Anda di halaman 1dari 3

UNDANG-UNDANG BADMINTON

(mulai 2012)
DEFINASI
Pemain

Setiap orang yang bermain badminton dalam sesuatu perlawanan.

Perlawanan

Sesuatu pertandingan badminton di antara dua belah pihak yang


mengandungi satu atau d ua pemain sepihak.

Perseorangan

Sesuatu perlawanan yang mengandungi seorang pemain sepihak.

Beregu

Sesuatu perlawanan yang mengandungi dua orang pemain sepihak.

Pihak pembuat servis Pihak yang semasa itu diberi hak membuat servis.
Pihak penerima servis Pihak yang menentang pihak pembuat servis.
Rally

Satu urutan atau lebih pukulan bermula dari servis sehingga bulu tangkis
tidak lagi dalam permainan.

Stroke

Pergerakan ke hadapan raket pemain.

1. GELANGGANG DAN PERALATAN


1.1 Gelanggang hendaklah berbentuk segiempat tepat sepertimana ditunjukkan dalam Rajah "A",
dengan garis-garis yang berukuran 40 mm lebarnya.
1.2 Garis-garis hendaklah yang mudah dibezakan dan seelok-eloknya berwarna putih atau kuning.
1.3 Semua garisan menjadi sebahagian kawasan yang ia menjadi sempadan.
1.4 Tiang-tiang hendaklah tingginya 1.55 meter dari permukaan gelanggang, dan hendaklah kekal
menegak supaya memelihara ketegangan jaring seperti yang terdapat dalam Undang-undang
1.10.
1.5 Tiang-tiang itu hendaklah diletakkan di garis sempadan tepi untuk beregu, sepertimana
ditunjukkan dalam Rajah A, tidak kira sama ada permainan perseorangan atau beregu yang
dimainkan.
1.6 Jaring hendaklah diperbuat daripada tali halus yang berwarna gelap dan sama tebal dengan
siratnya tidak kurang dari 15mm dan tidak melebihi 20 mm.
1.7 Labuhnya jaring hendaklah berukuran 760 mm, dan lebarnya sekurang-kurangnya 6.1 meter
1.8 Di bahagian atas jaring hendaklah diberi berpinggir dengan pita putih 75 mm. dan dibantu dengan
tali atau kabel melalui pita itu. Pita ini mestilah bersandar atas tali atau kabel tersebut
1.9 Tali atau kabel hendaklah direntang dengan tegang sejajar dengan puncak kedua-dua tiang.
1.10. Bahagian atas sekali jaring hendaklah tingginya 1.524 meter dari lantai iaitu di bahagian
tengahnya dan 1.55 meter di bahagian garis-garis sempadan tepi untuk beregu.
1.11 Tidak terdapat renggangan di antara setiap jaring dan tiang. Jika perlu, keseluruhan hujung
jaring hendaklah diikat kepada tiang.

Rajah B

Rajah
Rajah
C A

Anda mungkin juga menyukai