Anda di halaman 1dari 6

Hiasan Dinding

Aktiviti : Lipatan dan guntingan.


Alat dan Bahan : Kertas lukisan, gunting, warna pastel
dan gam.
Penerangan : Murid menghasilkan corak terancang
dengan teknik lipatan dan guntingan.

Langkah 1.
Lipat kertas kepada 3 bahagian seperti gambar rajah.

Langkah 2
Kemudian lipat kertas lukisan tadi kepada 2 bahagian
seperti gambar rajah.

Langkah 3
Lakarkan gambar ikan kepada kertas tersebut. Pastikan
bahagian ekor dan siripnya bertemu dengan lipatan.

Langkah 4
Gunting dan buang bahagian luar lakaran.

Langkah 5
Buka lipatan dan warnakan bentuk-bentuk ikan yang
terhasil. Kemudian tampal hasilan anda pada kertas
lain.

Hasil Kerja

Jam Kertas

Aktiviti : Membuat binaan

Alat dan Bahan : Pinggan kertas, gam, gunting, jarum


peniti, kad manila, getah pemadam dan warna poster.
Penerangan : Murid menghasilkan model jam kertas
yang menarik.
Langkah 1
Potong kertas warna dalam bentuk segiempat tepat atau
segiempat bujur.

Langkah 2.
Deangan menggunakan warna poster warnakan pinggan
kertas mengikut kreativiti sendiri. Letakkan nombor
pada jam.

Langkah 3.
Potong kad manila untuk membentuk jarum panjang
dan jarum pendek.

Langkah 4.
Lekatkan jarum peniti ditengah-tengah untuk
memudahkan pergerakan jarum. Dibahagian belakang
jam lekatkan getah pemadam untuk menutup bahagian
jarum peniti.

Hasil Kerja

Anda mungkin juga menyukai