Anda di halaman 1dari 4

Ketibaan anak ayam

1. Tiba anak ayam kira anak ayam dan beri vaksinasi ranikhet F melalui
titisan hidung sebelum memasukkan dalam perindukan
2. Timbang untuk mengambil berat purata
3. Lepaskan anak ayam berhampiran dengan bekas minuman bercampur
anti stress
4. beri makanan permulaan 1 jam berada di dalam perindukan
5. Pastikan anak ayam selesa, perhatikan beberapa jam
6. Pastikan suhu 33C hari pertama perhatikan kelakuan anak ayam
semasa dalam perindukan cukup hangat dan sesuai
7. suhu perlu dijaga selama 3 hari 23-33C

Umur 1-4 hari


Minggu pertama
Anak sampai, suntik vaksin raniket F dengan titisan hidung anak ayam
Lampu dipasang dan alat pemanas24 jam
Dinding dawai rumah ayam hendaklah ditutup dengan plastik mengadakan
pengudraan yang baik
( Umur 6 hari) Potong paruh bahagian atas lebih rendah dari bahagian
bawah
Mengadakan pengepungan supaya anak ayam menghampiri alat pemanas
( jarak 3-4 kaki jarak dari alat pemanas)
Beri makan sebanyak mana yang boleh.Memberi makanan jenis
permulaan Starter air minuman bercampur anti stress 3 hari pertama
Tukar air minuman setiap hari
tukar sampah-sarap basah yang kotor dibalik-balik atau ditambah
Rekod bilangan kematian dan pengambilan makanan
Timbang berat badan pada hujung minggu
kira kadar penukaran makanan
Kepungan diperluaskan
Kurangkan 1C setiap dua hari hingga 27C pada hari ke 16

Minggu kedua (8-14 hari)


1. Beri makan 3 kali sehari
2. Beri air bercampur anti stress pada awal minggu
3. Pasang alat pemanas pada waktu malam atau cuaca sejuk sahaja
4. Naikkan bidai disiang hari dan turunkan diwaktu malam
5. Tukar sampah- sarap basah
6. Luaskan alat pengepungan
7. Bancuh veksin IBD dalam minuman
8. Timbang anak ayam pada hujung minggu ambil rekod, kira kadar
penukaran makanan
Umur 2 minggu pertama ayam daging adalah kritikal, sebarang keadaan
persekitaran yang merencatkan pembesaran pada peringkat ini perlu
diatasi segera mengelakkan masalah yang akan lebih serius lagi pada
mingu-minggu berikutnya

Minggu ketiga (15-21 hari)


Musnahkan bangkai anak ayam yang mati
Singkir mana yang lemah atau cacat
Pasang alat pemanas di waktu malam sahaja
Kepungan dibuka supaya anak ayam lepas bebas di dalam reban
Mula menggunakan bekas makanan yang bergantung ( 1 unit untuk 25-30
ekor)
Suntikan Vaksin Fowl pox dibahagian Nipis ( Web) pada kepak
Tukar makanan jenis penggemukan secara beransur-ansur pada hari ke
21-28
Gunakan bekas minuman automatik (1 unit untuk 100 ekor)
9. Timbang anak ayam pada hujung minggu ambil rekod, kira kadar
penukaran makanan

Minggu keempat (22-28 hari)


Keluarkan alat pemanas
Beri makan 2 kali sehari
Bekas air minum dan makanan digantung sama paras dada ayam
Beri air bercampur anti stress
Bidai perlu dibuka terus
Tukar sampah sarap basah yang kotor perlu dibalik-balik atau ditambah
Timbang anak ayam pada hujung minggu ambil rekod, kira kadar
penukaran makanan
Minggu kelima(29-35 hari)
1. Tukar makanan penggemuk Finisher perlahan-lahan
2. Timbang anak ayam pada hujung minggu ambil rekod, kira kadar
penukaran makanan

Minggu keenam- ketujuh (36-42 hari)


100% makanan penggemuk Finisher
Hentikan pemberian ubat antibiotik kepada ayam jika digunakan dalam
minggu sebelum itu
Timbang anak ayam pada hujung minggu ambil rekod, kira kadar
penukaran makanan
Umur 35- 42 hari dengan pencapaian berat badan 1.6-1.9kg adalah paling
sesuai dipasarkan
-Boleh dipasarkan secara jualan hidup atau jualan selepas proses
-Urusan penangkapan lebih sesuai di waktu malam atau awal pagi

Memotong paruh ( ini pada anak ayam Penelur saja)


Tujuan elak pematukan sesama sendiri dan pembaziran makanan
-Potong ketika umur 6-9 hari atau 10-12 minggu
-potong lebih kurang 4.5 mm dari lubang hidung
-muncung bayah lebih panjang dari muncung atas
- sekiranya berlaku pendarahan kelar dengan besi panas
Pengurusan makanan
Pemberian makanan adalah bergantung kepada umur anak ayam
pertukaran makanan perlu dilakukan secara perlahan-lahan
Pengurangan pengambilan makanan adalah disebabkan jualan pada
minggu ke5
2 jenis makanan
Makanan permulaan- 1-4 minggu Protin kasar 22-24 %
Makanan pengemukan 5-7 minggu protin kasar 19-20 %

Anda mungkin juga menyukai