Anda di halaman 1dari 1

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Saya A binti B, pelajar Universiti Melur ingin memaklumkan kepada tuan/puan mengenai satu
program motivasi dan kebajikan yang akan kami jalankan di sebuah perkampungan orang asli
iaitu di Kampung Kachau Luar, Semenyih. Program kami di bawah nama i-Success akan
berlangsung pada 2 Mei 2015 dan akan disertai oleh 83 orang peserta yang merupakan anak-anak
orang asli kampung tersebut.
Program yang berlangsung selama sehari di perkampungan orang asli ini akan disertakan
pelbagai aktiviti menarik oleh kami untuk para peserta program ini supaya mereka dapat
meningkatkan keyakinan diri mereka serta menambah motivasi mereka untuk belajar. Oleh itu,
jika pihak anda ingin memberi sumbangan, pengecualian cukai akan diberikan. Logo atau simbol
syarikat anda akan kami sertakan dalam banner program kami ini.
Sekiranya pihak anda berminat untuk memberi sumbangan sama ada dalam bentuk wang,
barangan atau makanan anda boleh menghubungi pihak kami. Kami boleh dihubungi melalui
nombor ini, 014-9137238.

Anda mungkin juga menyukai