Anda di halaman 1dari 8

1.

RINGKASAN JURNAL
Kajian ini bertujuan untuk menguji tahap kecergasan daya tahan

kardiovaskular pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Julai 2007 IPTAR.


Seramai 18 belas orang peserta kajian terlibat dalam kajian ini. Responder
menjalankan ujian larian 2.4KMsemasa ujian pra dan dalam enam minggu
merekan menjalankan tempoh rawatan dengan melakukan senaman dan latihan.
Selepas itu ujian pos dilakukan untuk melihat perbezaan. Dapatan kajian
menunjukkan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular palajar lelaki lebih
cergas berbanding dengan pelajar perempuan untuk kedua-dua ujian pra dan
ujian pos. Terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kecergasan daya
tahan

kardiovaskular

Bagaimanapun

tidak

antara
terdaoat

ujian

pra

dan

perbezaan

ujian

yang

pos

signifikan

(T=10.0,p<.01).
dalam

tahap

kecergasan daya tahan kardiovaskular mengikut jantina dalam ujian pra (U=29.0,
p>.05) dan ujian pos (U=84.0, p>.05). Perbezaan juga tidak signifikan dalam
tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular mengikut kategori umur dalam
ujian pra (U=33.5,p>.05) dan ujian pos

(U =27.0,p>.05). Dapatan kajian ini

diharap dapat dijadikan panduan kepada jurulatih lain untuk menjalankan ujian
kecergasan terhadap pelajarnya.

2.0

PENGENALAN
Daya tahan kardiovaskular merupakan satu komponen asas dalam

kecergasan fizikal yang merangkumi pengucupan kumpulan otot besar yang


memerlukan penyesuaian sistem peredaran respirasi. Daya tahan kardiovaskular
diterjemahkan sebagai keupayaan sistem peredaran darah dan sistem respirasi
membekalkan oksigen kepada individu agar dapat melakukan aktiviti yang
berterusan. Ia merupakan komponen yang terpenting dalam profil fisiologi
manusia.

Tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular yang tinggi memerlukan


jantung yang kuat,paru-paru yang sihat dan salur darah yang baik untuk
membekalkan oksigen kepada komponen badan yang lain. Kebolehan kita
melakukan kerja-kerja seharian tanpa rasa lesu atau dapat menjalankan aktiviti aktiviti fizikal secara berterusan adalah satu indikator kepada tahap kecergasan
fizikal. Seseorang atlet yang mempunyai daya tahan kardiovaskular yang tinggi
dapat menjalankan aktiviti sukan dalam jangka masa yang panjang dan
seterusnya dapat pulih dalam masa yang singkat.

Untuk mendapatkan daya tahan kardiovaskular yang tinggi,seseorang itu


perlu menjalani satu siri latihan berterusan dan sistematik dalam jangka masa
yang tertentu oleh seseorang yang mahir dalam bidang sukan. Pelbagai ujian
boleh dijalankan untuk mengukur tahap daya tahan kardiovaskular,antaranya
adalah ujian menapak Harvad,ujian Queen College,ujian Bleep dan yang paling
kerap digunakan di kalangan pelajar IPG ialah ujian larian 2.4KM.

KRITIKAN
3.0

KEKUATAN

3.1 Penggunaan bahasa


Antara kekuatan yang terdapat dalam kajian ini adalah seperti bahasa
yang digunapakai adalah jelas dan mudah difahami oleh semua pembaca. Ini
adalah perkara yang sangat penting kerana tujuan utama menjalankan kajian
adalah untuk memperkenalkan sesuatu yang baru kepada pembaca. Jika
bahasa yang digunakan terlalu fantastik sehingga pembaca tidak memahami isiisi kajian tersebut,maka matlamat kajian ini boleh tidak tercapai. Penggunaan
bahasa dan susunan ayat dalam kajian ini juga mudah dibaca dan difahami oleh
pembaca.

3.2 Graf dan penjadualan


Penggunaan graf dan jadual dalam kajian ini adalah sesuai untuk
membentangkan data-data dan keputusan yang diperoleh oleh pengkaji melalui
instrument yang disediakan. Pengkaji telah menggunakan graf bar untuk
membentangkan keputusan-keputusan yang dipeolehi. Ia jelas menunjukkan
maklumat yang hendak dikeluarkan oleh pengkaji. Ini dapat memastikan pengkaji
tidak merumitkan dan mengelirukan pembaca.
Selain itu ,jadual yang diguna oleh pengkaji untuk mempamerkan data
yang diperoleh adalah jelas dan mudah difahami. Setiap jadual menunjukkan 1
perkara sahaja yang hendak dikeluarkan oleh pengkaji. Ini dapat memudahkan
pembaca memahami apa yang diperolehi oleh pengkaji dalam ujian-ujian yang
dijalankan.

