Anda di halaman 1dari 7

LATIHAN EDU 3093 (ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA)

1. Bincangkan dalam kumpulan bagaimana tonggak pendidikan UNESCO dapat


membantu Negara untuk mencapai wawasan 2020.
Tonggak Pendidikan UNESCO dapat membantu Negara untuk mencapai wawasan 2020
kerana pelajar-pelajar perlu menguasai keempat-empat tonggak pendidikan tersebut
iaitu :
i)
Belajar Untuk Mengetahui - Ini adalah kerana Belajar Untuk Mengetahui adalah
salah satu alat yang penting dalam proses pembelajaran, Ia juga satu keperluan
asas yang dapat memudahkan pembelajaran pada masa hadapan. Di samping
itu, ia melibatkan proses pembelajaran untuk memperkembangkan daya
ii)

tumpuan, kemahiran mengingat dan keupayaan untuk berfikir.


Belajar Untuk Melakukan Ia bermaksud pendidikan mesti dapat melengkapkan
seseorang dengan kemahiran yang penting yang mana akan membolehkan
seseorang itu terus hidup dan mengambil bahagian dalam dunia global secara
berkesan. Peranan Belajar Untuk Melakukan juga adalah untuk meningkatkan
inisiatif individu dalam penyertaan pembangunan masa depan mereka yang

iii)

berasaskan pengetahuan teoritikal dan praktikal.


Belajar Untuk Menjadi Apa Menekankan bahawa pendidikan seharusnya
mampu untuk membangunkan seseorang secara holistik dari segi fizikal, intelek,
rohani, emosi dan estetik seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Pendidikan mestilah menyediakan peluang untuk seseorang
membangunkan potensi sepenuhnya supaya dia boleh berfikir dan menilai
secara kritis dan bebas, dapat membuat keputusan yang terbaik, mengambil
tindakan yang paling sesuai dalam kehidupan mereka dan bertanggungjawab ke

iv)

atas tindakan yang telah diambil.


Belajar Untuk Hidup Bersama Ianya menyedarkan individu tentang
kepentingan kedamaian di dunia. Individu mesti di beri pendedahan tentang nilainilai hak asasi manusia, prinsip-prinsip demokrasi, memahami dan menghormati
kepelbagaian sosio budaya, toleransi, memupuk keamanan dalam masyarakat
dan menjalin hubungan sesama manusia tanpa mengira perbezaan latar
belakang supaya semua manusia sentiasa hidup dalam keadaan aman dan
harmoni.

2. Bincangkan kesan-kesan negatif globalisasi pada aspek-aspek berikut;

Negara, sekolah, guru, pelajar dan individu

Kesan globalisasi kepada pendidikan telah mencabar pelaksanaan sistem pendidikan di


Malaysia. Antara kesan-kesan negatif yang dapat dilihat ialah, keperluan Negara untuk
mengubah kurikulum selaras dengan peluang globalisasi disamping perubahan yang
pesat dalam pendidikan. Budaya sekolah juga tidak menyokong peluang pembelajaran
secara global. Guru-guru pula belum cukup bersedia dengan perubahan ini terutamanya
dalam aspek penggunaan ict dalam proses pengajaran dan pembelajaran disamping
penambahan beban kerja. Bagi pelajar pula, kesan globalisasi dalam pendidikan ini
memberi pengaruh negatif kepada identiti mereka.Kita perlu menyesuaikan diri dan
mengikut trend di seluruh dunia supaya dapat bersaing di peringkat antarabangsa.
Pelajar perlu mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dan pembelajaran
yang berterusan bagi membolehkan mereka terus berada dalam perubahan yang pesat
ini.
Guru-guru pula, perlu melengkapkan pelajar dengan keupayaan untuk
berkomunikasi secara lisan dan dalam bentuk bertulis dengan menggunakan bahasa
antarabangsa

iaitu

Bahasa

Inggeris

supaya

mereka

dapat

berinteraksi

dan

berkomunikasi di peringkat antarabangsa sedangkan Bahasa Melayu merupakan


Bahasa Kebangsaan kita. Tambahan pula, lebih ramai orang Malaysia yang lebih mahir
berbahasa Inggeris dari berbahasa Melayu pada zaman sekarang. Untuk melibatkan diri
secara global pula, pelajar perlu menguasai kemahiran TMK kerana TMK adalah bidang
yang pesat berubah. Sedangkan kita tahu bahaya penggunaan ICT tanpa bimbingan
orang dewasa serta keinginan pelajar untuk melayari laman web yang tidak dibenarkan
boleh menjebakkan mereka ke dalam kancah sosial.
Guru perlu bertanggungjawab untuk menekankan aspek etika dan moral serta
menyedari kesan negatif penggunaan ict dalam zaman globalisasi ini. Sekolah dan guruguru pula perlu memastikan kurikulum masa kini membolehkan pelajar menguasai
kemahiran kognitif yang berguna dalam menyelesaikan masalah serta menjana
pengetahuan baru untuk inovasi, contohnya penerapan unsur KBAT ataupun HOTS
dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini menimbulkan masalah terutamanya bagi
pelajar luar bandar yang agak pasif dan terkongkong pemikirannya. Kesan ini juga dapat
dilihat pada pencapaian keputusan PMR 2014 yang lepas yang mana saya andaikan
amat mengecewakan semua pihak terutama ibubapa dan guru-guru.

3. Bincangkan implikasi positif dan negatif perkembangan teknologi maklumat dan


komunikasi dalam pendidikan dengan menggunakan bentuk grafik yang sesuai.
Pengaruh TMK melalui internet telah memberi pendedahan kepada pelajar tentang
pemerolehan sumber maklumat alternatif seperti perpustakaan maya selain buku teks
atau mengunjungi perpustakaan. Jika pelajar dididik untuk menggunakan internet secara
berkesan, para guru berupaya melahirkan satu generasi yang dinamik dan progresif
kerana dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang terkini. Namun begitu,
selain memberikan kesan yang positif, perkembangan teknologi maklumat juga turut
memberikan impak yang negatif, bergantung kepada cara penggunaannya.
Sebagai
perpustakaan
maya

Perisian TMK
yang
membantu
kerja guru

Implikasi positif dan


negatif perkembangan
teknologi maklumat
dalam pendidikan

Memerlukanper
untukan wang
yang banyak

Pemerolehan
sumber
maklumat
alternatif

Meningkatkan
keberkesanan
proses p&p
Terdedah
kepada
pengaruh
negatif internet

4. Anda dikehendaki membaca artikel pilihan sendiri berkenaan dengan gejala sosial.
Seterusnya hasilkan satu penulisan kritikal tentang artikel tersebut.

Gejala sosial merupakan fenomena modenisasi dan kejutan budaya yang melanda
golongan remaja dan belia. Pada zaman remaja, seseorang itu berdepan dengan satu
siri krisis identiti iaitu pembentukan dan pengembangan identiti diri. Kegagalan untuk
mengatasi cabaran ini membuatkan remaja mengalami krisis kekeliruan. Krisis
kekeliruan yang menguasai diri remaja jika tidak dibendung dan diatasi boleh
menyebabkan gejala sosial. Menurut Abdul Rahim (2006), penglibatan remaja dalam
pelbagai gejala sosial berpunca daripada pelbagai faktor, antaranya ialah faktor dalaman
diri remaja itu sendiri iaitu dari aspek perkembangan personaliti, kegagalan fungsi
institusi keluarga dan juga pengaruh rakan sebaya. Zainal dan Sharani (2004) pula
menyatakan pengaruh persekitaran di sekolah juga menjadi punca keruntuhan akhlak di
kalangan remaja. Kadar penglibatan remaja dalam masalah sosial yang semakin serius
ini semuanya berpunca dari beberapa faktor dalaman dan luaran, antaranya ialah;

Faktor Ekologi Keluarga


Faktor Ekologi Sekolah
Rakan Sebaya
Media Massa / Internet
Modenisasi

CONTOH ARTIKEL PILIHAN

Pada masa kini, gejala disiplin di sekolah semakin membimbangkan. Berita-berita seperti kes
buli, kes pukul, kes ponteng dan menganggotai kumpulan gangster atau samseng menjadi
wadah utama di dada-dada akhbar tempatan sejak akhir-akhir ini. Walaupun pelajar telah diajar
di sekolah mahupun di rumah supaya menerima nilai-nilai murni, tetapi nampaknya ini semua
hanya retorik semata-mata. Masalah disiplin di sekolah telah menjadi lebih ekstrem dengan
kewujudan kes pelajar yang terlibat dalam aktiviti pemujaan serta ajaran sesat yang dikenali
dengan nama Black Metal. Antara isu atau masalah yang dapat dikongsi disini ialah
berhubung dengan masalah ponteng sekolah dan penglibatan murid dalam gangsterisme di
sekolah.
Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar ponteng sekolah di Malaysia menimbulkan
kerunsingan dan tanda tanya pelbagai pihak mengenai punca terjadinya keadaan ini. Gejala
ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah telah bertambah dengan serius dari sehari
ke sehari bagai cendawan tumbuh selepas hujan walaupun pelbagai langkah telah dijalankan
bagi membanteras masalah ini. Gejala ini merupakan kes disiplin yang tertinggi di sekolah
berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Antara punca berlakunya keadaan ini adalah
bermula dari keluarga iaitu ibu bapa yang tidak mengambil berat akan kebajikan anak-anak
terutama berkaitan dengan persekolahan. Ibu bapa sibuk mencari rezeki sehingga seringkali
mengabaikan kebajikan anak-anak yang memerlukan kasih sayang dan perhatian yang
sepenuhnya daripada ibu bapa. Sikap ibu bapa yang lepas tangan dan hanya mengharapkan
ihsan guru untuk menjaga dan membentuk anak-anak mereka sedikit sebanyak menyebabkan
berlakunya peningkatan kes ponteng sekolah sejak kebelakangan ini.

