Anda di halaman 1dari 18

Topik

X Penulisan

Laporan
Kajian

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.

Menyatakan lapan perkara yang perlu diberi perhatian dalam


menulis laporan penyelidikan;

2.

Menyatakan muka hadapan dan tetulang pada laporan kajian;

3.

Menyusun kandungan laporan kajian hadapan dengan tertib; dan

4.

Menyusun senarai jadual dan senarai rajah mengikut tertib seperti


yang dikehendaki.

PENGENALAN

Menulis mungkin satu perkara yang mudah. Namun, untuk memastikan apa
yang kita tulis dapat disampaikan dengan berkesan bukan satu perkara yang
mudah. Menulis sama juga seperti mengajar, di mana kita perlu
mempersembahkan dan mencanai idea dengan jelas agar mudah dapat difahami.
Berbagai ilmu pedagogi perlu digarap bagi menjadikan tulisan kita difahami
serta idea kita dapat disampaikan kepada pembaca.
Terdapat berbagai gaya penulisan. Ianya bergantung kepada bahan apa yang
kita hendak tulis. Contohnya, tulisan berbentuk cerpen, novel dan bahan-bahan
hiburan ringan tidak mementingkan rujukan, namun lebih tertumpu kepada
kreativiti dan daya imaginasi seseorang penulis. Tulisan-tulisan ilmiah seperti
buku-buku akademik, tesis, jurnal dan lain-lain lagi memerlukan rujukan dan
fakta yang jelas bagi menyokong tulisan dan idea penulis. Oleh itu, kita perlu
memilih bentuk bahan yang hendak kita tulis. Kesemua ini akan dapat
membantu kita menulis dengan lebih berkesan dan bermutu. Dalam topik ini,
anda akan dipandukan tentang cara membuat penulisan bagi kajian ilmiah.

TOPIK 8

PENULISAN LAPORAN KAJIAN

125

AKTIVITI 8.1
Menjadi penulis adalah kerjaya yang boleh mendatangkan
keuntungan. Sekiranya anda diberi peluang menulis, apakah
bentuk penulisan yang anda ingin lakukan? Bincangkan bersama
rakan-rakan untuk mendapatkan pandangan yang menyeluruh.

8.1

GAYA PENULISAN LAPORAN

Gaya penulisan amat penting bagi memastikan pengguna akan terus kekal
membaca tulisan anda atau meletaknya ke tepi. Dalam penulisan ilmiah,
terdapat lapan perkara yang harus kita tekankan. Kelapan-lapan perkara
tersebut ialah seperti dalam Jadual 8.1 berikut.
Jadual 8.1: Lapan perkara yang harus kita tekankan dalam penulisan ilmiah
PERKARA PENTING DALAM GAYA PENULISAN ILMIAH
(a) Struktur ayat
Elakkan menggunakan struktur ayat yang kompleks dan panjang. Struktur ayat yang sebegini agak
sukar difahami dalam gaya penulisan laporan. Bentukkan struktur ayat ringkas, mudah dengan
menggunakan subjek-verba-objek.
(b) Kata kerja hidup
Secara amnya, kata kerja aktif atau hidup dapat membangkitkan keinginan pelajar untuk belajar.
Oleh itu, cuba kurangkan penggunaan ayat pasif dalam penulisan laporan kajian. Sebagai
contohnya, Muzik retro menjadi kegemaran banyak orang dewasa ditukarkan kepada Banyak
orang dewasa menggemari muzik retro.
(c)

Bahasa yang piawai


Penggunaan bahasa pasar memberi gambaran yang tidak baik kepada penulis kecuali dalam
menulis cerita fiksyen. Bahasa yang ada unsur lucah dan bahasa kurang manis tidak dapat diterima
sama sekali dalam penulisan kertas laporan.

