Anda di halaman 1dari 7

Pembongkaran media massa mengenai penipuan penggunaan logo halal dan betapa

bahan makanan haram dijual sebagai halal di pasaran di negara ini, dari semasa ke semasa
membuktikan masalah ini bukan isu baru. Bagaimanapun, setiap kali isu ini didedahkan
media, barulah pihak tertentu akan melompat dengan pelbagai bentuk tindakan. Yang
terbaru mengenai pengenalan logo halal baru yang dilengkapi ciri keselamatan lebih ketat.
Sebenarnya isu halal haram ini berkisar kepada tiga perkara asas iaitu, sikap pengguna yang
beragama Islam terhadap nilai halal haram makanan dibeli, sikap penjual sama ada mereka
menghormati pantang larang orang Islam dan penguatkuasaan daripada segi tindakan dan
undang-undang sama ada mencukupi untuk membendung perbuatan menipu logo halal dan
sebagainya. Wahai orang yang beriman, makanlah barang yang bersih dari apa yang kami
kurniakan kepada kamu Hadist
Ramai di kalangan kita suka memilih makanan kegemaran mengikut kemampuan, keinginan
dan selera masing-masing. Ramai melihat kelazatan dan khasiat yang akan diperoleh tanpa
meneliti sejauh mana ia sesuai untuk dimakan, terutama daripada segi kebersihan dan
halalnya menurut syariat agama. Rasulullah SAW dalam sebuah hadis baginda yang
diriwayatkan oleh Muslim bersabda; Wahai orang yang beriman, makanlah barang yang
bersih dari apa yang kami kurniakan kepada kamu.
Baginda kemudian menyebut bahawa seorang lelaki yang sedang berjalan jauh dengan
keadaan kusut masai rambutnya dan berlumuran debu. Manakala kedua tangannya pula
menadah ke langit sambil berdoa, Ya Tuhanku, pada hal makanannya haram, minumannya
haram, pakaiannya haram, maka betapakah boleh diperkenankan oleh Allah SWT doanya..
Makanan yang suci dan bersih akan menjamin kesihatan yang baik. Justeru, di samping
memilih makanan yang berzat dan berkhasiat, sebaik-baiknya perlu ditekankan pada masa
yang sama akan kebersihan dan kesuciannya daripada segi syariat agama.
Sabda Rasulullah dalam sebuah hadis Baginda yang diriwayatkan at-Tirmizi bermaksud;
Setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak
baginya. Islam begitu menitikberatkan soal kesihatan umatnya. Seseorang insan mukmin
yang sentiasa prihatin terhadap soal kebersihan dan kesucian makanannya setiap hari, maka
pasti akan lahir nur keimanan dalam dirinya untuk turut sama menjaga kebersihan diri secara
keseluruhannya termasuk pakaian, tempat tinggal, tubuh badan dan sebagainya.
Dalam ibadat asas agama iaitu solat sendiri, aspek terpenting yang ditekankan ialah perihal
kebersihan diri. Allah tidak akan menerima solat hambanya yang beribadat dalam keadaan
kotor dan hina. Ia sesuai dengan maksud hadis Rasulullah yang diriwayatkan Ibnu Hibban
iaitu; Menjadi bersihlah kamu kerana sesungguhnya Islam itu bersih. Islam begitu syumul
dalam pemilihan makanan yang bersih dan halal. Dalam surah al-Nahl ayat 114-115, Allah
Taala berfirman;
Makanlah apa yang dikurniakan Allah kepada kamu dari benda yang halal lagi bersih.
Bersyukurlah dengan nikmat Allah jika kamu benar-benar menyembah Allah. Sesungguhnya
Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang
sembelihan bukan kerana Allah. Maka, sesiapa yang di dalam keadaan yang terpaksa
memakannya, sedang dia tidak sengaja dalam mencarinya, sesungguhnya
Allah mahapengampun lagi maha penyayang.
Makanan yang haram, sama ada daripada bahan dicampur najis dan benda syubhah atau
daripada punca yang tidak halal dan syubhah, maka pasti akan datang tiga bahaya besar

