Anda di halaman 1dari 18

012

BAHASA MELAYU SK

FORMAT KERTAS SOALAN


Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian. Calon dikehendaki menjawab
ketiga-tiga bahagian.
Bahagian A
Kemahiran memindahkan maklumat berdasarkan bahan grafik (Soalan wajib).
Bahagian B
Kemahiran menulis karangan (Soalan pilihan. Jawab satu soalan daripada tiga
soalan).
.
Bahagian C
Kemahiran menulis ulasan (Soalan wajib).
Calon diberi masa satu jam lima belas minit untuk menjawab ketiga-tiga
bahagian.
PRESTASI KESELURUHAN
Prestasi keseluruhan calon pada tahun ini memuaskan. Kebanyakan calon
tidak dapat menyatakan nilai dengan tepat berdasarkan bahan situasi yang
diberi dan hanya memberi huraian sahaja. Bagi calon yang cemerlang, hasil
penulisan mereka menampakkan kematangan dalam menjana idea dengan
tepat serta dapat menghurai idea dengan baik. Mereka juga dapat menulis
dengan gaya bahasa yang mantap serta pengolahan yang menarik.
PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON
Calon Dalam Kumpulan Tinggi
Calon dalam kumpulan ini merupakan calon yang cemerlang kerana dapat
menjawab ketiga-tiga bahagian (A, B dan C). Calon juga dapat menjana idea
dengan menarik serta menggunakan gaya bahasa yang baik. Di samping itu,
penggunaan kosa kata amat luas dan menggunakan bahasa yang menarik.
Calon mengetahui dan memahami tugasan tem yang dikemukakan serta
dapat mengaplikasi kemahiran yang dipelajari dengan baik.

Bahasa Melayu SK

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Calon Dalam Kumpulan Sederhana


Calon dalam kumpulan ini berupaya menjana idea berdasarkan tugasan.
Pengolahan idea baik melalui penyampaian yang sederhana. Sebahagian
calon menjana idea yang mudah dan ringkas namun masih menepati tugasan.
Ayat yang dibina masih gramatis Selain itu, penggunaan kosa kata juga
sederhana dan agak terhad. Calon juga banyak melakukan kesalahan dalam
ejaan dan tanda baca namun tidak menjejaskan maksud ayat yang dibina.
Terdapat juga jawapan yang hampir tersasar daripada tugasan kerana kurang
memahami kehendak tugasan soalan yang dipilih untuk dijawab terutama yang
memilih untuk menjawab soalan Bahagian B1. Sebagai contoh, calon yang
memilih untuk menjawab soalan B1 tidak menyatakan tentang kandungan buku
yang dibaca tetapi menceritakan pengalaman sendiri, mimpi dan menulis
karangan autobiografi.
Calon Dalam Kumpulan Rendah
Calon dalam kumpulan ini merupakan calon yang agak lemah dalam
penguasaan bahasa. Calon juga lemah untuk menjana idea berdasarkan
tugasan soalan. Terdapat sebilangan calon langsung tidak menguasai tugasan
sebaliknya hanya menyalin soalan. Calon juga tidak dapat menguasai
tatabahasa dengan baik serta banyak melakukan kesalahan dalam ejaan dan
tanda baca.
PRESTASI TERPERINCI
Bahagian A Memindahkan maklumat.
Kekuatan Calon
Calon dapat membina ayat dan mentafsir bahan grafik dengan menggunakan
ayat yang gramatis. Kosa kata yang digunakan meluas. Kesalahan ejaan dan
tanda baca sangat minimum. Calon dapat menjawab tugasan soalan menepati
konstruk yang dikehendaki.

Bahasa Melayu SK

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Kelemahan Calon.
Tulisan calon kurang jelas dan sukar dibaca. Penggunaan kosa juga kata tidak
tepat maksudnya. Ayat yang dibina mestilah tentang aktiviti yang dilakukan
oleh watak berdasarkan grafik tetapi calon hanya membina ayat tentang
situasi. Ayat yang berkaitan dengan bermain tidak dinyatakan dengan tepat
jenis permainan yang sedang dilakukan oleh watak dalam grafik. Terdapat juga
ayat calon yang dipengaruhi oleh bahasa ibunda.

Bahasa Melayu SK

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Bahagian B Menulis karangan.


