Anda di halaman 1dari 3

Karangan-Teknik Mengembangkan Isi Karangan

Teknik Mengembangkan Isi Karangan


Formula :
IMPAK soalan langkah/usaha
KESAN soalan kesan
PUNCA soalan punca
FAEDAH soalan kebaikan/kepentingan
KAEDAH 5W 1H soalan laporan peristiwa
Formula IMPAK
- Formula IMPAK sesuai untuk karangan jenis langkah atau usaha
I - Isi tentang langkah / usaha (cara yang dilaksanakan)
M - Mengapa perlu dijalankan ( masalah sebelum ini)
P - Pengembangan / penerangan bagaimana langkah tersebut harus dilaksanakan/dijayakan
oleh sesuatu pihak /agensi berkenaan
A - Masukkan alibi(bukti dan keterangan tentang langkah tersebut sebagai contoh)
K - Kesan positif langkah yang diambil/bakal dijalankan
Setiap perenggan mengandungi sekurang-kurangnya 6-8 ayat.
Susunan ayat / idea bebas sama ada deduktif, indukif dan gabungan.
Soalan Contoh
Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk menjadikan Malaysia
sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa
Rangka Jawapan
I -Isi / langkah ~ memperkenalkan Malaysia di luar negara.
M - Mengapa/ masalah sebelum ini ~ Malaysia indah tetapi belum dikenali ( iklim, florafauna, masyarakat majmuk, pelbagai budaya, syurga makanan dll)
P - Pengembangan / bagaimana melaksanakan ~ Malaysia boleh diperkenalkan melalui
media elektronik dan cetak (internet, halaman, risalah, iklan, dokmentari)
A - Alibi (contoh / bukti ) ~ pembikinan Majalah 3 oleh TV3, Warisan Sungai oleh RTM,
Rencana dalam Majalah Going Places oleh MAS.
K - Kesan ~ kedatangan pelancongan bertambah / pertukaran wang asing meningkat.
Formula KESAN
- Menghuraikan isi kesan sesuatu perkara.
K - Kesan (isi) / ayat topic
E - Explain bagaimana berlaku / terjadi kesan tersebut
S - Sebab terjadi demikian
A - Alibi ( contoh/ bukti kejadian)
N - Natijah/ kesan keseluruhan
Soalan Contoh
Kemasukan warganegara asing ke negara ini secara haram menimbulkan pelbagai kesan
kepada rakyat negara ini. Huraikan kesan-kesan tersebut.
K -Kesan(isi) ~ merampas peluang pekerjaan rakyat tempatan.
E - Explain / bagaimana ~ majikan lebih suka mengupah mereka

~ suka membelakangkan warga tempatan


~ sanggup berhentikan pekerja tempatan untuk memberikan laluan kepada
warga asing
S - sebab ~ merupakan pekerja yang rajin dan baik
~ berasal dari keluarga yang miskin
~ sanggup melakukan sebarang pekerjaan
~ tidak memilih / cerewet tentang upah
A - Alibi / contoh ~ berlaku di sektor perladangan
~ berlaku di sektor pembinaan, perkilangan
N - Natijah (akibat) ~ kadar penggangguran pekerja tempatan meningkat
~ kadar jenayah meningkat
Formula PUNCA
Huraian isi sebab / punca / faktor sesuatu perkara
P - Point (sebab / punca / faktor)
U - Ulasan isi / point (definisi, mengapa,bila, di mana, siapa)
N - Naratif (ceritakan) bagaimana terjadi / berlaku
C - Contoh / bukti
A - Akibat / Natijah / Kesan
Contoh soalan
Huraikan punca-punca remaja lari dari rumah
P - Point (punca) punca tertarik / terpengaruh oleh dorongan material
U - Ulasan ~ dorongan material tersebut ialah mahu hidup bergaya, kelihatan cantik dan
anggun, merasai nikmat keduniaan
N - Naratif tergoda oleh cerita rakan meninggalkan sekolah dan membelakangi ibu bapa
akibat mentah dalam pemikiran / kurang asam garam kehidupan
C - Contoh kajian oleh pihak polis membuktikan faktor tersebut, hasil temu ramah dengan
mangsa /
reaksi mangsa dalam Kisah Benar di TV 3
A - Akibar Remaja menggilai nilai-nilai kebendaan tetapi malang tidak berbau remaja
terjebak ke
dalam kancah maksiat / lembah kehinaan seperti menagih dadah, pelacuran
Formula FAEDAH
Menghuraikan isi faedah sesuatu perkara
Fa - Fakta iaitu Faedah / Kebaikannya
E - Explain bagaimana terjadi / berlaku / diperolehj
Da - Dalil (keterangan, bukti, contoh faedah)
H - Hujah pendirian { penulis / ayat kesimpulan }
Contoh
Faedah / Kebaikan Teknologi ma klumat
Dalam bidang perubatan
Fa - Teknologi maklumat untuk mendiagnosis pesakit dan mengenal pasti penyakit
E - Data maklumat lengkap mudah dibandingkan / dianalisis
Da - Komputer menerima imput tentang status pesakit memproses input contoh
H - Terbukti bahawa Teknologi maklumat dapat dimanipulasikan untuk meningkatkan mutu

perkhidmatan perubatan negara kita


Dalam bidang pendidikan
Fa - Memudahkan pelajar-pelajar berhubung dengan pensyarah-pensyarah di dalam atau di
luar negara
E - Pelajar dapat berkomunikasi secara langsung dengan pensyarah berhubung masalah
pembelajaran
Da - Telesidang dan internet memungkinkan komunikasi dua hala berlangsung
H - Dalam hal ini, Teknolgi Maklumat bukan sahaja menjimatkan kos malah menjimatkan
masa.
Formula KEDAH 5 W 1 H
Huraikan untuk soalan laporan peristiwa
Apa - Apa peristiwa yang ingin dilaporkan
Bagaimana - Bagaimana peristiwa tersebut berjalan atau dilaksanakan atau berlaku
Siapa - Siapa yang terlibat dalam peristiwa terebut
Di mana - Di mana peristiwa itu berlaku
Bila - Bila ia berlaku / tarikhnya
Mengapa - Mengapa berlaku atau mengapa diadakan

Anda mungkin juga menyukai