Anda di halaman 1dari 16

BIL.

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

01.
02.
03.
04.
05.
06.
07.
08.
09.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.

Pengenalan Peraturan Sekolah


Jadual Waktu Persekolahan
Hari Perhimpunan
Pakaian Seragam/Pakaian Murid Lelaki dan Perempuan
Pakaian Lain/Khas
Tatatertib Murid Semasa Belajar dan Semasa Rehat
Tatatertib Murid di Dalam dan di Luar Bilik Darjah
Kegiatan Kokurikulum
Keselamatan
Keselamatan di Jalan Raya
Rawatan dan Cuti Sakit
Kawasan Larangan
Peralatan Pendidikan Jasmani dan Sukan
Peraturan Am
Pelawat
Peringatan Penting
Senarai Kesalahan Salahlaku dan Tindakan Kesalahan Berat/Ringan
Tindakan Lembaga Disiplin Sekolah
Ikrar Murid

01
02
02
03
03
04
05
06
07
07
08
08
08
09
09
10
11
13
14

PENGENALAN PERATURAN SEKOLAH

1.

Dasar Pendidikan bertujuan untuk mewujudkan insane yang seimbang intelek, emosi, jasmani,
dan rohani. Seterusnya dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan berpengetahuan
serta akhlak mulia. Berketerampilan serta bertanggungjawab.

2.

Bagi menjamin tercapainya matlamat tersebut golongan remaja, khususnya para pelajar perlu
mendapat didikan dan bimbingan yang sempurna bagi melahirkan pelajar yang berdisiplin tinggi
dengan sahsiah yangs sesuai.

3.

Undang- undang dan peraturan sekolah digubal bagi membantu mewujudkan ketenteraman dan
keselesaan pelajar serta kelicina dan
keberkesanan dan keselesaan pelajar perjalanan
pengajaran dna pembelajaran di sekolah.

4.

Semasa belajar di sekolah ini, semua murid hendaklah mematuhi semua peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah yangs selaras
dengan peraturan dan disiplin murid sekolah
sekolah rendah di Malaysia.

5.

Semua murid hendaklah bekerjasama dengan Guru Besar, Penolong Kanan, ibubapa atau penjaga
serta guru- guru dan kakitangan sekolah untuk menjaga nama baik sekolah serta meningkatkan
disiplin diri.

6.

Buku Peraturan Sekolah ini mengandungi peraturan-peraturan asas sebagai panduan dan
makluman kepada murid- murid, ibubapa atau penjaga, guru-guru serta kakitangan sekolah.

1.

JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN

1.1

Tahap 1
1.1.1
1.1.2

Hari Ahad hingga Rabu bermula jam 1.10 tengah hari dan berakhir pada 6.30 petang
Hari Khamis bermula jam 12.40 tengah hari dan berakhir pada 5.30 petang.

Tahap 2
1.2.1
1.1.2
1.2.3

Hari Ahad hingga Rabu bermula pada jam 7.20 pagi dan berakhir pada 1.10 tengah hari.
Hari Khamis bermula jam 7.20 pagi dan berakhir pada 12.40 tengah hari.
Hari Rabu kokurikulum bermula pada 7.20 dan 12.40 tengah hari.

2.

HARI PERHIMPUNAN

2.1

Pehimpunan sekolah diadakan pada setiap hari isnin bermula pada jam 7.20 hingga 7.50 pagi di
tapak perhimpunan sekolah.
Semua murid hendaklah berada di tempat perhimpunan sebelum masa yang ditetapkan. Sekiranya
cuaca hujan atau sebab-sebab lain pihak sekolah akan mengumumkan bahawa perhimpunan
dibatalkan pada hari itu.
Perbarisan hendaklah mengikut kelas masing-masing diketuai oleh Ketua Kelas dan Penolong
Ketua Kelas.
Semua Pengawas Sekolah hendaklah berdiri di belakang setiap barisan mengikut arahan guru
disiplin.
Semua Pengawas Sekolah hendaklah memakai Vest pengawas dan bertali leher yang berwarna
maroon , manakala Ketua Kelas memakai tali leher berwarna hijau.
Pehimpunan akan dimulakan dengan lagu Sabah Tanah Air Ku, Lagu Sekolah, Bacaan ikrar
murid, laporan guru bertugas minggu lepas,
ucapan guru bertugas, ucapan pihak pentadbir
sekolah dan diakhiri dengan lagu patriroritik Yakin Boleh dan Negara Ku.
Semua murid mestilah senyap apabila guru-guru member ucapan atau pengumuman.
Semua murid dan guru hendaklah berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negara Ku, Sabah
Tanah Air Ku, dan Lagu Sekolah Serta lagu Yakin Boleh.
Semua murid hendaklah berdiri di mana sahaja berada ketika lagu Negara Ku, Sabah Tanah Air
Ku, Lagu Sekolah dan Lagu Yakin Boleh dinyanyikan.

