Anda di halaman 1dari 2

Apa itu INTERNET?

Perkataan Internet berasal dari gabungan perkataan inter dan network, iaitu inter-net atau antara
rangkaian. Sebagai contoh 'international' bermakna antara negara-negara, 'interstate' bermakna
antara negeri-negeri, 'interdepartment' bermakna antara cawangan-cawangan begitu juga Internet
bermakna antara rangkaian-rangkaian komputer.
Sekiranya kita menggunakan komputer biasa (tanpa Internet), kita akan
menyimpan data-data tersebut dalam bentuk fail di dalam 'hardisk'
komputer kita dan hanya kita sahaja yang boleh membukanya. Tetapi di
dalam istilah Internet ini pula, kita menyimpan fail tersebut di satu tempat di
namakan 'host' yang mana seluruh rangkaian komputer di dunia ini boleh
membaca fail tersebut.
Ia merupakan suatu perkhidmatan kepada kita semua. Sama juga dengan
perkhidmatan-perkhidmatan yang lain seperti elektrik, air, telefon,
perubatan dan sebagainya.
Internet adalah sebuah sistem komunikasi global yang menghubungkan komputer-komputer dan
jaringan-jaringan komputer di seluruh dunia. Setiap komputer dan jaringan terhubung secara
langsung mahu pun tidak langsung ke beberapa jalur utama yang disebut internet backbone dan
dibezakan satu dengan yang lainnya menggunakan unique name yang biasa disebut dengan
alamat IP 32 bit. Contoh: 202.155.4.230 .
Perkataan Internet berasal dari gabungan perkataan inter dan network, iaitu
inter-net atau antara rangkaian. Jika Internet merujuk kepada rangkaian yang
dibina dengan menyambungkan rangkaian-rangkaian komputer di antara
satu sama lain maka Internet adalah nama khas yang merujuk kepada
rangkaian komputer yang di bina dengan menggunakan protokol rangkaian
atau 'bahasa rangkaian' yang di kenali sebagai TCP/IP. Begitulah takrifannya
jika internet di lihat dari sudut yang teknikal.
Komputer dan jaringan dengan berbagai platform yang mempunyai
perbezaan dan ciri khas masing-masing (Unix, Linux, Windows, Mac, dll)
bertukar informasi dengan sebuah protokol standard yang dikenali dengan
nama TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol). TCP/IP
tersusun atas 4 layer (network access, internet, host-to-host transport, dan
application) yang masing-masing memiliki protokolnya sendiri.
Sebenarnya tidak ada satu-satu takrifan yang khusus yang boleh
mendefinasikan apa sebenarnya Internet. Internet boleh di takrifkan sebagai
apa juga yang melibatkan Internet itu sendiri baik dari segi pengguna,
kegunaan, aplikasi, budaya, teknologi dan lain-lain lagi. Semuanya boleh di
gunakan untuk menyatakan apakah dia Internet.

Takrif Protokol Rangkaian - Protokol adalah tata tertib yang perlu di ikuti
oleh dua pihak yang ingin berinteraksi di antara satu sama lain supaya
interaksi dapat berjalan dengan lancar seperti yang di kehendaki. Oleh itu
protokol rangkaian boleh di takrifkan sebagai protokol yang digunakan oleh
komputer-komputer dan perkakasan-perkasasan yang terdapat dalam satu
rangkaian untuk membolehkan komputer-komputer berkomunikasi dengan
baik. Perkataan protokol rangkaian sering di gelar sebagai protokol
komunikasi atau protokol sahaja.
Takrif Internet Dari Aspek Penggunaan - Internet adalah merupakan
sebuah rangkaian komputer sajagat yang memberikan dua perkhidmatan
utama, iaitu, komunikasi dan capaian maklumat.
Jika di lihat dari aspek penggunaan, Internet boleh dikatakan sebagai sebuah
rangkaian yang memberikan perkhidmatan komunikasi elektronik, capaian
jauh, perkhidmatan fail, penyebaran maklumat, pencarian maklumat dan
beberapa perkhidmatan yang lain. Daripada aplikasi-aplikasi inilah dibina
berbagai jenis perkhidmatan Internet seperti perdagangan elektronik,
perbankan elektronik, pengiklanan melalui Internet dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai