Anda di halaman 1dari 1

TAYAMMUM

Takrif: Tayammum bermaksud menyapu debu tanah yang bersih ke muka dan dua
tangan sebagai ganti wudhuk dan mandi wajib ketika ketiadaan air atau tidak
mampu menggunakan air kerana sakit, terlalu sejuk atau sebagainya.
Cara:
1. Taburkan debu tanah ke atas permukaan kertas/tempat yang bersih.
2. Bahagikan kawasan debu kepada 4 bahagian.

3. Baca basmalah (sunat)


4. Baca niat tayammum (rukun):

Sahaja aku bertayammum untuk membolehkan bersolat fardu kerana Allah


Taala.

5. Letakkan tapak tangan atas debu di dua bahagian & tengkuh sedikit (untuk
menipiskan debu- sunat).
6. Sapukan debu ke muka (rukun).
7. Bersihkan tapak tangan dari debu yg mustakmal.
8. Letakkan tapak tangan atas debu di dua bahagian yang lain & tengkuh sedikit
(untuk menipiskan debu- sunat).
9. Sapukan tangan kanan dimulai dari belakang tapak tangan menuju ke siku,
kemudian pusing ke lengan tanpa menyapu tapak tangan (rukun).
10.Sapukan tangan kiri dimulai dari belakang tapak tangan menuju ke siku,
kemudian pusing ke lengan serta menyapu kedua-dua tapak tangan (rukun).
11.Menyelati antara jari-jari (sunat).
12.Tertib.

Anda mungkin juga menyukai