(d) Kurangkan ayat yang berklausa adjektif, adverba atau frasa


Dalam menulis laporan kajian, cuba elakkan daripada menggunakan terlalu banyak ayat yang
mengandungi klausa adjektif, adverba atau frasa. Sebagai contoh, ayat pendek seperti in the
morning, we went...... diikuti dengan koma boleh diterima.
(e) Ambil perhatian panjang dan pendeknya perenggan
Setiap perenggan mestilah mempunyai ayat topik dan ayat-ayat lain yang menerangkan atau
membangunkan satu subtopik. Perenggan yang dibina jangan melebihi satu muka surat. Pengkaji
perlu membuat pengubahsuaian perenggan yang terlalu panjang dan gugurkan teks yang tidak
diperlukan atau kurang kuat untuk menyokong idea. Perenggan yang terdiri daripada satu ayat
juga dilihat tidak kuat untuk mempersembahkan idea. Adalah baik sekiranya satu muka surat
mempunyai dua hingga tiga perenggan.
(f)

Gunakan transisi antara perenggan


Untuk menjadikan permulaan perenggan yang akan dapat melicinkan proses pembacaan, lebih
menarik dan memberi semangat, perkataan transisi perlu digunakan. Perkataan transisi boleh
membantu pembaca bergerak dari satu tahap pemikiran ke satu tahap pemikiran yang lain.

126

TOPIK 8

PENULISAN LAPORAN KAJIAN

AKTIVITI 8.2
Bincangkan dengan mendalam mengenai gaya penulisan bagi sesuatu
laporan kajian akademik. Berikan juga contoh-contoh yang bersesuaian
dengan perbincangan anda.

8.2

FORMAT DAN KANDUNGAN LAPORAN

Penulisan laporan penyelidikan adalah sangat penting bagi memastikan idea


yang hendak disampaikan dalam penyelidikan dapat dilaporkan dengan
tersusun dan teratur. Laporan penyelidikan merupakan laporan akhir atau
laporan penuh bagi sesuatu penyelidikan. Di Open University Malaysia (OUM),
menyediakan laporan penyelidikan diperlukan untuk memenuhi syarat kursus
pengajian. Penulisan laporan ini perlu dilakukan berdasarkan format yang
ditetapkan oleh pihak universiti.

8.2.1

Format

Format terdiri daripada perkara-perkara berikut:


(a)

Kertas
Kertas yang digunakan perlu bercirikan berikut:
(i)

Saiz : A4 (210mm x 297mm)

(ii)

Jenis : Salinan pertama hendaklah menggunakan kertas jenis simili


dengan berat sekurang-kurangnya 70gm. Bagi salinan berikutnya,
kertas fotostat atau offset yang baik mutunya sahaja dibenarkan.

(iii) Warna : Kertas berwarna putih saja yang dibenarkan.


(b)

Jenis Huruf
Pengkaji hendaklah menggunakan huruf Times New Roman atau Arial
pada keseluruhan tesis atau laporan kajian (kecuali bahagian yang
melibatkan bahasa asing). Saiz huruf 12 poin.
Selang baris satu setengah langkau bagi teks am manuskrip, satu langkau
dibenarkan untuk:
(i)

Penghargaan;

(ii)

Abstrak;

(iii) Senarai Kandungan;


(iv) Senarai Jadual;

TOPIK 8

(v)

PENULISAN LAPORAN KAJIAN

127

Catatan Bawah; dan

(vi) Rujukan.
Perenggan yang pertama bagi setiap tajuk hendaklah dimulakan santak ke
kiri. Engsotkan bagi memulakan perenggan seterusnya pada ketukan ke
enam atau 12.5mm dari jidar kiri.
(c)

Ukuran Muka Surat


(i)

Jidar atas : 2sm

(ii)

Jidar bawah : 2sm

(iii) Jidar kiri : 4sm


(iv) Jidar kanan : 2sm
Lihat Rajah 8.1 bagi ukuran muka surat.
Perhatian:

Semua permulaan tajuk bab kecuali rujukan dan lampiran hendaklah


ditaip 50mm dari birai atas. Sila lihat Rajah 8.2

Perenggan terakhir dalam sesuatu halaman hendaklah mengandungi


sekurang-kurangnya dua baris teks bertaip. Jika tidak, pindahkan teks
tersebut ke halaman berikutnya sebagai perenggan baru.

Sesuatu halaman baru hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya


dua baris teks.

Rajah 8.1: Format ukuran muka surat

128

TOPIK 8

PENULISAN LAPORAN KAJIAN

Rajah 8.2: Halaman baru

(d)

Menomborkan Halaman
(i)

Letak
Letaknya nombor halaman di sudut bawah kanan, 15mm dari birai
bawah dan 25mm dari birai kanan. Gunakan huruf yang sama dengan
huruf teks.

(ii)

Jenis nombor
Halaman permulaan (bermula dari halaman judul) hendaklah
dinomborkan dengan angka kecil roman secara berturut-turut seperti
i,ii,iii,
Nombor halaman teks hendaklah menggunakan angka numerik iaitu
1,2,3,

TOPIK 8

PENULISAN LAPORAN KAJIAN

129

(iii) Peringatan
Halaman permulaan dianggap sebagai halaman (i), tapi tidak ditulis
sebagai nombor halaman.
Halaman pertama teks dianggap sebagai (1), tapi tidak ditaip sebagai (1).
Begitu juga bahagian permulaan setiap bab tidak ditulis nombor
halamannya, tetapi mengambil kira ketika menombor ke belakangnya.
(e)

Keterangan Pada Kulit


(i)

Di hadapan
Maklumat yang hendak ditaip hendaklah ditaip dengan huruf besar
berwarna emas berukuran 18 poin dengan menggunakan huruf
Arial atau Times New Roman dan mengikut susunan seperti
berikut:

Tajuk Kajian
Disusun dalam bentuk piramid terbalik 50mm daripada birai atas.
Nama Penuh Penulis
Hendaklah ditaipkan mengikut nama yang sama seperti dalam kad
pengenalan pengkaji.
Nama Fakulti dan Nama Universiti
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
OPEN UNIVERSITIY MALAYSIA
Tahun
(Tahun 50mm dari birai bawah)
Sila lihat contoh pada Rajah 8.3.

130

TOPIK 8

PENULISAN LAPORAN KAJIAN

Rajah 8.3 : Keterangan pada muka hadapan laporan penyelidikan

TOPIK 8

(f)

PENULISAN LAPORAN KAJIAN

131

Keterangan Pada Tulang Belakang


Maklumat hendaklah ditaip dengan huruf berwarna 18 poin menggunakan
huruf Times New Roman atau Arial mengikut susunan seperti berikut:
OUM
Nama Penulis (nama penulis mengikut nombor kad pengenalan)
Ijazah
Tahun
Lihat contoh pada Rajah 8.4.

Rajah 8.4 : Keterangan pada tulang belakang laporan penyelidikan

(g)

Judul Pada Muka Surat Pertama


Maklumat yang terkandung pada judul muka surat hendaklah ditaip
dengan huruf besar berukuran 18 poin dan mengikut susunan berikut:
Tajuk Kajian
Disusun dalam bentuk piramid terbalik 50mm dari birai atas.
Nama Penuh Penulis
Hendaklah ditaipkan mengikut nama dalam kad pengenalan.
Nama Fakulti dan Nama Universiti
Fakulti Pendidikan dan Bahasa
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
Tahun
(Tahun 35mm dari birai bawah)
Lihat contoh pada Rajah 8.5.

132

TOPIK 8

PENULISAN LAPORAN KAJIAN

Rajah 8.5: Komponen dan letak perkara dalam judul bagi laporan penyelidikan

(h)

Tajuk
Perkara yang utama yang akan dilihat dan diteliti dari awal oleh pembaca
ialah tajuk kajian. Setiap laporan penyelidikan sudah pasti perlu
mempunyai tajuk. Identiti sesuatu laporan penyelidikan dapat
digambarkan melalui tajuk kajian. Tajuk yang baik perlu merupakan satu
penyataan pendek, mudah difahami dan kurang daripada lima belas patah
perkataan. Dalam membentuk tajuk yang baik, pengkaji seharusnya dapat
menggunakan istilah yang betul bagi membayangkan isi kandungan
laporan kajian dengan jitu.

