Anda di halaman 1dari 21

Aktiviti Sampingan

Aktiviti
yang
dicadangkan
boleh
digunakan dalam aktiviti kokurikulum
seperti Kelab Keselamatan Jalan Raya.
Guru
boleh
memilih
aktiviti
yang
dicadangkan untuk membantu muridmurid membina dan mengukuhkan
pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap
berkaitan keselamatan jalan raya dan
perjalanan yang selamat.

39

Aktiviti Sampingan
Tajuk
Aktiviti
1

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Tahun 6
Catatan/Media/BBM

Penilaian Diri
1. Murid mengimbas kembali pengetahuan tentang
keselamatan jalan raya yang telah dipelajari dan menjadi
pengguna jalan raya yang selamat. Gunakan senarai
semak Penilaian Diri bagi menentukan sejauh manakah
anda seorang pengguna jalan raya yang selamat.

Senarai Semak
Penilaian Diri

2. Sebagai aktiviti kelas, murid mengenal pasti beberapa


kemahiran PKJR yang perlu dipertingkatkan. Soal jawab
dengan murid:
Bagaimanakah anda dapat membaiki kemahiran
tersebut?
Apakah tindakan yang perlu diambil untuk membaiki
kemahiran tersebut?
3. Murid menetapkan matlamat sebagai pengguna
jalan raya dan menulis pelan tindakan keselamatan
jalan raya untuk mencapai matlamat tersebut
(termasuk individu yang boleh dirujuk oleh mereka atau
mendapatkan bantuan).

40

Pelan Tindakan
Keselamatan Jalan Raya

Tahun 6

Aktiviti Sampingan

Penilaian Kemahiran Keselamatan Jalan Raya


Penilaian Diri
Sejauh manakah anda seorang pengguna jalan raya yang selamat?
Pernyataan di bawah mempunyai 3 skala. Bulatkan skala yang sesuai berdasarkan
pernyataan di bawah.

Skala
Kurang Mahir

Mahir

Sangat Mahir

Saya mengamalkan lima langkah melintas


dengan selamat.

Saya melintas di tempat melintas yang


selamat.

Saya sentiasa memastikan isyarat orang


hijau bernyala sebelum melintas.

Saya merancang laluan perjalanan untuk


mengelakkan bahaya.

Saya dengar dan patuh arahan warden lalu


lintas.

Saya sentiasa memakai tali pinggang


keledar.

Saya berdiri jauh daripada bebendul jalan


semasa berada di hentian bas.

Saya meletakkan beg dengan rapi semasa


duduk di dalam bas.

Saya menggunakan pemegang tangan


semasa berdiri di dalam bas.

Pejalan Kaki

Saya memerhatikan tanda jalan.

Jumlah

Penumpang

Saya keluar dari kereta di bebendul jalan.

Saya beratur untuk menaiki bas.

Jumlah

41

Tahun 6

Aktiviti Sampingan

Penunggang Basikal

Skala
Kurang Mahir

Mahir

Sangat Mahir

Saya memakai topi keledar dan mengikatnya


dengan kemas.

Saya menunggang basikal yang bersesuaian


dengan ketinggian saya.

Saya merancang laluan perjalanan untuk


mengelakkan bahaya.

Saya memilih basikal yang mempunyai


lampu dan alat pemantul cahaya.

Saya memakai ves keselamatan semasa


berbasikal.

Saya berbasikal mengikut arus trafik di sebelah


kiri jalan.

Saya memakai topi keledar yang dan


mengikatnya dengan kemas.

Saya memeluk pinggang penunggang


dengan erat.

Saya naik atau turun daripada motosikal di


bebendul jalan.

Saya memilih membawa beg yang sesuai


ketika membonceng.

Saya memberi isyarat tangan untuk


memberitahu pemandu dan pengguna jalan
raya yang lain samasa saya ingin berhenti,
membelok ke kiri atau ke kanan.

Pembonceng Motosikal

Jumlah

Jumlah

Jumlah Keseluruhan Markah


Pengguna
Jalan Raya

Pejalan Kaki

Penumpang

Penunggang
Basikal

Pembonceng
Motosikal

Jumlah
Keseluruhan

Jumlah

Pemarkahan

Periksa markah anda.


Kurang daripada 25 Kurang Mahir

Anda perlu memberi lebih perhatian terhadap keselamatan


jalan raya.

25 - 48

Mahir

Anda agak selamat dan teruskan usaha untuk menjadi


pengguna jalan raya yang berhemah.

Lebih daripada 48

Sangat Mahir

Tahniah, anda ialah pengguna jalan raya yang lebih


selamat. Pastikan anda sentiasa mengutamakan kemahiran
keselamatan jalan raya.