Kekuatan Calon
Calon dapat menjawab tugasan soalan dengan tepat. Idea-idea yang releven
dengan tajuk dapat dikemukakan dengan baik serta diolah secara menyeluruh,
kreatif dan mantap. Bahasa yang digunakan juga baik dan menunjukkan
kemahiran berbahasa yang dikuasai calon. Ayat-ayat yang dibina gramatis dan
bertepatan dengan tugasan. Penggunaan kosa kata dipelbagaikan. Calon juga
dapat menguasai kemahiran ejaan dan tanda baca dengan baik. Semua tem
yang menjadi pilihan untuk dijawab oleh calon dapat diolah dengan baik,
mudah difahami serta dapat menggunakan pribahasa dan perumpamaan yang
cukup sesuai. Jalan ceritanya ada pengenalan, urutan, klimaks dan penutup
yang berkesan. Bagi tem yang berformat, calon dapat menjawab mengikut
format yang betul.

Bahasa Melayu SK

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Bahasa Melayu SK

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Bahasa Melayu SK

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Bahasa Melayu SK

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Bahasa Melayu SK

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Bahasa Melayu SK

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Kelemahan Calon
Keseluruhan jawapan calon tiada idea yang kreatif. Sebilangan calon yang
menjawab soalan B1, menceritakan tentang pengalaman diri, pengalaman
orang lain, mimpi atau autobiografi dan tidak menceritakan kandungan buku
yang dibaca. Terdapat juga calon yang hanya menulis tentang mereka
membaca buku atau cara mereka mendapatkan buku yang dibaca sahaja.
Calon yang menjawab soalan B2 pula, tidak menyatakan tentang faedah
faedah kem kecemerlangan UPSR sebaliknya menceritakan pengalaman
mengikuti kem kecemerlangan UPSR. Bagi calon yang menjawab soalan B3,
kebanyakan evidens calon tidak menepati format yang betul.
Calon-calon hanya membuat olahan idea yang sederhana dan ringkas.
Penggunaan kosa kata juga terhad dan melakukan banyak kesalahan ejaan
dan tanda baca. Persembahan evidens calon juga tidak menarik. Tidak ada
pendahuluan, urutan cerita yang tidak teratur dan tiada penutup.

Bahasa Melayu SK

10

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Bahasa Melayu SK

11

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Bahasa Melayu SK

12

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Bahasa Melayu SK

13

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Bahagian C - Membuat Ulasan


Kekuatan Calon
Evidens calon menarik. Calon dapat menjelmakan nilai yang tepat serta
mengaitkannya dengan situasi dalam petikan. Huraian yang dinyatakan amat
jelas dan gaya penulisan yang menarik dengan penggunaan penanda wacana
yang sesuai bagi menghasilkan satu perenggan yang menarik. Huraian
dikemukakan dengan jelas serta memasukkan contoh yang terdapat dalam
petikan yang diberi.

Bahasa Melayu SK

14

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Kelemahan calon
Calon tidak menyatakan nilai yang tepat berdasarkan petikan. Kebanyakan
calon menulis huraian secara umum. Namun begitu, masih ada calon yang
menulis nilai-nilai yang diketahui sahaja tanpa berdasarkan petikan dan ada
calon yang menciplak nilai sedia ada dalam petikan asal. Calon juga tidak
menggunakan penanda wacana bagi menghasilkan perenggan yang menarik.
Calon tidak dapat menguasai bahasa dengan baik serta masih lemah dalam
penguasaan tatabahasa.

Bahasa Melayu SK

15

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Cadangan Meningkatkan Prestasi


