Anda di halaman 1dari 7

Solat Sunat Hajat

Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika
berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongan
daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini
agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengan
keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta.
Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada
seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia
bersolat dua rakaat. (Riwayat At-Tarmizi)
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda bahawa Rasulullah SAW
bersabda: Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua rakaat
dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat
ataupun lambat.
Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang
melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah SWT disertakan dengan niat apa yang
dihajati atau hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar
permintaan mudah dimakbulkan.
Solat hajat boleh didirikan secara bersendirian atau berjemaah, sama ada pada waktu siang
maupun malam hari. Lebih afdal solat bersendirian sewaktu suasana sunyi selepas tengah
malam (selepas 2/3 malam, iaitu 1/3 malam terakhir) kerana ianya lebih berkesan, lebih
khusyuk dan amat hening suasananya.
Solat Sunat Hajat dilakukan dengan pelbagai cara dan ia boleh didirikan sehingga 12 rakaat
dan paling minima adalah 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud
yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan
disertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu
berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan.

FADHILAT SOLAT HAJAT


1. Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.
2. Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.
3. Permohonan dimakbulkan Allah SWT.

PANDUAN SOLAT HAJAT


Sekiranya dilakukan selepas terjaga dari tidur pada sebelah malam, sebelum melakukan Solat
Sunat Hajat, hendaklah bersugi dan mandi terlebih dahulu kemudian berwuduk bagi
membersihkan diri dan menyegarkan diri. Pakailah pakaian yang bersih dan afdalnya
berwarna putih.
Alhakim berkata,Sesiapa yang melaksanakan solat sunat hajat, hendaklah ia mandi pada
malam Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan solatlah di waktu sahur dengan niat
mohon dipenuhi hajatnya.
Sebaiknya dirikanlah Solat Sunat Wuduk dan Tahajjud terlebih dahulu sebelum melakukan
Solat Sunat Hajat.

CARA MELAKUKAN SOLAT HAJAT


Dirikanlah Solat Sunat Hajat sebagaimana solat-solat biasa yang lain dengan mematuhi 13
rukun yang telah disyariatkan itu. Perbezaannya cuma pada perkara-perkara berikut:

1. Lafaz dan niat:

U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-a-tai-ni lil-laa-hi ta-aa-laa.


Daku Solat Sunat Hajat dua rakaat, kerana Allah Taala.

2. Bacaan selepas Al-Fatihah


Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun atau Ayat Al-Kursi (satu kali atau 11 kali)
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (sekali atau 11 kali)

Qul huwallaahu ahad, Allaahush shamad, Lam yalid walam yualad, Wa lam yakun
lahu kufuwan ahad.

Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula
diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.
*Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, di mana ia
membaca pada setiap rakaat Surah Al-Fatihah, ayat Al-Kursi dan Qulhu wallaahu
Ahad.

3. Membaca Tasbih
a. Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali lagi dan
bacalah tasbih ini 41 kali:

Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu mi-naz-zhoo li-min.


Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari
golongan orang yang aniaya.
b. Atau Tasbih berikut 1 kali:

4. Wirid Selepas Solat Hajat


Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut:
a. Istighfar (10 / 100 kali)

As-tagh-fi-rul-laah, Rab-bi min kul-li zan-bi wa-a-tuu-bu i-laih.


Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku bertaubat
kepada-Nya.
b. Zikir

Laa-i-la-ha il-lal-laah, Mu-ham-mad-da ro-suu-lul-laah.


Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.
.
c. Selawat (10 / 100 kali)

Allaahumma shalli alaa Sayyidinaa Muhammadin wa alaa aalihii Sayyidinaa


Muhammadin.
Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli
keluarga penghulu kami Muhamad SAW.

5. Doa Solat Hajat


Teruslah memohon hajat yang dikehendaki sewaktu masih bersujud. Kemudian duduk semula
dan bacalah doa berikut:

DOA SOLAT HAJAT


( untuk diri sendiri dan untuk orang lain )
Ya Allah, tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Penyantun lagi Maha Pemurah. Maha Suci
Allah, Tuhan Arasy yang Maha Agung. Segala puji bagi Allah, Tuhan Pengatur alam semesta.
Aku meminta kepada Engkau, yang memastikan rahmat Engkau dan keutamaan ampunan
Engkau dan terpelihara dari segala macam dosa dan dapat merebut daripada bermacam
kebaikan dan selamat dari segala bentuk kesalahan.
Ya Allah, janganlah Engkau biarkan aku berdosa, melainkan Engkau ampuni, janganlah
Engkau biarkan aku didalam kesulitan, melainkan Engkau lepaskan. Janganlah Engkau
biarkan aku mempunyai hajat yang Engkau redhai, melainkan Engkau kabulkan jua.
Ya Allah, dengar lah hajat ku ini .. (sebutkan hajat)

Ya Allah, jika sememangnya telah Engkau ketahui bahawa pekara yang aku hajatkan itu baik
bagi ku (nya) dalam urusan agama ku (nya) dan penghidupan ku (nya) serta akibat urusan ku
(nya), maka takdirkan lah ia untuk ku (nya) dan permudahkan ia bagi ku (nya) serta berkatilah
aku (dia) didalamnya. Tetapi jika Engkau ketahui bahawa pekara itu buruk bagi ku (nya)
dalam urusan agama ku (nya) dan penghidupan ku (nya) serta akibat urusan ku (nya), maka
hindarkan lah ia bagi ku (nya) dan jauhkanlah aku (dia) daripadanya. Engkau takdirkan
kebaikan bagi ku (dia) dimana saja adanya dan Engkau jadikan hati ku (nya) meredhainya.
Ya Allah, masukkan aku kedalam golongan hamba-hamba Mu yang sentiasa redha dengan
ketentuan Mu, yang sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Mu dan yang sentiasa
bersabar dengan ujian Mu, sehingga aku tidak meminta Engkau dahulukan segala pekara yang
Engkau kemudian dan tidak pula aku meminta Engkau kemudiankan pekara yang Engkau
dahulukan. Ampunkan lah aku, rahmati lah aku dan maafkan lah keterlanjuran ku. Pada
Engkau lah aku kembalikan segala urusan dan kepada Engkau lah aku bertawakkal.

Cara Solat Hajat yang kedua


Dibuat sebanyak 2 rakaat. Rakaat Pertama dibaca surah Al-Fatihah sekali dan Surah
Al-Kafirun 10 kali. Rakaat Kedua dibaca surah Al-Fatihah sekali dan surah Al-Ikhlas
10 kali.
Apabila selepas memberi salam, hendaklah sujud dan membaca selawat keatas nabi
sebanyak 10 kali:
"Allaahumma sholli alaa habiibika sayyidinaa Muhammadin wa aalihi wa
shohbihi wa sallim".
Kemudian membaca Tasbih 10 kali:
"Subhaanallah walhamdu lil-laah wa laa ilaaha illallaah wal llaahu akbar. wa laa
haula wa laa quwwatta illaa bil laahil aliyyil azhiim."
Kemudian Doa ini 10 kali:
"Robbanaa aatinaa fid dunyaa hasanah, wafil aakhirati hasanah, wa qinaa
adzaaban naar."

Kemudian mohonlah segala hajat semasa waktu dalam keadaan sujud.

Anda mungkin juga menyukai