Anda di halaman 1dari 4

Panduan Mengisi

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN


UNIT HAL EHWAL MURID (BAHAGIAN BIASISWA)

** Sila pastikan anda menggunakan Microsoft Office Excel 2007 dan ke atas sahaja.

1) Masukkan maklumat Nama Pemohon, Tingkatan, Sekolah dan nombor Kad Pengenalan di
setiap kolum yang ditetapkan di dalam setiap borang mengikut tingkatan.
2) Pastikan setiap nombor Kad Pengenalan pemohon adalah lengkap (12 digit) dan tidak
berulang. Jika Kad Pengenalan pemohon tidak diisi dengan lengkap, pengisian maklumat
lain tidak dapat diteruskan dan akan dipaparkan satu tetingkap kecil (Rajah 1). Jika terdapat
pengulangan nombor Kad Pengenalan, kedua-dua nombor yang serupa akan bertukar
menjadi MERAH (Rajah 2).

Rajah 1: Akan dipaparkan jika nombor Kad Pengenalan tidak lengkap.

Rajah 2: Nombor Kad Pengenalan bertukar MERAH jika terdapat pengulangan nombor
KP.

3) Disetiap borang, terdapat tiga kolum utama yang perlu diisi iaitu Akademik, Tanggungan
dan Kewangan, dan Aktiviti Kokurikulum. Di dalam setiap kolum utama, terdapat
beberapa kolum kecil yang perlu diisi.
AKADEMIK
a. Terdapat 7 sub-kolum dimana kolum pertama dikhaskan untuk subjek Bahasa Melayu
(wajib isi) dan 6 kolum seterusnya yang mewakili 6 subjek terbaik (selain Bahasa
Melayu). Bagi borang untuk pelajar Tingkatan 1, hanya 5 subjek sahaja yang perlu diisi
dan Bahasa Melayu adalah wajib diisi.
b. Setiap satu ruang hanya boleh diisi dengan satu gred sama ada gred A, B, C, D atau E.
Sistem juga telah menyediakan senarai ke bawah untuk memudahkan pengisian (Rajah
3).

Rajah 3: Kolum Akademik.


Senarai ke
bawah

TANGGUNGAN DAN KEWANGAN


a. Terdapat 4 sub-kolum yang mewakili Jumlah Pendapatan Keluarga Sebulan. Di setiap
ruang sub-kolum perlu diisi bilangan tanggungan ahli keluarga. Sistem juga telah
menyediakan senarai ke bawah untuk memudahkan pengisian (Rajah 4).
b. Contoh: Jika pendapatan bulanan adalah RM 499 dan tanggungan adalah 8 orang ahli,
maka isi maklumat pada kolum < RM 499 dan isikan maklumat ahli seramai 8 orang.
Bagi sub-kolum lain pada baris yang sama, pilih O dan ruang tersebut menjadi BIRU.

Rajah 4: Kolum Tanggungan dan Kewangan.


c. Jika bilangan tanggungan melebihi 8 orang, klik sahaja pada angka 8.

AKTIVITI KOKURIKULUM
a. Terdapat 3 sub-kolum berbeza iaitu kolum Sukan/Permainan, Kelab/Persatuan dan
Pakaian Seragam.
b. Pilih mana-mana satu peringkat sukan, jawatan dan pangkat tertinggi yang diwakili oleh
pemohon. Setiap satu ruang telah disediakan senarai ke bawah bagi memudahkan
pengisian borang (Rajah 5).

Rajah 5: Kolum Aktiviti Kokurikulum.

** TERIMA KASIH **

Anda mungkin juga menyukai