Anda di halaman 1dari 7

REFLEKSI PENGAJARAN MINGGU KEENAM

KELAS: 3 CEMERLANG

TAJUK: BUNYI PANJANG & BUNYI PENDEK

Pada minggu keenam, saya telah mengajar mata pelajaran Dunia Muzik

seperti biasa. Pengajaran saya pada hari itu ialah bunyi panjang dan bunyi

pendek di bawah elemen Pengalaman Muzikal. Pada mula saya mengorak

langkah ke dalam kelas ini, murid-murid kelas 3 Cemerlang ini kelihatan

sangat teruja dan tidak sabar untuk memulakan pembelajaran pada hari itu.

Saya memfokuskan pengajaran saya pada hari itu agar murid dapat

mempraktikkan bunyi panjang dan bunyi pendek.

Proses pengenalan kepada pengajaran saya pada hari itu dimulakan

dengan memperkenalkan bunyi panjang dan bunyi pendek kepada murid.

Dalam langkah awal itu, saya memainkan alat perkusi kerincing dan kayu

tiktok. Saya kemudiannya meminta murid membezakan bunyi panjang dan

bunyi pendek yang terhasil daripada dua alat perkusi itu. Seterusnya, saya

menunjukkan dua simbol kepada murid iaitu simbol pokok kelapa yang tinggi

dan pokok yang renek. Kedua-dua simbol itu membayangkan bunyi panjang

dan bunyi pendek. Saya seterusnya meminta murid meneka kedua-dua

maksud simbol tersebut.

Pengajaran dan pembelajaran saya diteruskan dengan menunjukkan


lirik lagu yang mengandungi simbol bunyi panjang dan pendek pada lirik lagu.
Saya meminta murid memerhati serta mengenalpasti lirik lagu Burung dan
Suasana itu. Murid kelihatan tersenyum sebagai tanda memahami akan
carta lirik yang saya paparkan. Seterusnya saya membahagikan murid
kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Kump A diberikan
kayu tiktok (bunyi pendek) manakala Kump B diberikan kerincing (bunyi
panjang). Murid kelihatan tidak sabar untuk memulakan pembelajaran pada
hari itu. Seterusnya, 5. Setiap kumpulan diminta memainkan alat masing-
masing dalam lagu Burung dan Suasana berdasarkan simbol.

Sambung

Fokus pembelajaran saya pada hari itu ialah murid-murid dapat

memainkan perkusi secara solo atau berkumpulan dengan mempraktikkan

tempo cepat dan lambat. Saya memulakan pengajaran dan pembelajaran

saya pada hari itu dengan meminta murid berlari secara perlahan kemudian

melajukan larian mereka. Dalam aktiviti selama dua minit itu, saya meminta

murid membayangkan keadaan di mana mereka sedang berjoging dan secara

tiba-tiba mereka dikejar oleh seekor anjing yang sangat garang. Murid-murid

kelihatan sangat teruja semasa melakukan aktiviti induksi ini.

Dalam langkah pertama pengajaran saya, saya memperdengarkan

rentak muzik yang bertempo cepat kepada murid menggunakan kibod digital.

Murid diminta menghayati rentak lagu yang diperdengarkan. Kelihatan

mereka menganggukkan kepala masing-masing sebagai tanda menghayati

lagu tersebut. Ada pula yang menggoyangkan kaki sambil menghayunkan

tangan. Seterusnya, saya memperdengarkan rentak muzik yang bertempo

perlahan pula. Kelihatan reaksi mereka agak berbeza berbanding muzik yang

berentak laju tadi. Saya kemudiannya meminta mereka membezakan tempo

bagi rentak lagu yang diperdengarkan. Hampir keseluruhan murid

mengangkat tangan untuk menjawab soalan yang saya ajukan. Ternyata


mereka bijak dalam membezakan kedua-dua rentak yang mereka dengari.

Perkataan laju, perlahan, cepat dan lambat bermain-main di bibir mereka.

Ada beberapa orang murid yang mampu mengaitkan rentak lagu yang mereka

dengari dengan aktiviti dalam langkah set induksi saya tadi. Saya amat

kagum dengan penghayatan serta tindak balas yang diberikan oleh murid-

murid ini.