3.3

Persoalan terjawab
Melalui keputusan yang didapati oleh pengkaji pada akhir kajian ini dapat

menunjukkan semua persoalan kajian telah dijawab. Ini menunjukkan kajian ini
berjaya mencapai apa yang telah dirancang sebelum ini. Salah satu persoalan
yang berbunyi Apakah perbezaan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular
dalam kalangan pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani IPTAR mengikut jantina?
telah dijawab oleh pengkaji melalui jadual 6 dalam kajian tersebut.

4.0

KELEMAHAN

4.1

Bilangan sampel kajian


Dalam kajian ini,pengkaji menggunakan 18 orang pelajar sebagai sampel

kajian. Bilangan ini adalah terlalu sedikit untuk menjalani kajian berbentuk
eksperimen.

Menurut

Mohd

Majid

Konting

(2005)

,untuk

mendapat

kebolehpercayaan dan kesahan hasil kajian seseorang pengkaji perlu memilih


sampel sekurang-kurangnya seramai 30 orang. Oleh itu,keputusan kajian ini
mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang rendah.

4.2

Prosedur menjalankan ujian


Dalam kajian ini,pengkaji tidak menjelaskan prosedur yang patut

dilakukan untuk menjalani ujian pra dan ujian pos. Prosedur menjalani ujian
adalah penting kerana ia akan menjejaskan keputusan yang diperoleh.,justeru
akan kebolehpercayaan dan kesahan hasil kajian akan direndahkan. Langkahlangkah menjalani ujian boleh dinyatakan dalam pelbagai bentuk seperti jadual.
Ini juga akan memudahkan jurulatih-jurulatih lain menjalankan ujian ini terhadap
atlet mereka pada masa akan dating.

4.3

Pengesahan Instrumen
Pengkaji hanya menggunakan satu jenis instrumen untuk menguji dan

mengumpul data yang diperoleh dari kajian ini,iaitu Ujian Larian 2.4 KM. Pengkaji
tidak menjalankan kajian rintis terhadap instrument yang dipilih ini. Seharusnya
pengkaji menjalankan kajian rintis terlebih dahulu sebelum digunapakai dalam
kajian ini. Tujuan menjalankan kajian rintis adalah untuk menguji tempoh yang
diperlukan untuk menjalani sesuatu ujian dan seterusnya menyemak semua item
yang diperlukan serta menggugurkan item yang tidak berkenaan.

4.4

Rawatan dan latihan


Pengkaji tidak menjelaskan bagaimanakah atau apakan rawatan serta

latihan yang diberi kepada sampel selepas ujian pra. Selepas ujian pra, sampel
seharusnya dibekalkan dengan rawatan atau latihan yang telah disediakan
dalam satu tempoh yang ditetapkan. Semua sampel akan menjalani rawatan
yang sama, tempoh yang sama dan intensiti yang sama.

4.5

Kesimpulan mengelirukan
Pengkaji telah menggabungkan kesimpulan kajian ini dengan perbincangan

dan juga cadangan penambahbaikan dalam satu perenggan kecil. Ini akan
mengelirukan pembaca dan susah untuk membezakan kesimpulan yang hendak
dikemukakan oleh pengkaji. Bagi saya ,kesimpulan adalah bahagian yang
sangat penting kerana ini merumuskan seluruh kajian yang dilakukan menjadi
satu perenggan.

5.0

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kajian ini dapat mencapai semua objektif yang

telah ditetapkan. Walaupun terdapat

segelintir kelemahan semasa menjalani

kajian ini,tapi ia tidak menjejaskan keputusan yang diperoleh. Kekuatan yang


ada pada kajian ini akan saya guna pakai manakala kelemahannya akan saya
elekkan. Tiada manusia yang sempurna, kita semua belajar daripada kesilapan
diri ataupun orang lain.

KAEDAH PENYELIDIKAN
PENDIDIKAN

NAMA

: OOI KHIA SHENG

NO MATRIK

: M20141000722

KURSUS

:SARJANA PENDIDIKAN ( PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH)

FAKULTI

:FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

TAJUK

:KRITIKAN JURNAL

NAMA
PENSYARAH :PROF.DR.RAMLEE BIN MUSTAPHA

JURNAL
Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam
Kalangan Pelajar PPISMP PJ di IPTAR
Oleh
Salmi bte Haji Lilek
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
IPTAR

Anda mungkin juga menyukai