42

Aktiviti Sampingan

Tahun 6

Pelan Tindakan Menjadi Pengguna Jalan Raya yang Lebih Selamat


Berdasarkan hasil penilaian kemahiran keselamatan jalan raya anda, sediakan pelan
tindakan anda dengan menggunakan borang di bawah.
Jenis Pengguna Jalan Raya:

Pejalan Kaki

Tiba di destinasi dengan selamat.


Matlamat

Tindakan

Kekangan

Siapakah atau
apakah yang
boleh membantu
saya?

Rumusan
daripada
tindakan

1. Memilih tempat melintas yang selamat.


2. Mengamalkan lima langkah melintas.

1. Tiada tempat melintas yang selamat.


2. Kenderaan yang bertali arus.
3. Perlu berdikari.

1. Orang dewasa.
2. Lampu isyarat/isyarat undan.
3. Laluan pejalan kaki.

Sebagai pejalan kaki, kita mesti berhati-hati.


* Pandangan lain diterima.

43

Aktiviti Sampingan
Tajuk
Aktiviti
2

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Lawatan ke Sekolah Menengah
1. Murid mengenal pasti sekolah menengah yang bakal
dihadiri pada tahun depan. Mereka merancang untuk
melakukan satu perjalanan ke sekolah menengah pada
luar waktu persekolahan. (Mereka boleh menjalankan
aktiviti ini secara berpasangan dengan murid yang akan
hadir ke sekolah menengah yang sama atau aktiviti
Kelab Keselamatan Jalan Raya.)
2. Murid mengenal pasti cara perjalanan mereka ke
sekolah tersebut. Contoh: berjalan kaki, berbasikal atau
menggunakan pengangkutan awam.
3. Arahkan murid untuk memerhatikan persekitaran
sekolah tersebut. Contoh:
Bagaimanakah keadaan trafik di persekitaran sekolah?
Apakah kemudahan yang disediakan untuk pejalan
kaki dan penunggang basikal?
Adakah tempat melintas yang selamat di persekitaran
sekolah tersebut?
Di manakah hentian bas? Adakah tempat melintas
yang selamat disediakan di kawasan itu?
Adakah terdapat warden lalu lintas di sekolah tersebut
untuk membantu murid melintas?
4. Murid mengenal pasti perbezaan persekitaran jalan raya
antara sekolah rendah dengan sekolah menengah
daripada aspek keselamatan jalan raya. Contohnya,
kawasan mengambil dan menurunkan penumpang.
Apakah kesannya terhadap keselamatan mereka?
Bolehkah mereka melakukan perjalanan ini tanpa
bantuan orang dewasa?

44

Tahun 6
Catatan/Media/BBM

Aktiviti Sampingan
Tajuk
Aktiviti
3

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Tahun 6
Catatan/Media/BBM

Lawatan ke Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR)


1. Mengatur lawatan ke pejabat JKJR negeri.
2. Sebelum lawatan:
Murid mencari lokasi pejabat JKJR berpandukan peta
yang terdapat dalam laman web JKJR atau
jabatan-jabatan yang lain.
Murid mengenal pasti laluan perjalanan yang paling
selamat dan menyediakan pelan perjalanan ke
destinasi tersebut.
3. Semasa lawatan, murid mengenal pasti:
Maksud program kesedaran.
Jenis-jenis program kesedaran yang dikendalikan oleh
JKJR negeri.
Tujuan dan cara JKJR mengendalikan program
kesedaran kepada masyarakat.
Kesan program kesedaran ini.
4. Selepas lawatan:
Murid memilih salah satu program kesedaran dan
menulis laporan mengenai tujuan, cara dan
keberkesanannya.

45

Aktiviti Sampingan
Tajuk
Aktiviti
4

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Ceramah Keselamatan Jalan Raya
1. Jemput penceramah daripada organisasi berkaitan
keselamatan jalan raya seperti di bawah untuk
mengadakan ceramah keselamatan jalan raya kepada
murid-murid, guru, ibu bapa atau komuniti setempat.
1. Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR)
2. Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya
(MIROS)
3. Universiti Putra Malaysia (UPM)
4. Innovate Solutions Systems
5. Toyota
6. Proton
7. Shell
8. Petrosains
2. Dapatkan kebenaran daripada guru besar untuk
menjemput penceramah daripada organisasi di atas dan
pastikan semua prosedur diikuti.
3. Membentuk jawatankuasa dan membahagikan tugasan
untuk memastikan ceramah berjalan dengan lancar.
4. Sedia dan agihkan risalah kepada murid-murid atau ibu
bapa.
5. Dapatkan maklum balas selepas ceramah sama ada
berjalan lancar atau terdapat perkara-perkara lain yang
boleh dibaiki untuk ceramah yang akan datang.