Seterusnya, saya meneruskan pengajaran saya pada hari itu dengan

memainkan lagu Tunjukkan Aksi kepada murid. Dalam langkah ini, saya

memberi peluang dan kebebasan kepada murid-murid untuk bergerak secara

bebas mengikut rentak lagu. Mereka membuat gerakan dan menari dengan

gembira sekali. Pelbagai ragam yang saya lihat. Mereka menari dengan

seronok dan riang namun murid-murid yang bijak ini masih menjaga disiplin

diri masing-masing. Saya kemudiannya memainkan lagu Lompat dengan

menggunakan kibod. Lagu Lompat merupakan lagu kanak-kanak KSSR

tahun tiga yang berentak inang dan bertempo perlahan. Sebaik sahaja lagu

bertukar rentak, murid-murid ini secara spontan menukar langkah

pergerakan mereka kepada perlahan dan lemah gemalai. Ada yang menari

tarian Inang dan ada pula yang membuat aksi perlahan mengikut lirik lagu.

Pada pendapat saya, murid-murid kelihatan selesa semasa membuat gerakan

bebas disebabkan kedua-dua lagu ini telah diajar dalam pengajaran yang lalu.

Dalam langkah seterusnya, saya memperdengarkan rakaman cerita

Lembu yang Sombong dengan menggunakan pemain cakera padat. Cerita

Lembu yang Sombong ini telah diperdengarkan kepada murid dalam


pengajaran yang lepas. Saya seterusnya menunjukkan carta perkusi bagi

setiap watak dalam cerita Lembu yang Sombong seperti di bawah.

Situasi Alat Perkusi Tempo

- Tikus berjalan perlahan- Lambat

lahan.
- Tikus berjalan lesu & lemah

- Suara lembu marah Cepat

- Tikus berlari ke arah roti Cepat

dengan perasaan gembira.

- Lembu menjerit Tolong!


Cepat
Tolong!

- Tikus berlari pantas Cepat

- Tikus menggigit tali Cepat


- Tikus & lembu beredar Cepat

Saya kemudiannya, mengedarkan alat perkusi iaitu kayu tiktok,

tamborin dan gong kepada murid yang dipilih secara rawak. Saya

membimbing murid-murid memainkan alat perkusi masing-masing mengikut

tempo cepat dan lambat berdasarkan carta perkusi. Dalam aktiviti ini,

semua murid kelihatan sangat teruja untuk memulakan aktiviti. Sebaik

sahaja membimbing murid, saya memilih beberapa orang murid secara

rawak untuk memainkan alat perkusi. Saya kemudiannya memainkan

rakaman cerita Lembu yang Sombong dan murid-murid yang dipilih

dikehendaki memainkan alat perkusi masing-masing mengikut carta perkusi

serta mengaplikasikan tempo cepat dan lambat dalam permainan alat

perkusi.

Sebaik sahaja selesai, aktiviti diteruskan dengan penglibatan murid-

murid lain. Secara kesimpulannya, semua murid telah melibatkan diri secara

aktif dalam pengajaran pada hari itu. Beberapa orang murid dipilih oleh saya

untuk membuat lakonan bagi watak yang terdapat dalam cerita Lembu yang

Sombong. Pada akhir pengajaran, saya mendapati murid -murid dapat

memainkan perkusi secara solo atau berkumpulan dengan mempraktikkan

tempo cepat dan lambat seterusnya menjadikan objektif pengajaran saya

pada hari itu tercapai dengan jayanya. Semua murid juga terlibat secara aktif

dalam pembelajaran dan kelihatan sangat teruja. Mereka kelihatan pulang ke

kelas dengan perasaan yang puas begitu juga dengan saya sendiri.
Ikut rentak begini
Tepuk tangan sekali
Langkah kanan dan kiri
Sesuka hati

Du du du du du du du
Mari kita menari
Kita kan jumpa lagi
Tunjukkan aksi
LIRIK LAGU TUNJUKKAN AKSI

Mi mi re do re do mi
Mi mi re do re do so
Mi mi re do re do mi
Re re mi re do
Lompat lompat
Lompat katak lompat
Lompat melompat
Dalam kolam

Berenang renang
Bersuka ria
Sambil menyanyi riang

LIRIK LAGU LOMPAT

Berenang renang
Bersuka ria
Sambil menyanyi riang

Anda mungkin juga menyukai