kepada sipemakannya. Pertama, makanan itu akan mempengaruhi jiwa seseorang sehingga
dia berasa lebih gemar melakukan kejahatan dan maksiat dan bencikan kerja kebajikan dan
ketaatan. Kedua, sebarang doanya tidak akan dimakbulkan Allah dan ketiga, ia akan
menyebabkan dia akan mendapat keseksaan neraka Allah di hari akhirat kelak.
Rasulullah SAW menyarankan agar perut manusia diisi dengan 1/3 air, 1/3 makanan dan 1/3
udara. Apa jua bentuk makanan yang halal dan bersih perlu diikuti dengan peraturan
memakannya sebagaimana disarankan agama Islam yang suci. Makanan seimbang
umpamanya akan dapat menghindarkan diri seseorang itu daripada dihidapi penyakit tertentu.
Rasulullah menyarankan agar perut manusia diisi dengan satu pertiga air, satu pertiga
makanan dan satu pertiga lagi adalah udara. Amat bertepatan dengan kaedah ilmu Sains dan
Kesihatan sendiri, itu sebenarnya yang amat sesuai dan perlu diamalkan setiap manusia.
Insya-Allah jika cukup jumlah yang disarankan Rasulullah itu, sudah pasti kita bukan saja
akan dapat merasa nikmat kenyang, tetapi juga hidup akan lebih mendapat rahmat dan
keredaan Allah Taala.
Daripada aspek adab pemilihan makanan pula, insan mukmin perlulah menghindarkan diri
daripada mengambil makanan yang sudah lama terbuka, dari tin yang sudah berkarat,
makanan yang sudah layu dan sebagainya. Kita memakan sesuatu jenis makanan adalah untuk
mendapat sejumlah tenaga yang mencukupi daripada zat yang terkandung di dalamnya.
Islam dan ilmu kesihatan begitu intim hubungannya. Sejak kecil ketika manusia dilahirkan
dalam bentuk bayi, maka makanan atau minuman awal yang masuk ke dalam perut seseorang
bayi adalah susu ibunya. Selain terjamin kebersihan dan sucinya dari segi syariat, susu ibu
adalah pemangkin terawal untuk menyemai kasih sayang antara seorang ibu dan anaknya.
Produk Halal tuntutan Syarak

Halal bermaksud diben


ar dan tidak dilarang oleh Allah SWT. Mengguna atau menikmati makanan dan barangan
halla adalah tuntutan Allah ke atas manusia terutama kaum Muslimin. Allah berfirman di
dalam al-Quran;
Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik,
dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah
musuh Yang terang nyata bagi kamu. (al-Baqarah: 168)

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, Iaitu yang HALAL
lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah Yang kepadanya sahaja kamu beriman. (alMaidah: 88)
Terdapat riwayat dari Rasulullah s.a.w. yang menegaskan;
Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam.
(Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam asSuyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami as-Saghier, hadis no. 5270).
Mencari yang HALAL adalah satu jihad.
(Riwayat Imam al-Qadhaie dari Ibnu Abbas r.a. dan Ibnu Nuaim dari Ibnu Umar.
Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini dhaif. Lihat; al-Jami as-Saghier, hadis no. 5273)
Oleh kerana kewujudan makanan dan barang-barang di pasaran bergantung kepada
pengeluaran, maka kewujudan syarikat-syarikat yang mengeluarkan makanan dan barangbarang HALAL merupakan tuntutan Syarak. Tuntutan ini tergolong di dalam fardhu Kifayah.
Begitu juga, memperniagakan barang-barang HALAL juga merupakan fardhu kifayah.
Dengan kesedaran mengeluar dan memperniagakan barang-barang HALAL, umat Islam akan
berupaya mewujudkan pasaran bersekutu sesama mereka yang menawarkan produk makanan
dan barangan yang benar-benar bersih dan suci mengikut nilaian Islam iaitu produk makanan
dan barangan HALAL.
KONSEP ASAS HALAL DAN HARAM DI DALAM ISLAM
Rasulullah s.a.w. menjelaskan konsep asas HALAL dan haram di dalam Islam dengan sabda
baginda;
(

(

Maksudnya; Sesungguhnya yang HALAL itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Namun
di antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhah (yakni samar-samar antara
HALAL dan haram), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia (sama ada HALAL
atau haram). Oleh itu, sesiapa menjaga dirinya dari segala yang syubhah itu, maka
sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya. Dan sesiapa terjatuh dalam
perkara syubhah, kemungkinan ia terjatuh ke dalam yang haram seperti seorang
pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, maka dikhuatiri binatangbinatang ternakannya akan masuk (dan makan rumput) di dalam kawasan larangan itu.
Ketahuilah! Sesungguhnya bagi setiap raja ada kawasan larangan dan kawasan larangan
Allah ialah segala yang diharamkan olehNya. Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad
manusia ada seketul daging. Jika baik baik seketul daging itu, baiklah seluruh jasad dan
jika rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah! Seketul daging yang aku
maksudkan itu ialah hati. (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abi
Abdillah an-Numan bin Basyir r.a.)
Dari hadis di atas kita dapat mengambil beberapa ketetapan hukum;
1. Yang HALAL dan yang haram adalah jelas di dalam Islam
Penetapan HALAL dan haram di dalam Islam adalah terang dan jelas. Setiap butiran yang
HALAL dan yang haram terkandung di dalam al-Quran dan juga as-Sunnah. Oleh demikian,
setiap umat Islam wajib merujuk kepada para ulamak yang mengetahui ilmu al-Quran dan asSunnah untuk mengetahui apa yang HALAL dan apa yang haram. Lebih utama untuk
melakukan rujukan tersebut ialah para pengeluar dan para peniaga kerana kesilapan mereka
akan turut membabitkan orang lain dalam menikmati makanan atau barangan yang haram atau
tidak HALAL.

