Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN KAWAD KECEMASAN

SJK (T) ST JOSEPH


Satu kawad kecemasan telah dijalankan pada 8 Oktober 2014 bagi memberi
latihan kepada murid murid sekolah mengenai tindakan yang harus diambil semasa
kecemasan. Loceng kecemasan yang panjang sebanyak 3 kali telah dibunyikan pada 11
pagi. Seramai 2 orang guru ditugaskan untuk memeriksa keadaan kelas selepas loceng
dibunyikan.
Melalui pemerhatian, didapati semua murid sedar mengenai loceng kecemasan.
Murid murid telah keluar dari kelas mengikut pintu yang ditetapkan dalam keadaan
lebih teratur. Para guru, pekerja sekolah dan penguasa kantin juga turut berkumpul di
padang setelah mendengar bunyi loceng kecemasan. Para guru juga menyedari prosedur
kecemasan seperti membawa rekod kedatangan dan menyemak kehadiran muird.
Murid telah diberi penerangan ringkas mengenai tatatertib keluar dari kelas
semasa kecemasan dan larangan-larangan semasa kecemasan seperti tidak membuat
bising atau menolak kawan. Murid-murid juga diingatkan supaya tidak menyentuh suis
lampu dan kipas manakala guru-guru diingatkan supaya memastikan semua suis elektrik
ditutup sebelum api merebak dengan marak. Pihak bomba juga turut memberi penjelasan
terperinci dengan melakukan aktiviti memadamkan api dengan menggunakan dua jenis
alat pemadam api. Murid-murid juga turut didedahkan tentang cara pengendalian alat
pemadam api oleh pihak bomba. Kawad kecemasan ini berakhir pada pukul 11.30pagi dan
murid-murid telah masuk ke kelas selepas program ini.
Dalam program ini ditekankan nilai bertimbang rasa , berdisiplin, sayang akan
nyawa dan bekerjasama. Setiap murid harus memastikan kawan bersama mereka.
Sekiranya ada kawan yang ke tandas atau tiada di tempat harus dimaklumkan kepada
guru.Program Kawad Kecemasan telah berjaya memberi input kepada murid. Guru-guru
telah memberi kerjasama yang menggalakkan.
Laporan disediakan oleh ,

Laporan disemak oleh,

Laporan disahkan oleh,

( Pn M.Kogilavani )

( Pn P.Navaretnam)

( Pn B.Valarmathi)

Penyelaras 3K

PK HEM

Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai