Anda di halaman 1dari 11

Arca

Reclining Mother and Child, 1975,


Henry Moore, (British, 1898-1986)
bronze, 94.5 x 53.5 x 47.5
Definisi:
Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai
serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin
iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris.
Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan, dan tempat tempat yang
menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan.
Jenis Jenis Arca
Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek sebenar yang
difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak
pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk
menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan
pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui
perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang
besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi.
Arca Asemblaj
Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik
ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada
kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi,
ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.

Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu Bicycle Wheel ( karya asli telah
hilang ) adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana arca
ini dibina menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah.

Bicycle Wheel
Marcel Duchamp, 1951
Arca Timbulan
Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi
yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi
antara cirri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca
dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang
mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari
permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz
(1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan
pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini.

Henri Matisse - Back, IV,


1930-1931

Jacques Lipchitz
Maquette No. 1 for "Musical Instruments"
(1923)
Arca Mobail
Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk
membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga
dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas
siling.
Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak ,
berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika

bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi
untuk membolehkannya bebas bergerak.

ALEXANDER CALDER
American, 1898-1976)
The Star, 1960
Polychrome sheet metal and steel wire
35 3/4 x 53 3/4 x 17 5/8
Arca Stabail
Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawangawang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian
dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail
tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh
bergerak secara terawang-awang.
Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan
bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding,
tingkap , atau pintu siling.

Calder, Alexander
"Stabile, Paris-La-Dfense" - (1976)

Calder, Alexander "Hollow Egg" - (1939)

Arca Gabungan
Diorama

Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek
untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah
diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan
supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi.
Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan
dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk
menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . bahagian
tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama
seperti tema diorama.

Boneka
Boneka (dari bahasa Portugis boneca) adalah sejenis mainan yang dapat berbentuk
macam-macam, terutamanya manusia atau hewan, serta tokoh-tokoh fiksi. Boneka
bisa dikatakan salah satu mainan yang paling tua, karena pada zaman Yunani,
Romawi ataupun Mesir kuno saja boneka sudah ada. Namun fungsi, bentuk, maupun
bahan pembuatnya ternyata berbeza sekali antara dulu dan sekarang.

Mummy Art Doll


Handmade,OOAK art doll sculpture.
Mixed media including fabric and PaperClay.
Height: 7.75", Width: 4.25", Depth: 1.75"

Stylized Martial Arts Sculpture Doll


Wearing Orange Gi

Origami
Origami merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain
ataupun kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus
pada pandangan.
Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula
semenjak kertas mula diperkenalkan pada abad pertama oleh di Cina pada 105 A.D.
oleh seorang Cina dikasi yang bernama Ts'ai Lun.
Kertas yang diperbuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan
kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami
yang berasal daripada Cina adalah tongkang Cina dan kotak.
Pada abad ke enam, cara pembuatan kertas kemudiannya dibawa ke Sepanyol oleh
orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh seorang sami Buddha bernama
Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku
Semenjak itu Origami menjadi popular dikalangan orang Jepun semenjak turuntemurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun
tempatan yang dipanggil Washi.

Topeng
Topeng adalah benda yang dipakai di atas wajah. Biasanya topeng dipakai untuk
mengiringi musik kesenian daerah. Topeng di kesenian daerah umumnya untuk
menghormati sesembahan atau memperjelas watak dalam mengiringi kesenian.
Bentuk topeng bermacam-macam ada yang mengambarkan watak marah, ada yang
menggambarkan lembut, dan adapula yang menggambarkan kebijaksanaan.
Kehidupan masyarakat modern saat ini menempatkan topeng sebagai salah satu
bentuk karya seni tinggi. Tidak hanya karena keindahan estetis yang dimilikinya,
tetapi sisi misteri yang tersimpan pada raut wajah topeng tetap mampu
memancarkan kekuatan magis yang sulit dijelaskan.

Mask (opharo edjo)


Wood, pigment, encrustation. H. 32 cm.
Private Collection, Belgium

An old Yoruba mask,


old incrustated patina gives this Yoruba Gelede mask a strong presence.
31 cm X 17 cm X 20 cm

Anda mungkin juga menyukai