Panduan mengenali makanan dan barangan HALAL


Menurut ulamak, HALAL atau tidaknya suatu makanan dan barangan itu bergantung
kepada dua faktor;
Zat makanan dan barangan itu sendiri; hendaklah tidak tergolong dalam perkara yang
disenarai-haramkan oleh Syarak.
Cara pemerolehan makanan dan barangan tersebut. Sekalipun zat suatu barang itu
HALAL, namun jika diperolehi dengan jalan riba, penipuan dan sebagainya, maka ia
adalah haram di sisi Syarak.
Lebih terperinci, semua makanan dan barangan yang hendak diisytiharkan HALAL
hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut;
1. Ia tidak mendatangkan mudarat kepada akal dan badan.
2. Ia bebas dari najis
3. Ia bukan produk yang diperolehi dari sumber babi atau anjing.
4. Bagi produk yang diperolehi dari sumber binatang-binatang lain yang HALAL
dimakan (khususnya binatang darat) hendaklah dipastikan ianya disembelih
mengikut hukum Syarak.
5. Ia diperolehi melalui sumber yang diharuskan.
Oleh demikian, dalam pengeluaran barang-barang HALAL, para pengeluar hendaklah
memastikan bahan mentah dan ramuan yang digunakan hendaklah HALAL. Binatang yang
HALAL untuk dimakan seperti lembu, kambing dan sebagainya mestilah disembelih
mengikut hukum Islam, di mana penyembelihannya itu dilakukan oleh orang Islam dengan
memetuhi syarat-syarat penyembelihan yang ditetapkan. Bahanramuan HALAL tidak boleh
bercampur atau menyentuh bahan-bahan haram seperti produk daripada sumber babi atau
anjing sewaktu menyimpan, mengangkut, memasak dan menghidangkannya.
Pada tahun 2001 umat Islam di Malaysia dan Indonesia digemparkan dengan berita mengenai
enzim babi digunakan dalam pengeluaran bahan penambah perisa MSG. Bahan yang
menimbulkan kontroversi itu ialah Bactosoytone iaitu nutrien yang digunakan untuk
membiakkan bakteria yang akan digunakan sebagai medium pembiakan ibu dalam proses
penapaian. Bactosoytone dihasilkan apabila protein soya diuraikan oleh enzim yang
diekstrakkan daripada pankreas babi. Oleh itu, penggunaan Bactosoytone dalam pengeluaran
MSG adalah haram kerana ia dihasilkan daripada sumber yang haram.
2. Jauhi yang syubhat
Di persimpangan antara yang HALAL dan yang haram tersebut terdapat yang samarsamar yang belum dipasti statusnya; apakah ianya HALAL atau haram, iaitulah perkaraperkarasyubhat. Perkara syubhat ialah perkara yang diragui HALALharamnya. Langkah terbaik menurut Rasulullah ialah dengan meninggalkannya.
Rasulullah s.a.w. menegaskan dalam hadis di atas; sesiapa menjaga dirinya dari segala
yang syubhah itu, maka sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya.
Dan sesiapa terjatuh dalam perkara syubhah, kemungkinan ia terjatuh ke dalam yang
haram.
Sebagai contoh; penggunaan gelatin. Gelatin dihasilkan daripada kulit dan urat binatang
seperti babi dan lembu. Namun sekalipun gelatin diperolehi daripada lembu, ini tidak
bermakna ianya HALAL kerana kita tidak tahu sama ada lembu tersebut telah disembelih
mengikut hukum Islam atau tidak. Di banyak negara bukan Islam, hanya terdapat segelintir
rumah sembelihan yang memenuhi keperluan orang Islam. Tambahan pula, kebanyakan
makanan bergelatin tidak menyatakan sama ada gelatin yang digunakan itu diperolehi dari
sumber babi atau lembu. Jadi, gelatin secara umumnya termasuk dalam perkara syubhat. Oleh
demikian, penggunakan bahan bergelatin perlu dielakkan oleh umat Islam kecuali yang benarbenar jelas pengesahan HALALnya oleh pihak yang dapat dipercayai.

