Anda di halaman 1dari 7

Bimbingan Bersuci Dan Solat

Pada Syara’: Membasuh (membersihkan) beberapa anggota badan


tertentu dengan niat untuk mengangkat hadas kecil.

Anggota wuduk:

1. Muka.
2. Kedua-dua belah tangan.
3. Kepala.
4. Kedua-dua belah kaki.

Fardu (Rukun) Wuduk:

1. Niat.
2. Membasuh muka:
3. Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke siku.
4. Menyapu sebahagian kepala.
5. Membasuh kaki hingga ke buku lali.
6. Tertib iaitu mengikut turutan.

Tatacara berwuduk:

1. Membaca ‘Basmalah’, iaitu lafaz :


‫ٱلر ۡح َٰم ِن ه‬
‫ٱلر ِح ِيم‬ ‫ِب ۡس ِم ه‬
‫ٱَّللِ ه‬
Dengan nama Allah yang Maha pemurah
lagi maha mengasihani.

2. Membasuh tedua-dua tangan hingga ke pergelangan (tiga kali).

3. Berkumur-kumur (tiga kali).

4. Memasukkan (menyedut) air ke dalam hidung dan mengeluarkannya


(menghembuskannya) (tiga kali).

5. Menyebut lafaz niat wuduk, seperti :


‫نويت رفع الحدث األصغر هلل تعالى‬
6. Membasuh muka (tiga kali). Basuhan pertama disertakan dengan
niat, seperti : "Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah
Taala"

Catatan:

Kawasan muka ialah:


Dari gigi rambut hingga ke bawah dagu dan dari anak telinga kanan
hingga ke anak telinga kiri.

7. Membasuh tangan kanan dari hujung jari hingga ke siku (tiga kali)
Kemudian membasuh tangan kiri dari hujung jari hingga ke siku (tiga
kali).

8. Menyapu sebahagian kepala dengan air (tiga kali).

9. Menyapu kedua-dua belah telinga luar dan dalam dengan air (tiga
kali)

10. Membasuh kaki kanan dari hujung jari hingga ke buku lali (tiga kali).
Kemudian membasuh kaki kiri dari hujung jari hingga ke buku lali (tiga
kali).

11. Membaca doa wuduk:

‫ اللهه هم اجعل ِني‬،‫ وأشهد أ هن مح همدا عبده ورسوله‬،‫أشهد أن ل ِإله ِإله للا وحده ل ش ِريك له‬
‫ سبحانك اللهه هم‬،‫صا ِل ِحين‬
‫ واحعلنِي ِمن ِعبا ِدك ال ه‬،‫ِمن الت ه هوابِين واجعلنِي ِمن المتط ِه ِرين‬
‫ أشهد أن ل ِإله ِإله أنت أستغ ِفرك وأتوب ِإليك‬،‫و ِبحمدِك‬
Ertinya :
Saya naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah
melainkan Allah Tuhan Yang Maha Esa, tiada sekutu baglNya dan
saya naik saksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan
pesuruhNya. Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami dari kalangan yang
bertaubat, suci bersih dan jadikanlah kami dari kalangan hambaMu
Yang salih.
MANDI WAJIB
(MENGANGKAT HADAS BESAR}

Sebab-sebab yang mewajibkan mandi ialah:


a) Keluar mani
b) Haid ()
c) Jimak ()
d) Wiladan ()
e) Nifas ()
f) Mati selain dari mati syahid

tATAcara mandi wajib yang betul dan sempurna.

Cara mandi wajib ialah:

1. Bersihkan badan daripada segala kekotoran.


2. Hilangkan segala benda yang boleh menghalang air sampai ke
anggota badan.
3. Disunatkan berwuduk.
4. Sebut lafaz niat, seperti :

5. Jiruskan air ke kepala berserta niat.


Niatnya ialah :
"sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala"
5.1 Jirusan air ke kepala (tiga kali).
5.2 Jiruskan air ke anggota badan sebelah kanan (tiga kali).
5.3 Jiruskan pula air ke anggota badan sebelah kiri (tiga kali).
6. Ratakan air ke seluruh anggota badan dengan cara :
6.1 Selati rambut, janggut dan semua bulu supaya air sampai ke
kulit.
6.2 Ratakan juga air ke pelipatan dan celah anggota badan yang
zahir seperti telinga , hidung, mata, ketiak, pusat, celah paha,
qubul dan dubur dalam keadaan mencangkung.

Perinqatan:
Wuduk terlaksana sekiranya sepanjang mandi tidak menyentuh qubul dan
dubur dan perkara-perkara lain yang membatalkan wuduk.

