Anda di halaman 1dari 1

Badrolhisham bin Abu Hassan,

Timbalan Pendaftar,
Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor,
Km 12, Jalan Muar,
85000 Segamat,
JOHOR DARUL TAZIM

Melalui

Md Asnan bin Abd Rahman,
Jurutera,
Bahagian Pengurusan Fasiliti,
UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang,
Jalan Purnama, Bandar Seri Alam,
81750 Pasir Gudang, Johor 20 Oktober 2014.


Tuan,
PERMOHONAN PENGECUALIAN MENYERTAI PROGRAM TEAM BUILDING STAF
BAHAGIAN PENGURUSAN FASILITI UiTM CAWANGAN JOHOR DI INSTITUT LATIHAN
UiTM, PERAK
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Saya, Nuramin Bin Baslan, staf Bahagian Pengurusan Fasiliti, UiTM Cawangan Johor,
Kampus Pasir Gudang memohon pengecualian menyertai program team building staf bahagian
pengurusan fasiliti UiTM Cawangan Johor di institut latihan UiTM, Perak pada 31 Oktober hingga 2
November 2014.
3. Untuk makluman pihak tuan, saya baru sahaja mengalami kemalangan jalan raya pada 2
Oktober 2014 yang lepas dan saya telah mengalami kecederaan di tangan kanan dan kiri, serta
badan. Oleh itu, saya tidak boleh melakukan aktiviti luar selama 1 bulan atas nasihat doktor kerana
saya dalam tempoh pemulihan. Bersama sama ini disertakan lampiran surat sokongan dari Pegawai
Perubatan Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu.
4. Saya berharap agar permohonan saya ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari
pihak tuan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,

NURAMIN BIN BASLAN
Penolong Jurutera,
Bahagian Pengurusan Fasiliti,
UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang.

Anda mungkin juga menyukai