TOPIK 8

PENULISAN LAPORAN KAJIAN

133

Ringkasnya, untuk membentuk tajuk penyelidikan yang baik, penulis


seharusnya berupaya untuk menyusun satu rangkaian perkataan yang
boleh menarik perhatian pembaca dan menggambarkan kajian yang telah
dilakukan. Antara contoh tajuk kajian ialah Keberkesanan Kaedah
Nyanyian dalam Meningkatkan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Inggeris di Pra Sekolah.

SEMAK KENDIRI 8.1


Format laporan kajian amat penting dalam menentukan kredibiliti anda
sebagai pengkaji dan juga imej universiti. Bincangkan.
Sebagai penyelidik, anda perlu memikirkan tentang tajuk kajian yang
baik. Apakah faktor-faktor yang perlu anda fikirkan dalam membina
tajuk kajian yang baik? Bincangkan.

8.2.2

Tertib

Susunan bagi kandungan kajian penyelidikan hendaklah disusun mengikut


tertib seperti berikut (lihat Rajah 8.6):
KANDUNGAN
PENGAKUAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
KANDUNGAN
SENARAI LAMPIRAN
SENARAI RAJAH
SENARAI JADUAL
Rajah 8.6 : Keterangan pada Tulang Belakang

(a)

Pengakuan
Pengakuan ialah satu penyataan bertulis bahawa laporan penyelidikan,
tesis atau disertasi dan hasil kerja yang ditulis adalah karya asli pengkaji.
Pengakuan hendaklah ditulis dalam halaman baru selepas halaman jadual.
Adalah menjadi kewajipan calon untuk menandatangani pengakuan. Rajah
8.7 merupakan satu contoh borang pengakuan yang perlu diisi oleh
pengkaji yang melakukan Kajian Berasas Sekolah Open Universitiy
Malaysia.

134

TOPIK 8

PENULISAN LAPORAN KAJIAN

Contoh pengakuan adalah seperti dalam Rajah 8.7 berikut.


APPENDIX 2
DECLARATION FORM
I hereby declare that all our assignment coursework for Kajian Berasaskan Sekolah
(HBEF4303) is an original piece of work prepared by myself in my own words and
I did not copy or plagiarise any part of the paper that I have submitted.
I hereby acknowledge, that we :
Please
check
(i)

(ii)
(iii)
(iv)

have acknowledged all work and ideas in my


assignment taken from printed and electronically
published resources;
did not copy from any other resources or another
student.
did not allow another student to copy my assignment
and
have faithfully represented the views of authors cited in
my paper

Therefore, I Norliza Md Sari understand that if any of the above is found to be


untrue, Open University Malaysia has the full right to take any disciplinary action
that the University deems fit as denoted under the latest Student Handbook or
"Buku Panduan Pelajar Terkini".
..
(Signature)

Name

: Norliza Md Sari

Matric No: 800802045326001


Date

: 13.11.08

Rajah 8.7: Contoh borang pengakuan

TOPIK 8

PENULISAN LAPORAN KAJIAN

135

(b)

Penghargaan
Penghargaan ialah dedikasi penulis terhadap mereka yang memberi
sumbangan dalam penyelidikan dan tesis mereka. Penghargaan sebaiknya
tidak melebihi daripada satu muka surat.

(c)

Abstrak
Abstrak merupakan perkara pertama bagi pembaca menilai kesignifikan
kajian, sama ada hendak meneruskan pembacaan atau tidak. Abstrak
merupakan satu rumusan yang menyeluruh tentang isi laporan
penyelidikan. Abstrak yang ditulis seharusnya tidak mengubah maksud,
keputusan dan maklumat dalam kajian. Harus diingat bahawa abstrak
merupakan satu laporan sahaja.
Dengan kata lain, penulisan abstrak mestilah bersifat penjelasan maklumat
dan tidak bersifat penulisan kritikal. Oleh itu, elakkan daripada membuat
penilaian, penambahan komen selain daripada yang terkandung dalam
manuskrip kajian.
Dalam menulis abstrak, gunakan bahasa yang mudah difahami. Abstrak
tidak boleh melebihi 200 perkataan. Abstrak seharusnya mengandungi
golongan sasaran, ringkasan reka bentuk kajian yang dilaksanakan,
dapatan kajian yang berkaitan dengan hipotesis kajian, penyataan masalah
serta persoalan kajian.
Contoh Abstrak dalam Rajah 8.8.

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membina perisian multimedia bertajuk Pembangunan dan
Penilaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi
Kursus Sekolah Bestari. Kumpulan sasaran yang menggunakan perisian ini ialah pensyarah
dan peserta Kursus Dalam Perkhidmatan 12 Minggu Sekolah Bestari. Isi kandungan perisian
multimedia ini dibina berdasarkan kurikulum kursus yang telah ditetapkan oleh Bahagian
Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perisian ini dibina menggunakan
Macromedia Authorware 6.5 dan beberapa perisian sokongan iaitu Pinnacle 8.3, Adobe
Photoshop 6.0, Microsoft Word 2000, 3D Studio Max3 dan Flash 5.0. Perisian ini dibina
mengikut model reka bentuk pengajaran Hanaffin dan Peck (1988) dengan tutorial digunakan
sebagai pendekatan pedagogi. Penilaian formatif dan sumatif telah dijalankan bagi
memastikan perisian ini bermutu dan berkesan. Dapatan kajian menunjukkan perisian ini
memenuhi kehendak kurikulum kursus, mengaplikasikan teori pembelajaran tingkah laku dan
kognitif, mengaplikasikan strategi pembelajaran anjal dan aktif serta menggarap lima elemen
multimedia iaitu grafik, teks, animasi, audio dan video juga bersifat mesra pengguna.
Kesimpulannya kajian ini menunjukkan perisian multimedia ini berjaya memenuhi kehendak
objektif kajian serta sebagai alat bantu mengajar.
(168 Perkataan)

Rajah 8.8 Contoh penulisan abstrak

136

(d)

TOPIK 8

PENULISAN LAPORAN KAJIAN

Kandungan
Kandungan ialah susunan topik dan subtopik yang terkandung dalam
laporan kajian. Dalam laporan kajian, setiap topik dan subtopik hendaklah
disusun mengikut hierarki nombor serta nombor muka surat.
Contoh kandungan dapat kita lihat dalam Rajah 8.9 berikut.
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
1.2

1.3

Latar Belakang

1.2.1 Kursus Dalam Perkhidmatan Sekolah Bestari


1.2.2 Peserta Kursus
1.2.3 Kurikulum
1.2.4 Kaedah Pengajaran Dan Alat Bantu Mengajar
1.2.5 Kekuatan Sistem Semasa

3
4
5
5
6

Penyataan Masalah

1.3.1

1.3.2
1.3.3
1.3.4
1.3.5
1.3.6

Kurikulum Penggunaan TMK dalam Pengajaran


dan Pembelajaran
Alat Bantu Mengajar Dan Keperluan Media
Peserta Kursus
Mesra Pengguna
Strategi Pembelajaran dan Teori Pembelajaran.
Keperluan Membina Perisian

8
10
11
11
13

1.4

Persoalan Kajian

13

1.5

Matlamat Kajian

15

1.6

Objektif Kajian

15

1.7

Batasan Kajian

16

1.8

Kepentingan Kajian

17

1.8.1.
1.8.2.

Kepentingan kepada peserta Kursus.


Kepentingan Kepada Pensyarah Terlibat

Rajah 8.9: Contoh susunan topik dan sub topik kandungan

17
17

TOPIK 8

(e)

137

PENULISAN LAPORAN KAJIAN

Senarai Lampiran
Contoh soal selidik dan lain-lain helaian yang berkaitan dengan penulisan
diletakkan dalam lampiran. Lampiran disertakan selepas penulisan, senarai
lampiran diabjadkan dan disusun mengikut muka surat. Semua lampiran
disertakan selepas penulisan rujukan.
Contoh senarai lampiran ditunjukkan dalam Rajah 8.10.
LAMPIRAN
A.

Temu bual kajian permulaan terhadap pensyarah

123

B.

Soal selidik kajian permulaan terhadap peserta


kursus.