2.2

2.3
2.4
2.5
2.6

2.7
2.8
2.9

3.

PAKAIAN SERAGAM

3.1

Pakaian Murid Lelaki


3.1.1

3.1.2
3.1.3

3.2

Baju kemeja putih berlengan pendek, seluar pendek berwarna biru tua dan seluar panjang
juga dibenarkan. Berkasut dan bersarung kaki berwarna putih, lencana sekolah serta tali
pinggang hitam/biru tua.
Pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian lapis dalam kecuali singlet berwarna
putih.
Murid lelaki tidak dibenarkan memakai seluar ketat, berkaki besar, tali pinggang besar,
rantai tangan dan rantai leher.

Pakaian Murid Perempuan


3.2.1
3.2.2
3.2.3

Baju Pinafore berwarna biru tua dan labuh hingga ke paras lutut dan baju kemeja putih
berlengan pendek, berkasut dan bersarung kaki warna putih.
Murid-murid dibenarkan memakai baju kurung putih berasrung biru tua, bertudung tiga
segi berwarna putih, berkasut dan bersarung kaki berwarna putih serta lencana sekolah:
Pakaian/barang barang seperti di bawah dilarang keras murid-murid memakainya:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Mini skirt
Jeans
Baju yang tidak berlengan
Semua jenis kasut bertumit tinggi dan selipar
Semua jenis barang kemas seperti rantai, gelang, cincin dan subang.
Pewarna Kuku.

4.

PAKAIAN LAIN/KHAS

4.1

Ketika menjalani Pendidikan Jasmani atau kesihatan/ bersukan/ menjalankan aktiviti


kokurikulum dan akitiviti luar bilik darjah murid-murid hendaklah memakait T-shirt sekolah
berwarna biru, Track Suit dan bersarung kaki putih.
Murid-murid dilarang memakai pakaian yang tidak sopan dan mejolok mata serta berwarnawarni.

4.2

5.

TATATERTIB MURID SEMASA BELAJAR DAN REHAT

5.1

Semasa Belajar
5.1.1
5.1.2
5.1.3
5.1.4
5.1.5

5.1.6

5.1.7
5.1.8
5.1.9
5.2

Semua murid mestilah senyap, berdisiplin dan bersedia untuk belajar serta mewujudkan
suasana pembelajaran yang tenang pada setiap masa.
Murid-murid tidak dibenarkan keluar masuk kelas sama ada semasa guru mengajar atau
semasa ketiadaan guru.
Murid-murid dibenarkan keluar ke tandas dengan memakai kad kebenaran keluar hanya
dengan kebenaran guru atau ketua kelas (jika tiada guru).
Sepanjang masa belajar murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah
kecuali dengan kebenaran Guru Besar/ Penolong Kanan/ Guru Bertugas/ Guru Kelas.
Ibubapa yang ingin membawa anak pulang atau ke rumah sakit hendaklah memberitahu
Guru Besar/ Penolong Kanan/ Guru Kelas dan menandatangani buku Murid Pulang
Awal yang disediakan di Pejabat Am.
Murid-murid yang tidak dapat hadir kerana sakit atau sebab-sebab lain yang munasabah
hendaklah memberi makluman pihak sekolah/ Guru Kelas dengan mendapatkan Surat
Cuti Sakit dari doctor atau surat dari ibubapa.
Murud-murid hendaklah menunjukkan sikap yang positif dalam pembelajaran mereka.
Murid-murid yang berpindah ke bilik lain mestilah beratur dan bergerak cepat dan
berdisiplin.
Murid-murid tidak dibenarkan makan atau minum di dalam kelas.

