Anda di halaman 1dari 2

Contoh 16 ayat nilai murni

BAHASA MALAYSIA TAHAP 2


BAHAGIAN C
Contoh ayat
1.
Kita hendaklah menjaga kebersihan ( diri / rumah / kawasan persekitaran / alam
sekitar ) untuk mencegah diri daripada penyakit.
2.
Kita mestilah bersabar atas segala ( dugaan / masalah ) yang menimpa diri kita kerana
sabar itu sebahagian daripada iman.
3.
Kita hendaklah menghormati ( ibu bapa / guru / rakan / orang yang lebih tua daripada
kita ) agar kita disayangi.
4.

Kita haruslah baik hati ( terhadap orang lain / haiwan ) kerana itu adalah sifat yang baik.

5.
Kita perlulah ikhlas ( dalam memberikan pertolongan / bantuan / membuat sesuatu
kerja ) dan tidak mengharapkan balasan.
6.
Kita sepatutnya bertanggungjawab ( atas segala perbuatan yang kita lakukan / jika
melakukan kesalahan ) agar kita menjadi orang yang berguna.
7.
Kita sewajarnya memberi kasih sayang kepada ( ahli keluarga / rakan / guru ) untuk
mengeratkan hubungan.
8.
Kita mestilah menghargai masa dengan melakukan perkara-perkara berfaedah kerana
masa itu emas.
9.

Kita hendaklah menjaga disiplin agar hidup kita terurus.

10.

Kita sepatutnya rajin menuntut ilmu untuk ( mencapai cita-cita / berjaya dalam hidup ).

11.
Kita perlulah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara agar dapat ( meringankan
beban / menyiapkan kerja dengan cepat ).
12.

Kita haruslah berdikari untuk ( meringankan beban ibu bapa / membuat sesuatu kerja. )

13.
Kita hendaklah menjaga keselamatan diri agar tidak ditimpa ( kemalangan /
kecelakaan )
14.
Kita sepatutnya menghargai jasa ( ibu bapa / guru / orang yang membantu kita ) dengan
mengucapkan terima kasih.
15.
Kita perlulah tolong-menolong antara satu sama lain untuk ( mengeratkan hubungan /
mewujudkan hubungan harmoni )
16.

Kita mestilah berhemah tinggi dalam melakukan sesuatu kerja agar kita disenangi.

Posted by MOHD SHAHARUDDIN BIN YUSOFF D

Anda mungkin juga menyukai