Anda di halaman 1dari 34

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN BOLA BALING

Julin Jack Erus


Pengerusi Teknik Bola Baling Daerah Kota Kinabalu

2011 Saja ah..


( 014-2822800) montoku103@yahoo.com

GELANGGANG PERMAINAN

Ukuran gelanggang (40m x 20m) Zon keselamatan (1m sepanjang garisan tepi dan 2 m sepanjang garisan gol) Ukuran tiang gol (3m lebar dan 2m tinggi) Garisan gol (6m) Garisan balingan percuma (9m) Garisan balingan penalti (7m) Garisan had penjaga gol (4m) Garisan pertukaran pemain (9m)

GELANGGANG PERMAINAN

Masa permainan

16 tahun ke atas (30 minit -10 minit - 30 minit) 12 16 tahun (25 minit -10 mint - 25 minit) 8 12 tahun (20 minit 10 minit 20 minit)

Masa tambahan

5 minit setiap separuh masa dengan sela masa 1 minit rehat jika keputusan seri; 5 minit setiap separuh masa dengan sela masa 1 minit rehat jika keputusan masih seri; Pemenang ditentukan mengikut peraturan pertandingan kejohanan jika masih seri;

Isyarat tamat

Masa permainan bermula dengan tiupan wisel pengadil untuk balingan permulaan; Masa tamat permainan ditentukan oleh isyarat tamat automatik dari jam gelanggang/ penjaga masa/ tiupan wisel pengadil (jika tiada isyarat); Hukuman untuk kesalahan salah laku/ tiada semangat kesukanan sebelum/ ketika isyarat tamat; Kuasa muktamad di tangan pengadil untuk menamatkan perlawanan;

Masa hentian (time-out)

Masa hentian diberikan: a) penggantungan 2 minit, pembatalan/ penyingkiran; b) balingan 7m; c) masa hentian pasukan diberikan; d) kesalahan penggantungan pemain/ bilangan pemain melebihi jumlah yang dibenarkan; e) isyarat wisel daripada penjaga masa/ teknikal; f) perbincangan antara pengadil; 1 masa hentian setiap separuh masa (1 minit)

bola

Dibuat daripada kulit/ bahan sintetik (berbentuk sfera dan permukaan yang tidak licin/ berkilat); Saiz bola Ukur Lilit Berat Bola Saiz Bola Jantina Umur 5860cm 425-475gm 3 (IHF) Lelaki >16 54-56cm 325-327gm 2 (IHF) Lelaki 14-16 Perempuan >14

pasukan

12 orang pemain satu pasukan 7 orang pemain gelanggang (1 orang penjaga gol & 6 orang pemain gelanggang) Penjaga gol boleh bermain sebagai pemain gelanggang bila-bila masa Permainan boleh dimulakan dengan sekurangkurangnya 5 orang pemain 4 orang pegawai (maksimum) bersama pasukan

Pemain gantian

Boleh masuk gelanggang bila-bila masa tanpa maklumkan pengadil/penjaga masa/ pencatat markah Mereka harus masuk/ keluar gelanggang di kawasan penggantian (termasuk penjaga gol) Kesalahan pertukaran pemain akan dihukum dengan hukuman gantung 2 minit (diteruskan dengan balingan percuma untuk pasukan lawan) 8 orang pemain (gantung 2 minit dan dikurangkan 1 pemain digantung 2 minit)

peralatan

Pakaian yang berlainan warna untuk kedua-dua pasukan No. 1- 20 dan ukuran tinggi (10cm depan dan 20cm belakang) Arm band untuk kapten pasukan (4cm lebar) Tidak dibenarkan memakai peralatan yang boleh membahayakan diri sendiri/ pemain lain

Penjaga gol

Boleh : a) menyentuh bola dengan mana-mana bahagian badan untuk menghalang/mengawal golnya; b) bergerak ke mana sahaja dengan bola dalam kawasan gol kecuali melengahkan masa; c) keluar dari kawasan gol tanpa bola dan bermain sebagai pemain gelanggang; d) keluar dari kawasan gol dengan bola dan meneruskan permainan jika dia belum dapat mengawal bola;