Saranan Kepada Calon
Bahagian A
Setiap calon haruslah membaca arahan yang diberi dan fahami
kehendak tugasan. Calon perlu menggarisi arahan yang menjadi kata kunci
untuk membina ayat contohnya, perkataan aktiviti, situasi dan ayat lengkap.
Setiap bahan grafik haruslah diteliti dan difahami untuk menentukan tema bagi
mencatat kosa kata yang bersesuaian dengan grafik tersebut.
Calon perlulah kenal pasti aktiviti / situasi utama yang terdapat dalam
grafik dengan cara membulatkannya. Bulatkan lima gambar berkaitan aktiviti /
situasi yang berbeza dilakukan oleh pelaku ( watak ). Seterusnya, calon perlu
menulis dan mencatat kata kerja yang tepat berkaitan grafik yang telah
dibulatkan. Kemudian, calon dikehendaki membina lima ayat lengkap ( ayat
majmuk ). Setiap ayat mestilah ditulis dalam bentuk pernomboran ( 1 hingga
5). Calon diingatkan hanya menulis lima ayat sahaja.
Bahagian B
Calon perlu membaca dan memahami arahan / kehendak tugasan. Baca
ketiga-tiga soalan yang diberi sebelum membuat pilihan. Garisi kehendak
tugasan bagi setiap soalan yang dibaca tadi. Kemudian, pilih soalan yang
mudah difahami untuk dijawab. Jika calon berminat untuk memilih soalan
berformat, pastikan karangan ditulis dalam format yang betul dan lengkap serta
pemerengganan yang jelas.
Bagi menghasilkan karangan yang baik, calon digalakkan membina
rangka karangan atau peta minda berdasarkan soalan yang dipilih. Karangan
yang baik mestilah dimulakan dengan pendahuluan, pemerengganan idea dan
diakhiri dengan penutup. Sebaik-baiknya, calon menyenaraikan sekurangkurangnya empat idea utama yang berkaitan tugasan. Pengolahan idea
mestilah menggunakan ayat yang gramatis, logik, huraian yang mantap serta
contoh yang relevan.
Bahagian C
Setiap calon dikehendaki membaca dan memahami kehendak arahan tugasan.
Fahami teks rangsangan yang diberi dan garisi ayat yang menjurus kepada
nilai / pengajaran. Calon perlu mencatat nilai / pengajaran yang sesuai
berdasarkan ayat yang telah digarisi serta huraian ringkas berkaitan nilai yang
dicatat. Jangan sekali-kali menciplak nilai / pengajaran yang terdapat dalam
teks rangsangan asal.
Sebaik-baiknya nilai / pengajaran ditulis mengikut urutan. Pastikan huraian
mesti berkaitan dengan nilai yang dinyatakan dan calon dikehendaki menjawab
dalam satu perenggan sahaja. Bagi menghasilkan perenggan yang baik, calon
perlu menggunakan penanda wacana yang sesuai.
Bahasa Melayu SK

16

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Kesimpulan
Calon dikehendaki menyemak semula setiap tugasan yang telah dihasilkan.
Calon perlu mengelakkan pengaruh dialek setempat. Bagi menghasilkan
karangan yang mantap, calon perlu membuat latih tubi serta membuat rujukan
daripada pelbagai sumber serta digalakkan belajar secara berkumpulan.
Saranan kepada Guru / Pihak Pentadbir Sekolah
Para guru mestilah menguasai kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
dan Huraian Sukatan Pelajaran dalam membuat perancangan awal dan
persediaan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mengikut aras
kemampuan murid. Guru-guru juga digalakkan menggunakan buku teks
semaksimum mungkin dalam pengajaran serta bahan rujukan lain sebagai
panduan. Penggunaan Buku Daftar Kata yang dibekalkan oleh Bahagian
Perkembangan Kurikulum haruslah dititikberatkan bagi peluasan kosa kata
murid.
Pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik boleh diaplikasikan
oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat
murid. Teknik membina peta minda,rangka karangan, pengajaran bertema,
pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu
membantu murid menghasilkan satu karangan yang mantap dan menarik. Guru
seharusnya melatih murid menilai tugasan rakan sebaya dan menyemak
semula latihan bersama-sama. Bagi membantu murid memantapkan gaya
penulisan, guru perlulah memberi respon berkaitan kekuatan dan kelemahan
tugasan yang dihasilkan oleh murid bagi memperbaiki kelemahan tersebut.
Hasil-hasil karangan yang cemerlang bolehlah dipamerkan di sudut bacaan
atau di ruangan bahasa sebagai satu rangsangan kepada murid lain untuk
dijadikan contoh.
Guru-guru yang telah menghadiri kursus berkaitan subjek yang diajar
perlulah memberi kursus dalaman bagi perkongsian ilmu dengan guru-guru di
sekolah masing-masing.
Setiap guru harus peka kepada perkembangan
berkaitan bidang bahasa dalam memartabatkan Bahasa Malaysia serta
bersikap positif untuk menerima pengetahuan baru dan membuat perubahan
ke arah menjana minda murid. Aspek morfologi dan sintaksis harus dikuasai
oleh guru agar pengajaran lebih berkesan. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, setiap kemahiran dengar tutur, membaca dan menulis perlu
dilaksanakan bagi memastikan murid menguasai kemahiran asas bagi
menghasilkan karangan yang baik. Guru perlu memberi perhatian kepada
murid yang masih belum menguasai penulisan dengan membuat latih tubi dan
pendedahan pelbagai teknik mengarang seperti latihan karangan berpandu,
karangan separa berpandu, karangan terkawal, karangan separa terkawal
serta karangan bebas mengikut tahap kemampuan murid.
Kepelbagaian jenis karangan haruslah didedahkan kepada murid
dengan memberi contoh-contoh sebagai bahan rangsangan. Guru mestilah
memberi penerangan format karangan yang betul agar murid dapat menulis
karangan yang lengkap berserta format yang tepat.