TATACARA BERTAYAMMUM
Cara bertayamum ialah :
1. Sediakan debu yang suci.
2. Menghadap Kiblat
3. Membaca :
4. Menyebut lafaz niat tayamum'seperti .
5. Menepuk debu dengan dua tapak tangan secara perlahan dan jari
terbuka sambil berniat "sahaja aku bertayamum untuk
mengharuskan solat fardu kerana Allah Taala" dan mengekalkan niat
sehingga menyapu muka.
6. Menipiskan/mengurangkan debu dengan meniup atau menengkuh
kedua-dua tangan di luar tempat debu.
7. Menyapu debu ke muka.
Catatan.
Kawasan muka ialah dari gigi rambut ke bawah dagu dan dari anak
telinga kanan ke anak telinga kiri.
8. Membuangkan debu yang telah digunakan/ Mustakmal yang masih
melekat di tapak tangan.
9. Menepuk debu dengan dua tapak tangan secara perlahan dan jari
terbuka untuk kali kedua di tempat yang lain kemudian
menipiskannya dengan meniup atau menengkuh kedua-dua tangan.
10. Menyapu tangan kanan dengan cara:
10.1 Meletakkan jari tangan kiri di bawah jari tangan kanan kecuali
ibu jari.
10.2 Lurutkan jari tangan kiri hingga ke pergelangan tangan kanan.
10.3 Genggamkan sedikit jari kemudian melurutkannya hingga ke
siku.
10.4 Pusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku.
10.5 Lurutkan tapak tangan hingga ke pergelangan tangan dengan
kedudukan ibu jari terangkat.
10.6 Lurutkan ibu jari kiri di belakang ibu jari kanan
11. Menyapu tangan kiri dengan cara :
11.1 Meletakkan jari tangan kanan di bawah jari tangan kiri kecuali
ibu jari.
11.2 Lurutkan jari tangan kanan hingga ke pergelangan tangan kiri.
11.3 Genggamkan sedikit jari kemudian melurutkannya hingga ke
siku.
11.4 Pusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku.
11.5Lurutkan tapak tangan hingga ke pergelangan tangan dengan
kedudukan ibu jari terangkat
11.6 Lurutkan ibu jari kanan di belakang ibu jari kiri.
12. Menyelati jari kanan dan kiri.

TATACARA SOLAT

Contoh Solat Zuhur :

1. Berwuduk.
2. Menutup aurat.
3. Menghadap Kiblat.
4. Berdiri bagi yang berkuasa

Rakaat Yang Pertama:

5. Menyebut lafaz niat :


6. Takbiratul lhram sambil mengangkat kedua-dua tangan dengan
menyamakan ibu jari ke paras cuping telinga dan jari yang lain
separas bahagian atas telinga dan ke dua-dua tapak tangan
menghadap Kiblat, berserta dengan niat : "Sahaja aku Solat Fardu
Zuhur empat rakaat tunai kerana Allah Taala'.
7. Meletakkan kedua-dua tangan di antara pusat dan dada, tangan
kanan menggenggam pergelangan tangan kiri, jari telunjuk dan jari
tengah diluruskan.
8. Membaca doa ‘lftitah’ :
9. Membaca Surah Al-Fatihah.
10. Membaca ayat-ayat atau surah daripada Al-Qur'an.
11. Takbir lntiqal () dengan mengangkat kedua-dua tangan seperti No. 6
di atas dan Rukuk serta Tamakninah, () sambil membaca bacaan
rukuk tiga kali. Rukuk ialah membongkokkan badan dengan
menyamakan belakang dengan tengkuk. Kedua-dua tapak tangan
diletakkan di atas lutut dengan jari terbuka sambil memandang
tempat Sujud.
12. lktidal () jserta Tomakninah dengan membaca bacaan lktidal. lktidal
ialah berdiri semula selepas Rukuk sambil mengangkat kedua-dua
tangan dan kemudian meluruskannya ke bawah.
13. Takbir lntiqal dan Sujud serta Tomakninah dengan membaca Bacaan
Sujud.
Sujud ialah menurunkan lutut dahulu, kemudian diikuti dua tapak
tangan, jari dirapatkan supaya menghadap Kiblat. Dahi pula
diletakkan di tempat sujud, sementara jari kaki ditegakkan.
14. Takbir lntiqal dan Duduk Antara Dua Sujud secara lftirasy serta
Tomakninah dengan membaca Bacaan Duduk Antara Dua Sujud.
15. Takbir lntiqal dan Sujud serta Tomakninah seperti No. 13 di atas.
16. Takbir lntiqal dan bangun dari Sujud dan duduk sebentar sekadar
Tomakninah, kemudian terus berdiri untuk rakaat kedua tanpa
mengangkat tangan.

Rakaat Yang Kedua:

17. Membaca Surah Al-Fatihah.


18. Membaca ayat-ayat atau surah daripada Al-Qur'an.
19. Melakukan Rukuk, lktidal, Sujud, Duduk Antara Dua Sujud dan Sujud
Yang Kedua seperti rakaat pertama.
20. Takbir lntiqaldan Duduk Tahiyat Awal secara lftirasy seperti No.14 di
atas, kecuali jari tangan kanan digenggam, manakala jari telunjuk
diluruskan. Pada masa ini dibaca Bacaan Tahiyat Awal. Ketika
menyebut perkataan : () jari telunjuk hendaklah diangkat sedikit.
21. Takbir lntiqal dan bangun berdiri untuk rakaat yang ketiga serta
mengangkat tangan.

Rakaat Yang Ketiga:

22. Membaca Surah Al-Fatihah.


23. Melakukan Rukuk, lktidal, Sujud, Duduk Antara Dua Sujud, Sujud
Yang Kedua.

Rakaat Yang Keempat:

24. Membaca Surah Al-Fatihah.


25. Melakukan Rukuk, lktidal, Sujud, Duduk Antara Dua Sujud, Sujud
Yang Kedua.
26. Takbir lntiqal dan Duduk Tahiyat Akhir secara Tawarruk () dan
membaca Bacaan Tahiyat Akhir.

Duduk Tawarruk ialah meletakkan punggung ke lantai dan


melentikkan jari kaki kanan serta menyilangkan kaki kiri ke bawah
kaki kanan, Tangan kanan diletakkan di atas lutut kanan dan jari
digenggam kecuali jari telunjuk diluruskan. Manakala tangan kiri pula
diletakkan di atas lutut kiri, jari diluruskan dan hujung jari menyamai
lutut.
27. Mengucapkan Salam sambil memalingkan muka ke kanan dan
kemudian mengucap Salam Kedua sambil memalingkan muka ke
kiri.
28. Meletakkan tangan di kepala sambil berdoa :

Anda mungkin juga menyukai