Tidak dibenarkan: a) membahayakan pihak lawan semasa menahan bola; b) membawa bola keluar dari kawasan golnya dengan sengaja; c) menyentuh semula bola yang dibalingnya sebelum disentuh oleh pemain lain; d) menyentuh bola di luar kawasan gol semasa dia berada dalam kawasan gol; e) membawa masuk bola ke dalam kawasan gol; f) masuk semula ke kawasan gol dengan bola; g) melintasi garis 4m semasa balingan 7m

Kawasan gol

Hanya penjaga gol yang dibenarkan memasuki kawasan gol Pemain gelanggang yang masuk akan dihukum: a) Balingan percuma- masuk dengan bola b) Balingan percuma- masuk tanpa bola tetapi menguntungkan pasukannya; c) Balingan 7m- masuk untuk musnahkan peluang lawan menjaring gol;

Pemain dihukum jika memainkan bola masuk ke kawasan gol sendiri: a) Gol jika bola masuk gol; b) Balingan percuma bola berhenti dalam kawasan gol/ disentuh penjaga gol; c) Balingan ke dalam bola keluar melalui garisan gol; d) Permainan diteruskan bola tersasar keluar gelanggang dan tidak disentuh oleh penjaga gol;

Memainkan bola

Pemain dibenarkan: a) membaling, menangkap, menahan, menolak, memukul bola menggunakan tangan, lengan, kepala, badan, paha dan lutut; b) memegang bola dalam masa 3 saat; c) mengambil 3 langkah maksima bersama bola; d) menggerakkan bola dari satu tangan ke tangan lain tanpa menghilangkan perhubungan; e) menghantar bola ketika berlutut, duduk atau baring di permukaan gelanggang;

Pemain tidak dibenarkan: a) menyentuh bola lebih dari sekali kecuali terkena gelanggang, pemain lain/ gol; b) menyentuh bola dengan bahagian kaki bawah lutut (kecuali dibaling dengan sengaja oleh pihak lawan);

Permainan pasif

Pemain mengawal simpan bola terlalu lama tanpa membuat jaringan/ serangan; Balingan percuma akan diberikan kepada pihak lawan;

Kesalahan

Tidak dibenarkan: a) menarik/memukul bola di tangan lawan; b) merempuh, memegang, menolak, berlari dan melompat ke arah lawan; c) melompat dan berlari ke arah lawan/ memukul/ menakutkan lawan; d) menghalang/ membuat rintangan yang menyalahi undang-undang dan boleh membahayakan lawan;

Kesalahan tiada semangat kesukanan


Mengeluarkan isyarat/bahasa lucah keterlaluan di dalam/luar gelanggang Hukuman beransur maju diberikan;

Pembatalan

Menarik tangan pemain yang sedang membaling bola; Memaut leher lawan; Menyepak/ menendang lawan; Menolak lawan ketika sedang melompat/ berlari; Membaling bola ke arah muka/ kepala lawan dengan sengaja Kesalahan yang kasar/ keras boleh menyebabkan hukuman penyingkiran;

Jaringan

Gol dikira apabila keseluruhan bola memasuki garisan gol; Gol dikira jika pertahanan melakukan kesalahan; Gol tidak dikira jika pengadil/ penjaga masa memberhentikan permainan sebelum itu; Gol sendiri dikira jika pemain masukkan bola ke gol sendiri kecuali penjaga gol yang melakukan balingan gol; Gol yang dikira tidak boleh dibatalkan

Balingan permulaan

Dilakukan oleh pasukan yang menang undian; Akan dilakukan oleh pasukan yang kena jaring selepas jaringan dibuat; Pemain mesti pijak garis tengah dengan sebelah kaki; Rakan tidak boleh melepasi garis tengah sebelum itu; Pemain lawan berada 3m daripada pemain yang membuat balingan permulaan;

Balingan ke dalam

Diberikan apabila keseluruhan bola melepasi garis tepi atau terkena pemain gelanggang sebelum melepasi garisan tepi gol; Dibuat di tempat bola keluar tanpa tunggu wisel; Pembaling mesti pijak garis tepi; Dia tidak dibenarkan meletakkan bola dan mengambilnya semula/ memantulkan bola; Pemain lawan mesti berada tidak kurang 3m daripada pemain yang membuat balingan ke dalam;