SEMASA REHAT
5.2.1
5.2.2
5.2.3
5.2.4
5.2.5

Semua murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu rehat kecuali diarah
oleh guru untuk mebersihkan dan mengemas kelas.
Murid-murid tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman di luar kawasan sekolah
semasa sesi persekolahan walaupun waktu rehat.
Semua murid hendaklah membeli makanan dan minuman di luar serta makan di kantin
atau di luar kelas
Murid-murid hendaklah beratur dengan senyap dan tidak berbeut-rebut semasa membeli
makanan dan minuman di kantin sekolah.
Semua murid hendaklah membuang sampah ( Pembungkus makanan dan minuman ) ke
dalam tong sampah.

6.

TATATERTIB MURID DI DALAM DAN LUAR BILIK DARJAH

6.1

Murid-murid hendaklah sentiasa menghormati guru-guru dan semua kakitangan sekolah dengan
mengucapkan Selamat Pagi/Selamat Tengah Hari/ Selamat Petang/ Salam Sejahtera atau
Assalammualaikum juga dengan sesame murid.
Murid-murid hendaklah berdiri dan member hormat kepada semua guru yang keluar dan masuk
ke kelas termasuklah sewaktu Guru Besar, Penolong Kanan serta pelawat yang dating dan masuk
ke kelas.
Kebersihan serta ketenteraman kelas adalah tanggungjawab murid-murid yangada di dalam kelas
itu dengan diawasi oleh ketua kelas, Penolong Ketua Kelas dan pengawas dengan bimbingan dan
pengawasan Guru Kelas.
Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bertanggunjawab atas segala perkakas/perabot dan lainlain peralatan yang ada di dalam kelas masing-masing seperti papan tulis, almari, alat tulis,
penyapu, tong sampah, penyeduk sampah, meja guru, kerusi guru, meja murid, kerusi murid dan
sebagainya.
Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas dan pengawas bertanggungjawab megingatkan guru jika
terlewat masuk ke dalam kelas.
Murid-murid dilarang keras melakukan perkara-perkara berikut:

6.2

6.3

6.4

6.5
6.6

6.6.1
6.6.2
6.6.3
6.6.4
6.6.5

Menulis di papan tulis kecuali mendapat arahan guru


Mengunakan meja dan kerusi guru.
Meninggalkan buku di atas meja/laci selepas waktu belajar.
Membuang sampah, kayu, batu atau benda-benda lain di dalam kelas dan juga tandas.
Membuang tuala wanita didalam tandas. Tuala wanita hendaklah dibungkus dengan
kemas dna dibuang ke dalam tong tong sampah.
6.6.6 Membazir air di luar dan di dalam tandas.
6.6.7 Berbuat bising, bermain, bergaduh dan berlari di dalam kelas.
6.6.8 Membuang sampah merata-rata tempat. Sampah hendaklah dibuang ke dalam tong
sampah.
6.6.9 Menconteng dinding sekolah, meja murid, papan kenyataan, tandas sekolah dan seluruh
bangunan sekolah serta harta benda sekolah.
6.6.10 Murid-murid dilarang keras menconteng dan mengoyakkan buku teks yang dipinjam
kepada murid. Jika hilang atau rosak hendaklah diganti. Buku Teks hendaklah sentiasa
dijaga kebersihan dan keselamatannya dengan membautnya dengan kemas.
6.6.11 Telefon awam hendaklah dijaga dengan baik dan hanya boleh digunakan sewaktu rehat,
sebelum sesi persekolahn bermula atau selepas sesi persekolahn berakhir kecuali waktu
kecemasan.

6.6.12 Semasa menggunakan Makmal Sains, Makmal Komputer, Bilik Agama, Pusat Sumber,
dan lain-lain bilik khas murid murid hendaklah berdisiplin dan sentiasa mematuhi
peraturan yang ditetapkan dalam bilik tersebut.
6.6.13 Kerja rumah atau kerja sekolah yang diarah oleh guru hendaklah disiapkan di rumah.
Bantahan dan keingkaran terhadap perkara ini adalah merugikan diri sendiri.

7.