125

C.

Soal selidik ujian formatif terhadap peserta kursus.

128

D.

Soal selidik ujian formatif terhadap pensyarah


kursus.

132

E.

Temu bual ujian formatif terhadap pensyarah kursus.

135

F.

Temu bual ujian formatif terhadap peserta kursus.

137

G.

Temu bual ujian formatif terhadap pakar (bekas


pelajar GE 6663 yang mendapat keputusan gred B+
ke atas).

149

Rajah 8.10 : Contoh senarai lampiran

(f)

Senarai Rajah
Senarai rajah ditaip selepas senarai jadual. Senarai rajah digunakan untuk
menyenaraikan semua rajah yang ada dalam penulisan pengkaji.
Kandungan senarai rajah perlu disusun berpandukan kepada bilangan
muka surat secara berturutan mengikut halaman yang terkandung.
Contohnya ialah seperti berikut:

138

TOPIK 8

PENULISAN LAPORAN KAJIAN

Contoh Senarai Rajah adalah seperti Rajah 8.11 berikut.


SENARAI RAJAH
No. Rajah

Halaman

2.1

Model Rapid Prototyping (1998)

32

2.2

Aliran Kerja Berdasarkan Model Air Terjun (1997)

33

2.3

Model Reka Bentuk Dick dan Carey (1996)

34

2.4

Model Reka Bentuk Hannafin dan Peck (1988)

35

2.5

Struktur Pedagogi Tutorial (Alessi dan Trolip 1991)

37

3.1

Struktur Pendekatan Pedagogi

58

3.2.

Reka Bentuk Struktur Organisasi Kandungan Perisian

60

3.3

Skrin Permulaan Pertama

62

3.4

Skrin Permulaan Kedua

62

3.5

Skrin Permulaan Ketiga

62

Rajah 8.11: Senarai rajah

(g)

Senarai Jadual
Senarai jadual ditaip selepas halaman kandungan dan susunan berturutan
mengikut muka surat. Senarai jadual digunakan untuk menyenaraikan
semua jadual yang ada dalam penulisan contoh seperti dalam Rajah 8.12
berikut.
Contoh senarai jadual (Rajah 8.12):
SENARAI JADUAL
No.
Jadual

Halaman

3.1

Instrumen yang digunakan dalam ujian sumatif dan formatif

50

3.2

Definisi min daripada dapatan soal selidik.

51

4.1

Penilaian Sumatif oleh peserta kursus bagi


(N=20)

item 1 hingga 2

77

4.2.

Penilaian sumatif oleh pensyarah kursus bagi item 1hingga 3


(N=15)

77

4.3

Penilaian Sumatif Oleh Peserta Kursus Bagi Item 3 Hingga 6


(N=20)

79

Rajah 8.12 : Contoh Senarai Jadual

TOPIK 8

PENULISAN LAPORAN KAJIAN

139

SEMAK KENDIRI 8.2


1.

Apabila membina abstrak, terdapat beberapa maklumat yang


perlu dinyatakan di dalamnya. Senaraikan dan bincangkan
maklumat-maklumat tersebut.

2.

Tetulang dan muka kulit depan laporan kajian perlu mengikut


format yang ditetapkan. Nyatakan bentuk tulisan tersebut dan
lukiskan format yang perlu dipatuhi.

Gaya penulisan amat penting bagi memastikan pengguna akan terus kekal
membaca tulisan anda atau meletakkannya ke tepi.

Elakkan menggunakan struktur ayat yang kompleks dan panjang, struktur


ayat yang sebegini agak sukar difahami dalam gaya penulisan laporan.

Secara amnya, kata kerja aktif atau hidup dapat membangkitkan keinginan
pelajar untuk terus belajar.

Penggunaan bahasa "pasar memberi gambaran yang tidak baik kepada


penulis kecuali dalam menulis cerita fiksyen.

Dalam menulis laporan, cuba jauhkan daripada menggunakan terlalu banyak


ayat yang mengandungi klausa adjektif, adverba atau frasa.

Setiap perenggan mestilah mempunyai ayat topik dan ayat-ayat lain yang
menerangkan atau membangunkan subtopik tersebut.

