Anda di halaman 1dari 2

Soalan Karangan PMR 2009...Skop Pengangkutan Awam?

11:20 PM

Sistem Pengangkutan Awam negara terus menerima kritikan


demi kritikan. Terangkan kemelut yang melanda sistem pengangkutan
awam di negara ini.

Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan


sebagai pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel.
Memang sudah ada banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua
perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai kemelut
yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk
menangani masalah yang sudah berlanjutan agak lama ini.

Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem
pengangkutan awam kita ialah harganya yang mahal. Kadar tambang terutama
teksi dan LRT dianggap oleh masyarakat sebagai agak mahal untuk mereka
gunakan dengan kerap sistem pengangkutan itu. Kadaan ini menyebabkan
jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak
menyeluruh seperti mereka hanya menggunakan pengangkutan awam hanya
untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh
kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun
menggunakan LRT.

Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem


pengangkutan awam yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem
pengangkutan awam terutama bas tidak boleh diharap terutama jadual
perjalanannya yang menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan
menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah penjagaan
bas, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori ini kerana
penyelenggaraan yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja
menyampah melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadualnya tetapi
juga kegagalan mereka untuk menjaga tahap kualiti perkhidmatan pengangkutan
awam mereka.

Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda


akan menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan, contohnya
antara monorel dengan LRT atau antara bas dengan monorel. Keadaan ini
menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa beratur untuk
membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain pula. Dalam era
globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap
merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu
harus dihasilkan oleh kerajaan dengan segera sebelum kemelut ini menjadi
semakin rumit untuk diselesaikan.

Malah, pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir


pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika
memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan
awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang
melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah
memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem
pengangkutan awam negara. Sesungguhnya, semua pekerja pengangkutan
awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan
dan bukannya dibenci oleh pelanggan.

Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam ini memang banyak dan


sudah lama serta masih gagal diselesaikan. Situasi ini berlaku kerana kurangnya
kesungguhan pihak kerajaan untuk mengambil langkah awal dalam
menanganinya. Ketika masyarakat semakin gusar dengan mutu perkhidmatan
pengangkutan awam, kerajaan pula terus berdiam diri dan hanya bertindak
apabila isu itu menjadi tatapan masyarakat dalam media massa negara. Mungkin
sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas dalam kemelut ini.

Anda mungkin juga menyukai