KEGIATAN KOKURIKULUM

7.1

Kegiatan Ko-Kurikulum adalah aktiviti yang dijalankan di luar daripada masa belajar.
satu daripada berikut :
7.2.1 Unit Beruniform
7.2.2 Persatuan/Kelab Akademik
7.2.3 Sukan dan Permainan
Murid-murid wajib hadir pada setiap perjumpaan kokum pada hari dan masa yang ditetapkan oleh
pihak sekolah termasuklah mesyuarat dan latihan yang diadakan.
Murid-murid hendaklah berdisiplin dan memakai pakaian yang sesuai mengikut kegiatan pada
hari itu seperti yang telah di tetapkan oleh pihak pengurusan ko-kurikulum.
dengan menandatangani Buku Kokurikulum murid.
Pihak sekolah akan sentiasa berusaha mengambil langkah demi mengelakkan daripada berlaku
sebarang msalah terhadap murid semasa mengikuti kegiatan. Jika berlaku insiden yang tidak
disengajakan ke atas murid maka pihak ibubapa/penjaga tidak boleh mengambil tindakan ke atas
pihak sekolah tetapi seharusnya bekerjasama untuk mengatasinya.
Dengan kebenaran bertulis daripada Pejabat Pelajaran Daerah, sekolah melaksnakan kegiatan
kokurikulum pada hari Rabu bermula pada jam 7.20 hingga 8.20 pagi.

7.3
7.4

7.6

7.7

8.
8.1

8.2

KESELAMATAN
Keceamasan adalah terkandung di dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1978. Membunyikan
lonceng kebakaran sesiapa sehaja samada guru atau kakitangan bukan mengajar hendklah tanpa
ragu-ragu membunyikan isyarat Fire Alarm setelah lihat tanda-tanda kebakaran.
Semua murid, guru dna kakitangan sekolah hendaklah mengosongkan bangunan dengan sertamerta.
i.
ii.
iii.

Apabila loceng isyarat dibunyikan, murid-murid hendaklah berdiri di sisi meja sementara
menunggu arahan guru
Murid-murid daripada setiap kelas mestilah membuat satu barisan kemudian
meninggalkan kelas mengikut jalan yang ditentukan.
Murid-murid hendaklah bergerak dengan senyap, teburu-buru atau berlari dan tanpa
memotong barisan sehingga sampai ke tempat yang ditentukan.

8.3

Tempat berkumpl hendaklah di tempat yang selamat sebaiknya di tempat yang lapang seperti
padang.

9.

KESELAMATAN JALAN RAYA.

9.1
9.2

Semua murid mestilah mematuhi peraturan keselamatan jalan raya dan menjaga keselamatan diri.
Murid-murid yang hendak melintas jalan raya hendaklah :
i.
ii.
iii.

9.3
9.4
9.5
9.6
9.7

Mencari tempat yang selamat untuk melintas.


Tunggu dahulu di tepi jalan
Pndang ke kanan jalan, ke kiri dan ke kanan semula dan apabila tiada kenderaan
melintaslah dengan pantas tetapi jangan berlari.

Murid-murid yang berjalan kaki hendaklah berjalan di sebelah kanan jalan raya mnghadap
kenderaan yang dating dari hadapan.
Murid-murid yang menggunakan basikal hendaklah menunggang dalam ekoran atau barisan.
Murid-murid hendaklah beratur jika menaiki bas atau turun dari bas sesudah behhenti.
Jika berlaku kemalangan/kecederaan dalam kawasan hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar/
Guru Penolong Kanan/Guru Kelas/Guru Bertugas.
Semua kenderaan ibubapa/penjaga bas yang menghantar dan mengambil murid-murid hendaklah
berhenti menurunkan atau menaikkan murid-murid di tempat yang selamat.

10.

RAWATAN DAN CUTI SAKIT

10.1

10.3

Murid-murid hendaklah dihantar ke rumah sakit sekiranya memerlukan rawatan atau dihantar
pulang ke rumah oleh guru bertugas.
Murid-murid yang hendak ke rumah sakit dengan ditemani olen ibubapa/penjaga mestilah
mendapat kebenaran Guru Besar atau Guru Penolong Kanan dengan membawa bersama surat
rawatan dari sekolah untuk ke hospital.
Surat-surat cuti sakti tidak sah melainkan dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan (Doktor)Kerajaan.