Selain itu juga, pergaulan dengan rakan sebaya dan rakan di luar sekolah turut
menjadi penyebab kepada meningkatnya masalah disiplin pelajar sekolah. Pelajarpelajar sekolah sering terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan yang lebih ke arah
kegiatan atau sikap negatif. Hal ini kerana pelajar-pelajar ini lebih rapat dan suka
bergaul dengan rakan-rakan luar sekolah yang boleh sama-sama berkongsi masalah
dan pendapat. Manakala, punca seterusnya ialah penglibatan pelajar-pelajar di
dalam kumpulan kongsi gelap atau gangsterisme di sekolah.

menurut Kamus

Dewan Edisi ke 3, Dewan Bahasa dan Pustaka 1996, hlmn 700, Kongsi gelap
didefinisikan sebagai Kumpulan sulit dalam sesuatu kegiatan untuk maksud atau
kegiatan jenayah. Menurut Pengerusi Biro Aduan dan Penyelidikan Ekonomi Majlis
Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, En Ng Ching Sea, keadaan kongsi gelap di Johor
adalah pada tahap kritikal. Mengulas perkara tersebut beliau berkata; Masalah
kongsi gelap di Johor kini sudah pada tahap kritikal dan memerlukan pendekatan
bersepadu daripada agensi kerajaan dan masyarakat untuk memeranginya
sehingga ke akar umbi. (Utusan Malaysia 20 Feb 97).
Menurut William Gladden Foundation (1992), terdapat empat faktor yang merangsang atau
menjadi penarik kepada pembentukan kumpulan kongsi gelap di kalangan pelajar ini:1)

Remaja yang mengalami perasaan terasing dan tidak berdaya disebabkan oleh kurangnya

struktur sokongan tradisi seperti keluarga terdekat dan sekolah sendiri.


2)

Keanggotaan kongsi gelap ini akan memberikan ganjaran kepada pelajar-pelajar iaitu

perasaan sense of belonging dan menjadi sumber utama penampilan identiti oleh ahli-ahli
mereka.
3)

Keahlian kongsi gelap telah menjadikan remaja merasakan diri mereka lebih berkuasa dan

menguasai, di mana kegiatan kumpulan akan menjadi tempat mereka melepaskan kemarahan
ataupun ketegangan.
4)

Pelajar dapat menjadi pengrekrut ahli baru dan dapat memperluaskan lagi kawasan

pengaruh untuk mengukuhkan kekuatan dan kekuasaan kumpulan. Kemasukan ahli baru
secara sukarela atau paksa dilakukan untuk menampung keperluan dengan penambahan
sumber dan ahli kumpulan.

Punca-punca pelajar menyertai kumpulan haram atau kongsi gelap adalah untuk:
a)

Mencari kasih sayang struktur dan disiplin berasaskan kefahaman mereka

b)

Perasaan komitmen dan sense of belonging, dikagumi dan menguasai.

c)

Persahabatan, latihan, keseronokan dan aktiviti

d)

Tempat di mana diri dirasakan diterima dan dihargai

e)

Keperluan kepada keselamatan fizikal dan perlindungan


Pelbagai langkah telah dibuat oleh kerajaan bagi menangani masalah disiplin pelajar

sekolah. Namun, tetap tidak mendatangkan apa-apa perubahan. Sebenarnya, tanggungjawab


untuk menangani permasalahan ini adalah tanggungjawab bersama. Laporan dan kerjasama
daripada masyarakat amat diperlukan bagi menangani masalah disiplin ini. Selain itu juga,
pihak kerajaan telah membuat cadangan untuk menjalankan Program Integrasi Negeri Tangani
Anti Sosial (PINTAS) iaitu program untuk meningkatkan disiplin dan kawalan salah laku pelajar
di sekolah.
Seterusnya boleh juga pelajar-pelajar yang bermasalah ini diberikan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling bagi tujuan diberikan nasihat serta dorongan agar mereka insaf dan
seterusnya mengikuti peraturan sekolah yang telah ditetapkan. Langkah atau cadangan yang
seterusnya ialah dengan penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah & Disiplin bagi melatih dan
memberi kesedaran di kalangan pelajar tentang pelbagai aspek jenayah dan pencegahannya.
Namun, perkara yang paling penting ialah sikap ibu bapa yang harus diubah bagi mengatasi
masalah disiplin ini. Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak dan sentiasa
memberi dorongan dan semangat untuk mereka menghadapi sesuatu cabaran dan
menyelesaikan segala masalah dengan tenang dan bijak.

DISEDIAKAN OLEH,
SITI ROHAYU ROHAN
670902-05-5020 (PPG/PSV SEMESTER 2 / 2015)

Anda mungkin juga menyukai