Anda di halaman 1dari 1

HADITH NAJD DARI MEKAH (HIJAZ) DITUKAR MAKSUD OLEH WAHABI KEPADA IRAQ?

Hadith dari Sahih Bukhari tersebut adalah seperti berikut (terjemahannya): Ibn Umar meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. berdoa, : Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami. Mereka (para Sahabat) berkata: Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami. Baginda (terus) berdoa: Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami. Mereka (para Sahabat) berkata: Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami. Aku agak pada (permintaan) yang ketiga Baginda bersabda: Padanya (Najd) (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan Padahal telah terbukti Sejarah Wilayah NAJD ianya ialah tanah tinggi sebelah timur Madinah di tengah-tengah Hijaz. Dan sememangnya terdapat tempat yang bernama sedemikian sejak dari zaman itu lagi. Malah di zaman Rasulullah s.a.w. telah pun berlaku Peperangan (kecil) Najd pada tahun 4H. Dalam banyak hadith lain, Najd itu disebut sebagai terletak di sebelah timur Madinah. Dan sememangnya jika dilihat kedudukan koordinat geografi, Najd/Riyadh terletak pada 2443N 04644E, manakala Madinah terletak pada 2433N 03942E. Kedudukan Riyadh/Najd hampir pada garis darjah latitude yang sama i.e. 24xx (beza 10 minit sahaja [dua angka belakang] bukan ukuran waktu tetapi ukuran latitude) dengan Madinah betul-betul sebelah timur.

Bumi Mekah tidak Mustahil akan Rosaknya akidah didalamnya, kerana yang terjaga Hanyalah Baitullah, Bukan terjaminnya aqidah manusia disana. Juga sejarah telah juga membuktikan bahawa sebelum Muhammad s.a.w, Bumi tersebut juga pernah dipenuhi oleh berhala serta amalan-amalan syirik. Semuanya untuk direnungkan bersama. Antara siapakah kita hari ini berbanding Umat terdahulu, menganggap diri penuh nikmat, penuh rahmat, hanya tunggu mati untuk ke syurga? Sedangkan Umat terdahulu sentiasa berjuang untuk agama.

Anda mungkin juga menyukai