agak lewat terjadi,mungkin
beberapa hari,minggu atau bulan
kemudian.

Penyakit

Herpes Simplex Jenis 2

Tanda-tanda penyakit herpes simplex 2


biasanya kelihatan di faraj, zakar, kerandut
zakar, punggung dan dubur. Virus herpes
ini boleh menjangkit melalui seks oral.

Simptom penyakit herpes ini ialah gatalgatal atau sakit serta ruam di kawasan
terbabit. Kadangkala berlaku
pembengkakan kelenjar dan demam. Anda
akan terasa sakit semasa kencing jika
jangkitan virus herpes ini menjangkit zakar.

Ruam ini kadang kala menjadi


ulser. Lelehan cecair atau darah
akan keluar dari ulser tadi. Ulser
herpes genital akan sembuh
dalam tempoh 2 hingga 4
minggu. Herpes genitalis
berjangkit melalui hubungan
kelamin tidak selamat.

Virus

herpes tidak akan


menyebabkan komplikasi yang
teruk selain ruam pada kulit jika
menjangkiti individu yang sihat.
Pesakit HIV dan Aids dan pesakitpesakit yang mempunyai sistem
pertahanan imuniti yang rendah
akan mengalami jangkitan herpes
yang lebih teruk dan lama.

Individu yang menghidapi virus


herpes genitalis lebih berisiko
untuk membawa penyakit-penyakit
kelamin lain termasuk HIV. Jika ibuibu
melahirkan
anak
dan
mengalami
ruam
kemaluan
disebabkan virus herpes genital, ia
boleh menjangkiti anaknya yang
baru lahir.

Oleh

sebab penyakit herpes


diakibatkan oleh virus, setakat ini
tiada ubat untuk menyembuhkan
penyakit ini. Ubat antivirus oral seperti
Acyclovir (Zovirax),

Famciclovir (Famvir) dan Valacyclovir


(Valtrex), digunakan secara meluas untuk
rawatan simptom penyakit herpes ini. Ubat
antivirus tersebut boleh membantu
menyembuhkan ruam kulit dan
mengurangkan jangkitan ulangan.
Risiko jangkitan virus herpes kepada
pasangan juga boleh dikurangkan dengan
pengambilan ubat oral antivirus.

Amalkan seks selamat.


Gunakan kondom. Jangan
bertukar-tukar pasangan.
Amalkan seks sihat. Lakukan
dengan pasangan sah iaitu
suami-isteri. Sekiranya
dijangkiti virus herpes genital,
beritahu pasangan anda.
Tangguhkan aktiviti seks
sehingga ruam pada kemaluan
sembuh sepenuhnya. Gunakan
kondom,jika perlu, bagi
mengurangkan kemungkinan
jangkitan virus herpes pada
pasangan anda.

Kekalkan

sistem daya pertahanan kuat


dengan gaya pemakanan sihat,
sentiasa melakukan senaman badan
dan rehat yang cukup. Elakkan bercium
jika anda sedang dijangkiti virus herpes
genital.
Elakkan berkongsi makanan dengan
orang yang ada ulser mulut.

Faktor-faktor

yang menyebabkan
jangkitan berulang: Kekerapan ulangan
penyakit herpes berhubung kait dengan
sistem pertahanan badan yang rendah.
Sistem pertahanan badan rendah
berlaku pada:
Pemakanan tidak sihat
Tekanan (stress)

Pembedahan
Amalan sek ganas menyebabkan
luka pada alat kelamin
Datang haid atau mengandung
(perubahan hormon)

Sekian
terima kasih

Anda mungkin juga menyukai