Bahasa Melayu SK

17

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Dalam pemastian kualiti pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan, pihak


pentadbir sekolah haruslah memainkan peranan dalam membantu para guru
merealisasikan hasrat dan wawasan sekolah masing-masing. Pihak pentadbir
seharusnya peka akan kemajuan, kemunduran tahap prestasi murid dengan
mengambil tindakan susulan bagi menangani masalah ini bersama para guru.
Penglibatan pihak pentadbir dalam memberikan motivasi, memberi peruntukan
kewangan dan sumbangan, dorongan serta merancang aktiviti yang dapat
meningkatkan pencapaian akademik amat penting sebagai suntikan semangat
kepada para guru dan murid.
Saranan Kepada Ibu Bapa / PIBG
Dalam merealisasikan kehendak ibu bapa untuk melihat anak-anak berjaya,
maka menjadi tanggungjawab mereka memainkan peranan bagi membantu
pihak sekolah. Mereka seharusnya peka terhadap perkembangan pelajaran
anak-anak serta sentiasa mendapat maklumat terkini tentang tahap
pencapaian anak masing-masing. Ibu bapa perlu sentiasa berhubung dengan
pihak sekolah bagi mengetahui pencapaian prestasi anak-anak mereka dari
semasa ke semasa Selain itu, mereka haruslah menyediakan kemudahan
pembelajaran anak-anak mengikut keperluan serta memantau dan
membimbing mereka dalam pelajaran. Sokongan dan dorongan mereka amat
penting bagi memberi sumber inspirasi dan keyakinan diri kepada anak-anak
untuk terus belajar bagi mengecapi kejayaan.
Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga mestilah membantu
pihak sekolah bagi meningkatkan pencapaian akademik murid-murid di
sekolah-sekolah berkenaan.
Mereka perlu menghulurkan sumbangan
kewangan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti murid seperti membeli buku-buku
rujukan, latihan, bacaan tambahan serta membiayai kem-kem motivasi bukan
sahaja diadakan untuk murid tetapi untuk ibu bapa bagi memberi kesedaran
tentang tugas dan tanggungjawab mereka kepada anak-anak yang akan
menghadapi peperiksaan khususnya UPSR. Sokongan moral daripada PIBG
juga amatlah penting kepada pihak sekolah bagi melahirkan murid yang
cemerlang.
Saranan Kepada Jabatan
Pihak Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing perlu mengambil langkah
inisiatif bagi membantu pihak sekolah. Pelbagai langkah yang telah diambil
boleh dibuat penambahbaikan untuk membantu guru-guru di sekolah dengan
mengadakan kursus-kursus pemantapan bahasa Melayu, menyelaraskan ujian
untuk semua peringkat, pendedahan teknik mengarang berkesan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kepada guru-guru Bahasa Melayu dan melantik
seorang fasilitator sebagai pakar rujuk bagi setiap daerah.
Pihak jabatan juga boleh mendapat maklum balas dengan memastikan
guru-guru yang telah menghadiri kursus menyampaikan kursus dalaman di
sekolah masing-masing dan diminta membuat pelaporan. Dalam membantu
para guru di sekolah, pendedahan cara pemeriksaan karangan haruslah diberi
khususnya kepada guru tahap dua agar mereka dapat gambaran cara
pemeriksaan yang betul.
Bahasa Melayu SK

18

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Anda mungkin juga menyukai