Anda di halaman 1dari 3

Refleksi

Nama: Muhammad Noh Bin Ujang


K/P : 670122055097
Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah
diberikan ruang dan peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini.
Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini ialah Penyelidikan Tindakan 1 BMM3133.
Sepanjang menjalankan tugasan

kerja kursus ini, pelbagai cabaran

dan

halangan telah saya hadapi. Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan
utama yang berlegar-legar dan muncul di kotak minda saya ialah mampukah
saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini memandangkan pada masa yang sama
terdapat beberapa tugasan kerja kursus yang lain yang perlu disiapkan dalam
tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji
daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau bagaimanapun,
saya tetap tidak mengambil mudah memberi alasan dan helah untuk tidak
menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan.
Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini
mengikut arahan yang telah diberikan. Hal ini kerana, saya memikirkan bahawa
soalan tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar memandangkan tajuk-tajuk
yang dibincangkan bukanlah tajuk yang masih baru dan asing bagi kami. Bagi
mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya telah
mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan dan
pensyarah pembimbing setiap kali interaksi. Perbincangan dan kolaborasi ini
sesungguhnya sangat membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna
kerana saya berpeluang untuk bertanya kepada rakan-rakan dan pensyarah
tentang cara-cara melaksanakan tugasan selain mendapatkan hasil yang sangat
memuaskan. Kolaborasi-kolaborasi tersebut antara lain ialah pemilihan bahan
yang tepat dan baik, perkongsian idea, pengetahuan dan kemahiran dan
pertukaran bahan-bahan dengan rakan. Kolaborasi seumpama ini telah banyak
membantu saya menyiapkan tugasan dengan baik.
Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mengambil
beberapa perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk
menempuhi cabaran pendidikan yang mendatang. Melalui pelaksanaan tugasan
dan amali-amali dalam subjek ini, saya mempelajari bahawa seseorang guru
haruslah

menguasai

dan

mempunyai

kemahiran

yang

tinggi

terhadap

penggunaan komputer. Hal ini kerana, secara keseluruhannya amali dan tugasan
yang perlu dilaksanakan menggunakan komputer selaras dengan tajuk kursus ini.
Oleh itu, sebagai pendidik guru mestilah melengkapkan diri dengan kemahiran
menggunakan komputer dengan baik. Jika seseorang guru boleh menyediakan

kemahiran asas ini, kemahiran-kemahiran yang berikutnya sudah pasti dapat


dilaksanakan dengan lebih mudah lagi. Selain itu, saya juga telah mempelajari
bahawa seseorang guru haruslah bijak dan kreatif dalam memilih, menggunakan
dan menghasilkan bahan untuk sesebuah aktiviti pembelajaran. Kreativiti
seseorang guru dalam perkara ini sangat penting dalam membantu guru
menyediakan satu aktiviti dan tajuk pembelajaran yang dapat dilaksanakan
dengan berkesan. Ciri asas sesebuah bahan yang ingin digunakan mestilah
menarik kepada murid-murid.
Namun begitu, bahan yang menarik sahaja tidak cukup untuk memastikan
sesebuah aktiviti pembelajaran itu dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Sebaliknya, sesebuah bahan tersebut haruslah benar-benar dapat membantu
keberkesanan sesebuah aktiviti pembelajaran tersebut. Justeru itu, kreativiti idea
seseorang guru sangat diperlukan dan dituntut dalam menjayakan perkara ini.
Sebagai tambahan, seseorang guru haruslah mengutamakan ciri-ciri tempatan
dan dekat dengan persekitaran murid dalam memilih dan menggunakan bahanbahan untuk aktiviti pembelajaran. Ciri-ciri tempatan atau setempat yang
dimaksudkan di sini ialah ciri-ciri yang biasa dilihat oleh murid di persekitaran
mereka. Dalam kata lain, perkara-perkara ini adalah perkara-perkara yang sangat
dekat dan diketahui oleh murid. Mengutamakan pemilihan dan penggunaan
bahan bercirikan tempatan ini sudah pasti bertepatan dan bersesuaian kepada
murid-murid kerana mereka akan lebih mudah mengikuti dan memahami isi
pembelajaran yang disampaikan.
Penjelasan yang dapat diberikan di sini, murid akan lebih mudah menjawab
dan memberi respons kepada guru apabila diajukan soalan dalam aktiviti
pembelajaran. Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari
sepanjang pelaksanaan tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa
yang ada dalam melaksanakan tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila
sudah mendapat soalan tugasan daripada pensyarah, saya haruslah bertindak
lebih proaktif dengan melaksanakan tugasan ini dengan seberapa langsung. Hal
ini kerana, jika saya dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, saya akan
dapat mengelakkan untuk melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi
memastikan tugasan yang saya hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan
menepati standard atau piawai yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama
juga, saya akan dapat menguruskan masa dengan baik dan berkesan seterusnya
mengelakkan budaya kurang sihat seperti tidur lambat hanya semata-mata untuk
menyiapkan

tugasan

ini.

Sebagai

penambahbaikan,

saya

melihat

aspek

pengurusan masa ini sebagai kelemahan saya yang paling ketara sekali.
Dalam hal ini, saya mengambil sedikit pengajaran agar lebih proaktif
apabila menerima tugasan daripada pensyarah supaya saya dapat menguruskan

masa yang saya ada dengan sebaiknya dan berkesan. Dengan yang demikian,
saya akan dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti selain menggunakan
masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat. Akhir sekali,
saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya dan
berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan. Paling
penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang
melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan
dan kemahiran sedia ada saya.

Anda mungkin juga menyukai