11.

KAWASAN LARANGAN

11.1
11.2
11.3
11.4
11.5
11.6
11.7
11.8

Pejabat sekolah dan bilik guru kecuali mendapat kebenaran.


Bilik Makmal Sains kecuali waktu belajar.
Makmal Komputer kecualia ada guru yang bertugas
Bilik sakit (jika ada) kecuali sakit dan dengan kebenaran guru.
Stor-stor kecuali dengan kebenaran.
Rumah Guru dan kakitangan sekolah kecuali dengan kebenaran.
Pusat Sumber kecuali ada guru atau dengan kebenaran.
Kantin sekolah semasa sesi pembelajaran.

12.

PERALATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

10.2

12.1
Semua peralatan sekolah yang digunakan hendaklah dijaga dengan baik.
12.2
Murid-murid tidak dibenarkan mengambil peralatan sukan sendiri tanpa kebenaran atau diawasi
oleh guru.
12.3
Alatan yang dipulangkan hendaklah disusun dengan teratur dan kemas.
12.4
Setiap pengeluaran dan pengembalian peralatan sukan hendaklah dicatat di Buku Rekod yang
telah disediakan.
12.5
Murid-murid dilarang keras mencuri peralatan sukan dan pendidikan jasmani.

13.

PERATURAN AM

13.1

Murid-murid dilarang keras menghisap rokok dan menggunakan/menyalahgunakan apa-apa jenis


dadah. Tindakan tegas akan diambil terhadap murid-murid yang didapati melakukannya.
Murid-murid dilarang keras bermain apa-apa sahaja bentuk judi di dalam dan diluar sekolah.
Murid-murid dilarang keras meminum apa sahaja jenis minuman keras yang memabukkan.
Murid-murid tidak dibenarkan membawa radio kaset atau walkman ke sekolah.
Murid-murid tidak dibenarkan membawa semua jenis alat muzik seperti VCD, permainan atau
telefon bimbit ke sekolah.
Murid-murid dilarang bermain dengan alatan elektrik atau sebarang peralatan yang boleh
mengakibatkan kebakaran dan kemalangan.
Murid-murid adalah dilarang keras menconteng atau mengoyakkan apa sahaja yang terdapat di
papan kenyataan kelas atau sekolah.
Semua murid memberikan maklumat yang lengkap dan tepat mengenai butir-butir diri dan
ibubapa/penjaga kepada pihak sekolah untuk tujuan kegunaan rasmi, perhubungan dan
kebajikan.
Murid-murid hendaklah memaklumkan kepada guru kelas/pihak sekolah sekiranya ada
perubahan/pindaan maklumat pelajar.
Jika berlaku kecurian atau kerosakan harta benda sekolah hendaklah dilaporkan kepada Guru
Besar/Guru Penolong Kanan/Guru Bertugas/Guru Kelas dengan segera.

13.2
13.3
13.4
13.5
13.6
13.7
13.8

13.9
13.10

14.

PELAWAT

14.1

Ibubapa/penjaga yang ingin berjumpa dengan murid semasa sesi persekolahan mendapat
kebenaran daripada Guru Besar/ Guru Penolong Kanan.
Ibubapa/penjaga tidak dibenarkan terus berjumpa dengan murid di kelas masing-masing.
Pejumpaan dan perbualan hendaklah dilakukan di kawasan Pejabat Sekolah/Pejabat Guru Besar
atau Bilik Guru sahaja.
Pelawat-pelawat/orang awam yang bukan dari kalangan ibubapa/penjaga tidak dibenarkan sama
sekali menemui murid murid sepanjang sesi pembelajaran berjalan kecuali mendapat kebenaran
bertulis daripada Guru Besar/Penolong Kanan.

14.2

14.3

15.

PERINGATAN PENTING

15.1

Semua murid dikehendaki membaca ,mengingati dan mematuhi semua peraturan/undang-undang


dalam Buku Peraturan ini.
Pihak sekolah/Lembaga Disiplin sekolah tidak akan menerima alas an murid-murid tidak
mengetahui mana-mana peraturan/undang-undang sekolah setelah Buku Peraturan ini dibuat dan
dimiliki oleh setiap murid.
Murid-murid yang melanggar mana-mana peraturan sekolah,serta telah sabit kesalahan akan
dikenakan tindakan/hukuman setimpal mengikut :

15.2

15.3

i.
ii.

Jenis dan Kategori kesalahan


Pelaku dan kekerapan melakukan kesalahan.

15.4

Murid-murid yang sengaja melanggar dan tidak mahu menyesuaikan diri dengan peraturan
sekolah ini boleh digantung atau dikeluarkan dari sekolah ini.

15.5

Pihak sekolah dan Lembaga Disiplin Sekolah mengambil berat mengenai sebarang kesalahan
yang dilakukan oleh murid walaupun kecil, kerana jika tidak dikawal boleh menimbulkan
pelbagai masalah dan kesulitan kepada rakan-rakan, guru-guru, pihak sekolah dan juga
ibubapa/penjaga.

15.6

Peraturan-peraturan yang terkandung dalam Buku Peraturan ini adalah tertakluk kepada
perubahan atau pindaan yang dikeluarkan oleh pihak kementerian, Jabatan atau Pihak Sekolah
dari semasa ke semasa. Pihak sekolah/Lembaga Disiplin Sekolahberhak dan boleh memindahkna,
menambah atau menghapuskan mana-mana bahagian atau peraturan dalam Buku Peraturan ini
jika difikirkan perlu.

10

16.

SENARAI KESALAHAN SALAHLAKU DAN TINDAKAN

16.1

Kesalahan Berat

161.1

Tingkahlaku Jenayah

a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.
j.
k.
l.

Berjudi
Mencuri
Melawan atau mengancam, memukul atau mencederakan guru.
Memukul atau mengancam/memukul/mencederakan pengawas.
Membuli dan memeras ugut
Menganggotai kumpulan haram atau kongsi gelap
Mengedar dan meyalahgunakan dadah.
Membawa senjata/benda tajam atau merbahaya
Mencabul kehormatan
Mengancam/memukul atau mencederakan murid lain
Menceroboh bilik khas atau Pejabat Guru Besar.
Menunjuk perasaan atau berpekit.

16.1.2 Tingkahlaku Lucah


a.
b.
c.
d.
e.
f.

Becumbu-cumbuan
Berkalwat
Membawa bahan-bahan lucah
Mengintai murid-murid perempuan
Menggunakan perkataan dan melakukan perbuatan lucah
Melukis dan menulis kata-kata atau gambar-gambar lucah

16.1.3 Tingkahlaku Biadab dan Kurang Sopan


a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.

Berkelakuan kasar terhadap guru, pengawas dan murid lain


Berbahasa kesat
Menyimpan atau menghisap rokok
Meminum arak
Mengganggu suasana pengajaran dan pembelajaran
Tidak menghormati guru atau pengawas
Tidak menghormati Lagu Kebangsaan dan Negeri.

11

16.1.4 Tingkahlaku Musnah


a.
b.
c.
d.

Merosakkan harta benda sekolah


Merosakkan harta benda Guru Besar, guru-guru dan kakitangan sekolah]
Merosakkan harta benda murid lain
Merosakkan harta benda kantin atau RMT sekolah

16.1.5 Tingkahlaku Tidak Jujur atau Menipu


a.
b.
c.
d.

17.1

Menipu yang melibatkan wang


Menipu yang melibatkan kepercayaan
Mengambil tindakan tanpa melalui pentadbiran sekolah
Mengulangi kesalahan yang sama melebihi dua kali atau setelah nasihat dan amaran yang
diberikan

Kesalahan Kecil atau Ringan

17.1.1 Kekemasan Diri


a.
b.
c.
d.
e.

Berambut panjang atau fesyen yang keterlaluan yang bertentangan dengan peraturan sekolah
Berkuku panjang
Bermisai atau berjanggut
Memakai pakaian yang tidak sopan dan selain dari pakaian seragam sekolah
Memakai barang perhiasan atau Make-up yang dilarang

17.1.2 Tingkahlaku Tidak Mementingkan Masa


a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.

Datang lewat ke sekolah


Lewat ke perhimpunan
Berkeliaran di kawasan sekolah semasa belajar
Makan atau membeli makanan di kantin di luar waktu rehat
Tidak membuat kerja sekolah/kerja rumah dan latihan yang diberikan oleh guru
Tidak menjalankan tugas membersihkan kelas sebelum waktu pembelajaran bermula
Tidak berada di dalam kelas atau bilik-bilik lain semas pengajaran sedang dilaksnakan.

17.1.3 Ponteng
a. Ponteng kelas
b. Ponteng sekolah
c. Ponteng perhimpunan
12

d. Ponteng kokurikulum
e. Ponteng ujian dan peperiksaan

18.1

TINDAKAN LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH

18.1

Kesalahan Barat
Bagi kesalahan berat yang dilakukan oleh murid setelah peringatan diberikan, Pihak Lembaga
Disiplin Sekolah Peringkat sekolah boleh mengambil beberapa tindakan yang setimpal dengan
kesalahan disiplin yang dilakukan mengikut peratura yang telah ditetapkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia termasuklah:
18.1.1 Setelah disiasat dan murid tersebut didapati bersalah maka pihak sekolah akan
memaklumkan perkara tersebut kepada Jabatan Pelajaran Negeri , Daerah, Pihak Polis
dan pihak-pihak lain yang berkaitan untuk tindakan lanjut.
18.1.2 Menggantung tanpa taikh (untuk tujuan pembuangan) persekolah murid (jika diputuskan
oleh Lembaga Disiplin Sekolah) dan menghantar laporan bertulis kepada Jawatankuasa
Disiplin Murid di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri.
18.1.3 Mengenakan tindakan penggantungan (bertarikh) persekolahan sehingga maksima dua
minggu ibubapa/penjaga murid akan di maklumkan dna dikehendaki melengkapkan surat
perjanjian aau menandatangani surat pengakuan mengenai kesalahan disiplin murid yang
terbabit.
18.1.4 Hukuman rotan (maksimum 3 kali) oleh guru besar atau gur yang diberi kuasa berbuat
demikian yang merupakan amaran terakhir kepada murid berkenaan. Ibubapa/penjaga
dan pelajar juga dikehendaki melengkapkan surat perjanjian atau menandatangani surat
pengakuan.
18.1.5 Murid juga dibuang sekolah berdasarkan kesalahan yang dilakukan setelah keputusan
yang dibuat oleh Lembaga Disiplin Sekolah setelah keputusan yang dibuat oleh Lembaga
Disiplin Sekolah dimaklmukan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan telah
mendapat jawatan.

13

18.2

Kesalahan Ringan/Kecil
Bagi kesalahan ringan/kecil (tidak diulang atau tidak melebihi dua kali) yang dilakukan oleh
murid, pihal Lembaga Disiplin Sekolah boleh mengenakan beberapa tindakan ke atas murid
termasuklah:
18.2.1 Memberi nasihat dan amaran kepada murid-murid yang terlibat (amaran pertama, kedua
dan ketiga)
18.2.2 Memaklumkan dan meminta kerjasama daripada ibubapa/penjaga melalui surat-menyurat
mengenai salahlaku murid dan amaran pertama,kedua, ketiga atau terakhir.
18.2.3 Mengenakan denda kepada murid yang terlibat, iaitu menulis ayat yang berupa
pengajaran dan ingatan berulangkali mengikut arahan yang diberi.
18.2.4 Mengenakan denda kpeda murid yang terlibat, iaitu denda yang member pengajaran
seperti mengutip sampah di kawasan kelas/sekolah, mencuci tandas atau denda-denda
lain yang sesuai, tidak menyakitkan atau bersifat mendera.
18.2.5 Merampas barangan yang menyalahi peraturan sekolah sperti tali pinggang, kasut, barang
kemas alat solek alat-alat permainan dan lain-lain. Ibubapa/penjaga boleh menuntut
barang-barang yang dirampas dari pihak sekolah setelah member i jaminan kesalahan
tersebut tidak akan berulang lagi.

IKRAR MURID
Bahawasanya, maka kami
Murid-murid di sekolah ini
Dan sebagai rakyat Malaysia
Berikrar akan belajar bersungguh-sungguh
Serta berusaha dan akan menumpuhkan
Seluruh tenaga kami untuk mencapai
Cita-cita rukun Negara
Berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan

14

15

Anda mungkin juga menyukai