Anda di halaman 1dari 6

SOLAT SUNAT HAJAT

1.DEFINISI

Solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau atau ketika berada dalam
permasalahan atau ketika dalam permasalahan atau kesukaran dalam hidup. Ia
dilakukan atau kesukaran dalam hidup. Ia dilakukan bagi mengharapkan
pertolongan daripada Allah S.W.T dan memohon sesuatu perkara atau menolak
sesuatu yang dingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walaubagaimanapun, ia
hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih disamping bertawakal
kepada Allah Yang Maha Pencipta.

Dalam sebuah hadis ada disebut:

RUJUKAN: shafiqolbu.wordpress.com
Dari Abdullah bin Abi Aufa r.a barkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada salah seorang dan Bani
Adam, maka berwudhu`lah dengan sempurna dan kemudian solat dua rakaat.
Setelah selesai pujian Allah dan berselawatlah ke atas Nabi s.a.w kemudian berdoa:

Laa ilaha illallohul haliimul kariimu subhaanallohi robbil `arsyil `azhiim.


Alhamdu lillaahi robbil `aalamiin. As `aluka muujibaari rohmatika wa`azaaima
maghfirotika wal ghoniimata ming kulli birri wassalamata ming kulli itsmin Laa
tada` lii dzamban illa ghofartahu walaa hamman illaa farojtahu walaa haajatan
hiya laka ridhon illa qodhoitahaa yaa arhamar roohimiin.

Ertinya:
Tiada Tuhan melainkan Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Maha
Suci Allah, tuhan yang menjaga Arasy yang Maha Agong. Segala puji hanya bagi
Allah, tuhan sekalian alam. Kepadamu aku memohon sesuatu dengan rahmatMu
dan sesuatu yang mendatangkan keampunanMu dan memperolehi keuntungan
pada setiap dosa. Janganlah Engkau biarkan dosa pada diriku, melainkan Engkau
Ampuni dan tidak ada sesuatu kepentingan melainkan engkau tunjukkan jalan
keluar,dan tidak pula sesuatu yang mendapat kerelaanmu, melainkan engkau
perkenankan wahai tuhan yang maha pengasih lagi Maha Penyayang. Moga Allah
perkenankan doa ini.”

NIAT SOLAT HAJAT

RUJUKAN:1.Buku Pedoman Solat-Solat Sunat


2.www.kheu.gov.bn
Usolli sunnatal hajati rak`ataini lillahi taala
Maksudnya:Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala.

TATACARA SOLAT HAJAT

1.Lafaz niat solat sunat hajat.


2.Pada rakaat pertama baca doa iftitah, surah al fatihah kemudian baca surah Al-
kafirun atau ayat Al-Kursi.(sebanyak 1 hingga 11 kali)

DOA IFTITAH:

DOA AL-FATIHAH:

DOA AL-KAFIRUN:

RUJUKAN:1.Pedoman Solat-Solat
2.syafiqalbu.wordpress.com
AYAT AL-QURSI:

3.Pada rakaat kedua surah al-fatihah kemudian baca surah al-ikhlas (sebanyak 1 hingga 11
kali)

SURAH AL-IKHLAS:

4.Pada sujud yang terakhir mohonlah di dalam hati kepada Allah apa yang dihajati atau
setelah selesai salam, bersujud kepada Allah mohonlah hajat tersebut.

TATACARA SELEPAS SOLAT HAJAT

RUJUKAN:1.Buku Pedoman Solat-Solat Sunat


2.www.kheu.gov.bn
1.. Sebaik sahaja selesai solat (selepas memberi salam),terus sujud sekali lagi dan bacalah
tasbih ini sebanyak 40 kali.
a) TASBIH SOLAT HAJAT

2.Wirid selepas solat:


Selepas siap menunaikan solat hajat,wiridkanlah kalimat-kalimat berikut:

1)Istigfar

DAKU MEMOHON AMPUN KEPADA ALLAH, TUHANKU, DARIPADA SEGALA DOSA DAN DAKU
BERTAUBAT KEPADANYA

2)Zikir

TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD UTUSAN ALLAH

3)Selawat

YA ALLAH, SEJAHTERAKANLAH KE ATAS PENGHULU KAMI NABI MUHAMMAD S.A.W DAN KE


ATAS AHLI KELUARGA PENGHULU KAMI MUHAMMAD S.A.W

WAKTU AFDHAL SOLAT HAJAT

RUJUKAN:1.Pedoman Solat-Solat
2.syafiqalbu.wordpress.com
Dikerjakan sepertiga malam terakhir, iaitu sekitar pukul 1.00 pagi hingga 5.00 pagi. Waktu
sepertiga malam tersebut merupakan waktu yang mustajab ketika seseorang ingin
memanjatkan doa. Berdoa pada waktu tersebut memiliki keutamaan yang tersendiri
berbanding waktu lain-lainya.

KELEBIHAN SOLAT HAJAT

Sebagaimana kelazimannya di negara ini,kita sering melakukan solat sunat hajat untuk
memohon ke hadrat Allah S.W.T terhadap perkara yang dihajati kerana sesungguhnya solat
hajat merupakan sembahyang sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada
dalam permasalahan dan kesukaran bagi mendapatkan pertolongan daripada Allah S.W.T.
Oleh itu,kita haruslah melakukan solat hajat dengan khusyuk dan bersungguh-sunnguh
kerana banyak kelebihan yang boleh kita perolehi daripada melakukan solat sunat
hajat.Persoalannya, apakah kelebihan-kelebihan mendirikan solat hajat?.
Antara kelebihan solat hajat adalah kita akan berasa lebih tenang setelah hajat
disampaikan kepada Allah S.W.T dan kita akan bersifat ikhlas menerima ketentuan daripada
Allah S.W.T atas dugaan atau permasalahan yang menimpa pada diri kita. Selain itu,
permohonan juga akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T dan yang lebih penting kita sebagai
manusia yang lemah ini memerlukan pertolongan daripada tuhan kerana kita sebagai
manusia hanya mampu merancang dan berusaha memohon kepada Allah S.W.T tentang
apa yang dihajatkan.Seterusnya, manambah keimanan di dalam hati tentang kekuasaan
Allah S.W.T kerana setiap manusia akan berasa lemah iman dalam diri sekiranya hanya
melakukan solat fardhu dan sibuk melakukan perkara-perkara duniawi yang menjadikan kita
lalai sehingga meninggalkan perkara-perkara sunat yang dapat meningkatkan keimanan di
dalam diri kita. Di samping itu, permohonan doa akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.Kita
haruslah memohon hajat dengan bersungguh-sungguh kerana Allah S.W.T adalah As Sami
yang bermaksud Maha Mendengar kepada sesiapa yang memohon hajat daripadaNya dan
jika diizinkan, Allah S.W.T akan memakbulkan doa kita sekiranya kita layak dan sekiranya
hajat kita tidak dimakbulkan olehNya, kita haruslah redha kerana ia mungkin jalan yang
terbaik untuk kita.
Memandangkan banyak kelebihan yang dapat kita perolehi daripada solat sunat hajat ini,
maka kita haruslah merebut peluang untuk meminta pertolongan daripada Allah S.W.T dan
jadikan Allah sebagai tempat kita meminta pertolongan dan bukan meminta daripada orang
lain.Jadi kita haruslah perbanyakkan solat sunat hajat demi menjadi muslim yang berjaya di
dunia dan di akhirat.

RUJUKAN:1.Buku Pedoman Solat-Solat Sunat


2.www.kheu.gov.bn

Anda mungkin juga menyukai