46

Tahun 6
Catatan/Media/BBM

Aktiviti Sampingan
Tajuk
Aktiviti
5

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Tahun 6
Catatan/Media/BBM

Lagu Keselamatan Jalan Raya


1. Perkenalkan satu contoh lagu keselamatan jalan raya
kepada murid-murid.

Lagu Keselamatan Jalan


Raya

2. Murid menggubah lagu untuk sekolah atau kelab


keselamatan jalan raya mereka.
3. Murid boleh menyanyikan lagu tersebut semasa
perhimpunan atau acara-acara sekolah yang lain.

47

Aktiviti Sampingan

Tahun 6

Lagu Keselamatan Jalan Raya


Dendang Jalan Raya
(Tahap 1)

Kalau berjalan di tempat sunyi


Jalan yang jarang ada kenderaan
Boleh dengar angin bertiup
Burung berkicau, oh indahnya
Berjalan pula di tempat sibuk
Jalan yang penuh kenderaan
Boleh dengar bunyi kereta
Dan juga bunyi motosikal
Oleh itu jika nak berjalan
Guna mata dan juga telinga
Dengar dan lihat kiri kanan
Selalu waspada itulah caranya
Irama lagu: Ikan Kekek

48

Aktiviti Sampingan

Tahun 6

Lagu Keselamatan Jalan Raya


Seloka Jalan Raya
(Tahap 2)

Pergi ke pekan bersama Cik Kiah,


Jangan lupa membawa raga;
Selalu kita berpakaian cerah,
Nampak segak keselamatan terjaga.
Anak ayam baru menetas,
Mari dijual di pekan Meru;
Jangan cemas tika melintas,
Dengar dan patuh arahan guru.
Ikan percik si ikan panggang,
Ada dijual di gerai Mamat;
Tangan adik mesti dipegang,
Baru melintas dengan selamat.
Pak Lan pergi mengail udang,
Mengail udang di tepi paya;
Kalau kita patuhi undang-undang,
Pasti selamat di jalan raya.
Irama lagu: Trek Tek Tek

49

Aktiviti Sampingan
Tajuk
Aktiviti
6

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Kesan Memandu dengan Laju
1. Murid menghasilkan puisi untuk menerangkan bahaya
memandu dengan laju dan akibat perbuatan tersebut.
Contoh:
Basikal Ali merah dan baharu,
Hati berkata kukayuh laju,
Ali bertindak dengan melulu,
Terus mengayuh terburu-buru.
Dikayuh laju bagai berlumba,
Takut dirinya terlambat tiba,
Hilang keseimbangan seperti diduga,
Ali terjatuh badannya luka.
Cikgu Yee datang menjenguk,
Kasihan Ali lukanya teruk,
Basikal baru sudahlah remuk,
Kini menjadi basikal buruk.

50

Tahun 6
Catatan/Media/BBM

Aktiviti Sampingan
Tajuk
Aktiviti
7

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Tahun 6
Catatan/Media/BBM

Pulang ke Rumah dengan Selamat


1. Lima minit sebelum waktu persekolahan tamat,
guru memberikan beberapa peringatan keselamatan
jalan raya.
Contoh:
Anda mesti dengar dan patuhi arahan warden lalu
lintas.
Jangan lupa beratur sebelum menaiki bas.
Jangan bermain di tepi jalan.
Anda mesti sentiasa mengamalkan lima langkah
melintas.
Anda akan lebih selamat sekiranya memakai topi
keledar semasa berbasikal.

51

Tahun 6

Aktiviti Sampingan
Tajuk
Aktiviti
8

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Kalendar Keselamatan Jalan Raya
1. Murid menghasilkan kalendar keselamatan jalan raya.
Mereka merancang aktiviti dan mencipta pesanan
keselamatan jalan raya berdasarkan peraturan dan
undang-undang yang telah dipelajari dari Tahun 1 hingga
Tahun 5 untuk setiap bulan.
Contoh:
Bulan

Aktiviti

Pesanan

Januari

Lukis poster
berkaitan dengan
kepentingan
memakai tali
pinggang keledar.

Pakai tali
pinggang keledar
depan dan
belakang untuk
mengelakkan
anda daripada
tercampak keluar
apabila berlakunya
nahas jalan raya.

