Anda di halaman 1dari 4

HUKUM NUN MATI DAN TANWIN

Nun Sakinah adalah nun sukun yang tidak berbaris atau dikenali sebagai nun mati. Suara hurufnya
keluar dari pangkal hidung dan menghasilkan bunyi dengung.
Tanwin adalah baris dua sama ada di atas, di bawah atau di hadapan. Tanwin menghasikan suara
nun sakinah walaupun nun tersebut tidak kelihatan pada tulisan.
Nun sakinah boleh bertemu dengan semua 28 huruf pada satu atau dua perkataan serta kekal pada
tulisan dan bacaan dalam keadaan wasal atau waqaf.
Tanwin pula boleh bertemu dengan semua 28 huruf pada dua perkataan sahaja dan hanya ada pada
bacaan ketika wasal.
IZHAR
Izhar Halqi : Izhar bererti jelas atau nyata. Halqi bererti kerongkong.
Izhar Halqi bermaksud melafazkan nun sakinah dengan jelas tanpa dengung dan saktah. Hurufhurufnya:

Tanda-tanda bacaan:
Terdapat tanda sukun di atas nun sakinah dan tanda tanwin yang selari.
Cara bacaan: Menjelaskan sebutan nun sakinah atau tanwin tanpa mendengungkannya. Hujung
lidah ditekan ke gusi depan sebelah atas dan tidak membawa suara ke pangkal hidung. Sebutan
nun hendaklah dicepatkan untuk mengelakkan suara dengung.

Izhar Mutlaq : Apabila nun sakinah dan huruf-huruf idgham bertemu dalam satu perkataan, maka
nun sakinah tersebut hendaklah dizahirkan sebutannya.
Hukum ini hanya berlaku pada empat perkataan sahaja.
Ini bermaksud untuk memelihara makna asal perkataan-perkataan tersebut yang mungkin berubah
sekiranya dibaca dengan hukum idgham.
Tanda sukun di atas nun sakinah menunjukkan bahawa nun tersebut hendaklah dijelaskan
sebutannya.

IDGHAM
Idgham
Ma'al
Ghunnah
:
Idgham bererti memasukkan atau menggabungkan.
Idgham Maal Ghunnah bermaksud menggabungkan huruf yang sukun ke dalam huruf yang
berbaris berserta dengung. Hukum idgham ini hanya ditemui dalam dua perkataan sahaja.

Huruf-hurufnya:

Tanda-tanda bacaan:
Tiada tanda sukun di atas nun sakinah dan tanda tanwin yang tidak selari.
Cara
bacaan:

Digabungkan bacaan nun ke dalam huruf selepasnya dengan didengungkan. Kadar dengung
adalah dua harakat.
Contoh:
Idgham Bi La Ghunnah : menggabungkan huruf yang sukun ke dalam huruf yang berbaris tanpa
dengung. Hukum idgham ini hanya ditemui dalam dua perkataan sahaja.
Huruf-hurufnya:

Tanda-tanda bacaan:
Tiada tanda sukun di atas nun sakinah dan tanda tanwin yang tidak selari. Terdapat tanda sabdu
pada huruf atau yang berikutnya.
Cara bacaan: Digabungkan bacaan nun ke dalam huruf selepasnya tanpa dengung. Pastikan suara
huruf ra atau lam tidak dipanjangkan untuk mengelakkan suara dengung. Contoh:

Nota:
Idgham Kamil (sempurna) berlaku apabila bertemu dengan huruf dan kerana tiada kesan
suara nun yang sukun ketika menyebutnya dan yang jelas kedengaran adalah suara huruf-huruf
idgham itu. Tanda sabdu di atas huruf dan menunjukkan hukum idgham kamil.
Idgham Naqis (tidak sempurna) pula berlaku bertemu dengan huruf dan kerana masih
meninggalkan sedikit kesan huruf nun yang sukun iaitu dengan mengeluarkan sedikit suara dari
rongga hidung. Perhatikan tiada tanda sabdu di atas huruf dan .
IQLAB
Iqlab bererti tukar; iaitu menukar sebutan nun sakinah atau tanwin kepada sebutan mim berserta
dengung.

Hurufnya hanya satu:

Cara Bacaan:
Sebutan hendaklah didengungkan sebanyak 2 harakat dengan merapatkan dua bibir.
Tanda-tanda Iqlab:
Mempunyai tanda kecil di atas nun sakinah dan huruf kecil mengganti baris kedua tanwin.
Contoh:

IKHFA' HAQIQI
Ikhfa' haqiqi : bererti sembunyi; iaitu menyembunyikan sebutan nun sakinah di antara sebutan
izhar dan idgham berserta dengung.

Huruf-hurufnya:

Tanda-tanda bacaan:
Tiada tanda sukun di atas nun sakinah dan tanda tanwin yang tidak selari.
Cara bacaan:
Hujung lidah tidak menyentuh gusi hadapan dan diletakkan berhampiran dengan makhraj huruf
yang berikutnya.
Hendaklah dipastikan tiada sebarang unsur idgham pada sebutan dan jangan dipanjangkan sebutan
nun sakinah tersebut.
Kadar dengung adalah 2 harakat dan hendaklah ditebalkan apabila bertemu huruf-huruf isti'la.
Contoh:

Anda mungkin juga menyukai