Balingan gol

Diberikan apabila keseluruhan bola melepasi garis tepi gol selepas disentuh oleh penjaga gol; Dilakukan oleh penjaga gol tanpa tunggu wisel; Dianggap telah diambil apabila bola melepasi garis gol (6m); Penjaga gol tidak boleh menyentuh semula bola selepas ia dibaling dan sebelum disentuh pemain lain;

Balingan percuma

Diberikan apabila pasukan yang mengawal bola melakukan kesalahan peraturan/ pasukan yang bertahan melakukan kesalahan; Pengadil akan memberhentikan permainan; Balingan dibuat di dalam kawasan gol/ kawasan 9m pasukan lawan; Pemain bertahan mesti berada pada jarak 3m daripada pembaling

Balingan 7 m

Diberi apabila: a) peluang menjaring gol dimusnahkan lawan; b) gangguan wisel daripada luar semasa penyerang menjaringkan gol; c) peluang menjaring dimusnahkan oleh gangguan daripada orang luar; Pengadil memberhentikan permainan (time-out) Situasi melakukan balingan 7m?

Peraturan membaling

Bola berada di tangan pembaling sebelum balingan dilakukan; Pemain memastikan sebelah kaki memijak lantai/ gelanggang semasa balingan; Pengadil meniup wisel: a) balingan permulaan dan balingan 7m; b) balingan ke dalam,balingan gol dan balingan percuma selepas time-out, memulakan balingan percuma,melengahkan balingan, selepas membetulkan kedudukan pemain dan selepas amaran lisan/ amaran (kad kuning) diberikan;

Amaran

Diberikan seperti: a) kesalahan terhadap lawan (bukan hukuman ansur maju); b) kesalahan untuk hukuman ansur maju; c) kekasaran semasa penyerang membaling; d) pemain/pegawai tidak mempunyai semangat kesukanan; Pemain tidak boleh diberi lebih daripada 1 kad kuning dan tidak melebihi 3 kad kuning untuk setiap pasukan;

Gantung 2 minit

Diberikan apabila: a) melakukan kesalahan penggantian pemain; b) mengulangi kesalahan bagi hukuman ansur maju; c) bersikap tiada semangat kesukanan berulang kali; d) kesalahan kali kedua bagi pegawai; e) tidak letak bola serta-merta apabila berlaku kesalahan; f) berulang kali melakukan kesalahan semasa pemain menyerang melakukan balingan percuma; g) hukuman batal pada pemain/ pegawai; h) pemain yang menerima gantung 2 minit dan tunjuk sikap tiada semangat kesukanan;

Pembatalan (kad merah)

Diberikan kepada: a) pemain yang tidak didaftarkan dalam permainan; b) kesalahan ketiga/ berturutan oleh pegawai; c) membahayakan lawan; d) sikap tiada semangat kesukanan yang serius; e) menyerang/ bergaduh di luar masa bermain; f) serbuan pegawai pasukan; g) penggantungan kali-3 kepada pemain yang sama; h) mengulangi sikap tiada semangat kesukanan semasa pertukaran gelanggang;

Penyingkiran

Boleh diberikan: a) pemain melakukan kesalahan yang serius semasa permainan,dalam/luar gelanggang; Pengadil memberi isyarat time-out Meliputi keseluruhan masa permainan Pemain terbabit hendaklah meninggalkan gelanggang dan tempat simpanan serta tidak boleh diganti sehingga tamat permainan

Pengadil

2 orang pengadil pada satu masa dan dibantu oleh penjaga masa serta pencatat; Mengawasi tingkah laku pemain; Memeriksa gelanggang, tiang gol dan bola; Membuat lambungan syiling; Bertanggungjawab menyimpan keputusan jaringan; Mempunyai keputusan yang muktamad;

Penjaga masa dan pencatat

Penjaga masa bertanggungjawab pada masa permainan, masa hentian time-out dan penggantungan pemain (2 minit); Pencatat bertanggungjawab pada senarai pendaftaran pemain, borang keputusan markah, pertukaran pemain dan kemasukan pemain; Penjaga masa memaklumkan pemain yang digantung tentang tamat masa penggantungan; Penjaga masa boleh memberhentikan permainan sekiranya perlu;

Anda mungkin juga menyukai