15 22 29

16 23 30

10 17 24 31

11 18 25

12 19 26

13 20 27

14 21 28

Februari

Mac

52

Catatan/Media/BBM

Aktiviti Sampingan
Tajuk
Aktiviti
9

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Tahun 6
Catatan/Media/BBM

Lihat dan Beritahu


1. Murid mengumpulkan maklumat mengenai pengguna
jalan raya yang berisiko dengan:
Merakam video atau mengambil gambar.
Mengumpul gambar daripada surat khabar, laman
web dan majalah.
Contoh:
Pejalan kaki tidak melintas di tempat yang selamat
seperti lintasan berisyarat undan, lintasan belang dan
jejantas.
Penunggang motosikal tidak memakai topi keledar.
Pemandu menggunakan telefon bimbit semasa
memandu.
Penumpang kereta tidak memakai tali pinggang
keledar.
2. Murid membentangkan hasil dapatan dalam bentuk
persembahan multimedia semasa perhimpunan sekolah
atau aktiviti kelab keselamatan jalan raya.
3. Murid mengenal pasti kesalahan pengguna jalan raya
dan akibat daripada sikap.
4. Murid mengenal pasti peraturan dan undang-undang
jalan raya yang perlu dipatuhi.

53

Aktiviti Sampingan
Tajuk
Aktiviti
10

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Pertandingan Membuat Papan Tanda
1. Murid menghasilkan papan tanda tentang undangundang dan peraturan jalan raya dengan menggunakan
bahan-bahan kitar semula seperti botol, tin, surat khabar
dan lain-lain.
2. Pamerkan papan tanda tersebut di kawasan sekolah
untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa demi
menjamin keselamatan murid-murid sekolah.

54

Tahun 6
Catatan/Media/BBM

Aktiviti Sampingan
Tajuk
Aktiviti
11

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Tahun 6
Catatan/Media/BBM

Bersama-sama dengan Pasukan Keselamatan


Jalan Raya Sekolah
1. Murid belajar dan mengenal pasti peranan warden lalu
lintas sekolah dengan:
Memerhatikan tugas warden lalu lintas semasa
membantu murid melintas sebelum dan selepas waktu
persekolahan.
Memahami kepentingan mematuhi undang-undang
dan peraturan jalan raya yang diarahkan oleh warden
lalu lintas.
Memahami tugasan dan tanggungjawab warden lalu
lintas.
2. Murid menghasilkan risalah untuk mempromosikan
kepentingan mematuhi arahan warden lalu lintas
sekolah.
Nota:
Murid perlu memakai ves atau alat pemantul cahaya
untuk meningkatkan kebolehlihatan dan keselamatan
mereka semasa aktiviti pemerhatian.

55

Aktiviti Sampingan
Tajuk
Aktiviti
12

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Polis Trafik: Tugas dan Peranan
1. Murid memahami peranan dan tugas polis trafik melalui:
Ceramah - menjemput polis trafik untuk memberikan
ceramah. (Membimbing murid untuk menghasilkan
soalan-soalan yang ingin ditanya sebelum ceramah
tersebut.)
Menulis esei atau rumusan tentang peranan polis
trafik.
Membuat simulasi tentang tugas polis trafik.

56

Tahun 6
Catatan/Media/BBM

Aktiviti Sampingan
Tajuk
Aktiviti
13

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Tahun 6
Catatan/Media/BBM

Jadi Seorang Mentor


1. Galakkan murid tahun 5 dan 6 untuk menganjurkan
aktiviti keselamatan jalan raya kepada murid yang lebih
muda (tahun 1-4).
Contoh:
Bimbing adik anda menjadi pejalan kaki yang lebih
selamat.
Berkongsi tip keselamatan.
Menjadi pengguna pengangkutan awam yang
bertanggungjawab dan bersopan.
Menulis cerita mengenai keselamatan jalan raya dan
bacakan cerita kepada murid-murid di tahap yang
lebih rendah.

57

Aktiviti Sampingan
Tajuk
Aktiviti
14

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Bengkel Keselamatan Berbasikal
1. Menganjurkan bengkel keselamatan berbasikal
di sekolah dengan menjemput agensi kerajaaan atau
swasta untuk memberikan penerangan mengenai:
Kepentingan undang-undang dan peraturan jalan
raya.
Kepentingan mematuhi papan tanda jalan dan lampu
isyarat.
Penggunaan peralatan keselamatan seperti topi
keledar, pad lutut atau siku.
Penyelenggaraan basikal.
Cara dan teknik menunggang basikal yang betul.
Isyarat tangan dengan rujukan gambar dan
mengaplikasikan undang-undang antarabangsa
sebagai panduan.

58

Tahun 6
Catatan/Media/BBM

Disediakan oleh

Kementerian Pengangkutan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia

Anda mungkin juga menyukai