Untuk menjadikan permulaan perenggan yang akan dapat melicinkan proses


pembacaan, lebih menarik dan memberi semangat, perkataan transisi perlu
digunakan.

Penulisan laporan penyelidikan adalah penting bagi memastikan idea yang


hendak dinyatakan dalam penyelidikan dapat disampaikan dengan tersusun
dan teratur.

Laporan penyelidikan merupakan laporan akhir atau laporan penuh bagi


sesuatu penyelidikan.

140

TOPIK 8

PENULISAN LAPORAN KAJIAN

Pengkaji hendaklah menggunakan huruf Times New Roman atau Arial


pada keseluruhan tesis atau laporan kajian (kecuali bahagian yang
melibatkan bahasa asing) yang mempunyai 12 poin.

Perkara utama yang akan dilihat dan diteliti dari awal oleh pembaca ialah
tajuk kajian.

Tajuk yang baik perlu merupakan satu penyataan yang pendek dan tepat,
mudah difahami dan kurang daripada 15 patah perkataan.

Identiti sesuatu laporan penyelidikan dapat digambarkan melalui tajuk


kajian.

Pengakuan ialah satu penyataan bertulis bahawa laporan penyelidikan, tesis


atau disertasi dan hasil kerja yang ditulis adalah karya asli pengkaji.

Penghargaan ialah dedikasi penulis terhadap mereka yang memberi


sumbangan dalam penyelidikan atau tesis.

Abstrak merupakan satu rumusan yang menyeluruh tentang isi laporan


penyelidikan.

Kandungan ialah susunan topik dan subtopik yang terkandung dalam


laporan kajian.

Contoh soal selidik dan lain-lain helaian yang berkaitan dengan penulisan
diletakkan di dalam lampiran.

Kandungan senarai rajah perlu disusun berpandukan kepada bilangan muka


surat secara berturutan mengikut halaman yang terkandung.

Adjektif

Kulit Muka Depan

Adverba

Laporan Penyelidikan

Cerita Fiksyen

Senarai Jadual

Frasa

Senarai Rajah

Jidal

Tajuk Kajian

Kandungan

Tesis

Klausa

Tetulang Tepi

TOPIK 8

PENULISAN LAPORAN KAJIAN

141

Babbuem, E. (1990). Survey research methods (2nd ed.). Belmont, California:


Wadsworth Pub. Co.
Baker, T.L. (1994). Doing social research (2nd ed.). New York: McGraw-Hill, Inc.
Chua

Piaw. (2006). Kaedah dan statistik


penyelidikan). Kuala Lumpur: McGraw-Hill.
Yan

penyelidikan

(kaedah

Clarke, A., & Erickson. (2003). Teacher inquiry: Living the research in everyday
pratice. London: Routledge Falmer.
deMarrais, K. B. (2002). The inquiry and pedagogy across diverse contexts series.
New Jersey: Lawrence Eralbaum Associates, Inc.
Hammersley, M. (1993). Educational research-current issues. Liverpool: Paul
Chapman Pub.
Johnson, B., & Christensen, L. (2000). Education reasearch: Quantitative and
qualitative approaches. Boston: Ally and Becon.
Joyce, B., Weil, M., & Calhoun, E. (2000) Models of teaching (6th ed.). Boston:
Ally and Becon.
Mason, J. (2001). Researching your own practice. London: Routledege Falmer.
Mc Niff, J. (2003). You and your action research project. London: Routledege
Falmer.
Osnow, R. L., & Rosenthal, R. (1984). Understanding behavioral science-research
methods for research consumers. New York: McGraw-Hill, Inc.
Othman Mohamad. (2001). Penulisan tesis dalam bidang sains sosial terapan.
Serdang: Penerbitan Universiti Putera Malaysia.
Rashidi Azizan & Abd Razak Habib. (1995) Pengajaran dalam bilik darjah:
Kaedah dan strategi. Kajang: Masa Enterprise.
Walker, R. (1985). Doing research-handbook for teachers. London: Routledge.

Anda mungkin juga menyukai