Anda di halaman 1dari 1

PENULISAN PENGAJARAN MIKRO SET INDUKSI

Dalam set induksi, pada mulanya saya akan memperkenalkan gambar askar
dengan orang tua. Selepas itu, saya akan menanya murid siapakah orang itu di
dalam gambar tersebut. Setelah itu, saya akan menjelaskan bahawa gambar yang
terdapat di dalam itu adalah seorang askar dan orang tua.
Apabila habis memperkenal, saya akan menayangkan video yang berkaitan
dengan cara-cara orang tua dan askar berjalan dan bergerak. Selepas itu, saya
akan memanggil beberapa murid datang ke depan untuk membuat demokrasi.
Apabila habis, saya akan memangil murid melakukan pergerakan orang tua dengan
askar serentak. Tujuannya adalah untuk memberikan inspirasi kepada murid bahawa
pergerakan orang tua adalah lebih lambat daripada orang askar. Selepas itu, saya
akan menanyakan soalan bahawa apakah perbezaan antara pergerakan orang tua
dengan askar.
Akhir sekali, saya akan memperkenalkan tempo lagu-lagu yang berunsurkan
cepat dan lambat supaya murid-murid lebih memahami apa itu tempo cepat dan
lambat.

Anda mungkin juga menyukai