3. Kaitan penjagaan HALAL dan haram dengan hati


Dihujung hadis, Rasulullah menyebutkan tentang hati dan pengaruhnya terhadap perlakuan
manusia sama ada baik atau buruk. Apa kaitan hati dengan konsep HALAL dan
haram yang disebut di awal hadis? Persoalan ini dapat dijelas dengan dua tafsiran;
Pertama; Kesedaran untuk menjaga HALAL dan haram bergantung kepada hati. Hanya
orang yang memiliki hati bertakwa dan takutkan Allah akan memerhati makanan atau
barangan yang digunanya; apakah HALAL atau haram? Adapun orang yang fasik dan
memiliki hati kotor, baginya tidak penting sama ada rezki yang dinikmatinya HALAL atau
tidak. Yang penting adalah memenuhi selera dan nafsunya.
Kedua; Bersih dan sucinya hati berkait dengan makanan dan penggunaan barangan yang
HALAL. Jika seseorang itu sentiasa melazimi yang HALAL, akan terjagalah hatinya. Akan
tetapi jika ia mula terlibat dengan yang haram, akan kotor dan rusaklah hatinya.
GUNAKAN PRODUK YANG BERSIH DAN SUCI
Islam amat mementingkan kebersihan. Kebersihan yang dituntut oleh Islam
merangkumikebersihan lahiriyah dan juga kebersihan rohaniyah. Kebersihan lahiriyah
ialah dengan memastikan pakaian dan tubuh-badan sentiasa dalam keadaan bersih
terutamanya untuk beribadah. Oleh demikian, umat Islam perlu memastikan produk yang
mereka gunakan pada badan mereka sama ada berupa pakaian, minyak wangi, syampu, ubat
gigi, kosmetik dan sebagainya dibuat dari bahan-bahan yang bersih dan tidak najis.
Kewujudan produk najis di badan menghalang sahnya ibadah di samping pemakainya tidak
disukai oleh Allah dan para malaikat. Allah berfirman;
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi
orang-orang sentiasa mensucikan diri (dari kekotoran dan najis). (al-Baqarah: 222)
Allah menjelaskan di dalam ayat di atas bahawa ia menyukai orang yang suka bertaubat dan
membersihkan diri. Maka mafhum mukhalafah (yakni pemahaman sebaliknya) dari ayat
tersebut ialah; orang yang banyak melakukan dosa dan tidak menjaga dirinya dari najis dan
kekotoran, ia akan dibenci oleh Allah.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. menegaskan; Tidak diterima solat tanpa bersuci
(Hadis riwayat Imam Muslim, Tirmizi dan Ibnu Majah). Telah disepakati (atau diijmakkan)
oleh para ulamak bahawa bersuci yang menjadi syarat sahnya solat itu merangkumi bersuci
dari najis di samping bersuci dari hadas. Oleh demikian, memakai atau membawa produkproduk yang diperbuat dari najis atau yang mempunyai unsur-unsur bahan najis dalamnya
akan menyebabkan tidak sahnya solat.
Bersuci batiniyah pula ialah dengan mengelak dari terjerumus dalam dosa termasuk dalam hal
makan-minum. Menikmati makanan yang haram atau tidak HALAL merosakkan batin
seseorang kerana ia telah melakukan dosa kepada Allah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah
s.a.w. menegaskan;
Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram
dan riba, maka api neraka lebih utama baginya. (Riwayat al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari
Atak dari Ibnu Abbas r.a.)
15 MUDARAT DOSA
Salah satu mudarat dosa ialah ia menghalang keluasan rezki sebagaimana sabda Rasulullah
s.a.w.;
Sesungguhnya seseorang itu akan terhalang dari rezki kerana dosa yang dilakukannya.
(Riwayat Imam Ahmad, Ibnu Majah, al-Hakim dari Thauban r.a./ Al-Jami as-Saghir,
Imam as-Suyuti, hadis no. 1975.)
Seorang ulama Islam terkenal iaitu al-Allamah Ibnul Qayyim al-Jauziyah telah
menyenaraikan lebih 15 kemudaratan yang bakal menimpa manusia kerana dosa, iaitu;

1. Kurang mendapat petunjuk dari Allah


2. Rosaknya pandangan dan akal fikiran
3. Terhijab diri dari mengenali kebenaran
4. Hati menjadi rosak
5. Rendah sebutan nama di mata manusia lain
6. Waktu dalam kehidupan menjadi sia-sia
7. Tidak disukai oleh makhluk Allah
8. Hubungan dengan Allah menjadi renggang
9. Doa tidak akan dimakbulkan Allah
10. Hati menjadi keras
11. Tidak ada keberkatan pada rezki dan umur
12. Terhalang dari mendapat ilmu
13. Hidup berterusan dalam keadaan hina-dina
14. Akan dihina dan diperlekehkan oleh musuh
15. Dada sentiasa sempit dan resah
16. Diuji oleh Allah dengan teman dan kawan yang jahat
17. Sentiasa dalam keadaan duka-cita dan kebimbangan
18. Kehidupan dan rezki menjadi sempit
19. Fikiran sentiasa resah dan tidak tenteram
(Rujuk kitab al-Fawaid, oleh al-Allamah Ibnul Qayyim al-Jauziyah, hlm. 67)
MELAZIMI YANG HALAL AKAN DIMUSTAJABKAN DOA
Seorang sahabat bernama Saad bin Abi Waqqas r.a. pernah memohon kepada Rasulullah
s.a.w.; Ya Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar aku dimustajabkan doa. Lalu
Rasulullah berkata kepadanya;

).
Wahai Saad! Perelokkanlah makanan kamu, nescaya kamu akan dimustajabkan doa. Demi
Tuhan yang diri Muhammad berada dalam kekuasaanNya, sesungguhnya seorang itu apabila
telah menyuapkan sesuap makanan haram ke dalam mulutnya, nescaya tidak akan diterima
doanya (oleh Allah) selama 40 hari. Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging
badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama
baginya. (Riwayat al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari Atak dari Ibnu Abbas r.a.
Dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, Rasulullah s.a.w. pernah bercerita tentang
seorang lelaki yang kesusahan kerana jauh mengembara, rambutnya kusut-masai dan tubuhbadannya berdebu. Ia memhon kepada Allah dengan menyeru; Wahai Tuhanku! Wahai
Tuhanku! sedang makanan (yang dimakan nya adalah haram, minuman (yang diminum nya
juga haram serta pakaian (yang dipakai)nya juga haram, malah ia diberi makan dengan yang
haram, maka bagaimana hendak diperkenankan (oleh Allah doanya?. (Riwayat Imam
Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
SIKAP UMAT AKHIR ZAMAN; TIDAK MENGHIRAUKAN HALAL DAN HARAM
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. telah meramalkan keadaan umat akhir zaman yang
tidak mengambil berat soal halal dan haram, dosa dan pahala. Baginda bersabda;

Akan tiba satu zaman di mana seseorang itu tidak menghiraukan dari mana datang hartanya;
apakah dari yang HALAL atau dari yang haram.
(Riwayat Imam al-Bukhari dan an-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)
DOA RASULULLAH DI WAKTU PAGI
Menurut Ummu Salamah r.a. (salah seorang isteri Nabi s.a.w.); Nabi s.a.w. apabila berada di
waktu pagi, baginda akan membaca doa;


Ya Allah, wahai Tuhanku! Aku memohon dari Engkau ilmu yang bermanfaat, rezki yang
baik dan amal yang diterima. (Riwayat Imam Ibnu Majah/Lihat: Al-Azkar, Imam anNawawi, bab Ma Yuqalu Inda as-Shobah)
Waktu pagi adalah permulaan hidup kita. Pada waktu pagi manusia biasa merancang apa yang
hendak dilakukanya pada hari yang bakal ia lalui. Dalam doa di atas, Rasulullah s.a.w.
mengajar kita supaya memfokuskan tiga perkara untuk kita capai dalam perjalanan
hidup kita seharian, salah satu darinya ialah rezki yang baik iaitu rezki yang bersih dan
HALAL serta diberkati Allah.
Doa di atas bukan sahaja perlu dijadikan amalan harian, malah perlu menjadi motivasi
kepada para pengeluar, pengusaha dan peniaga muslim untuk lebih menggiatkan usaha
mengeluar dan memperniagakan produk-produk HALAL khususnya yang berkait
dengan makanan dan barang-barang kegunaan harian kerana usaha tersebut membuka
medan seluas-luasnya kepada kaum muslimin untuk dapat menikmati rezki yang baik
(yang bersih, HALAL dan diredhai Allah) sehingga tidak ada alasan lagi untuk mereka
terlibat dengan yang haram.

Anda mungkin juga menyukai