Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN
Mata pelajaran Sains Sukan peringkat STPM pada masa ini semakin menjadi pilihan dikalangan
para pelajar. Buktinya negeri Sabah adalah merupakan calon paling ramai mengambil subjek ini
semenjak tiga tahun lepas. Mata pelajaran Sains Sukan juga telah mencapai keputusan STPM
tertinggi dari segi peratusan dan juga NGMP di peringkat kebangsaan.
Sehubungan itu, guru-guru Sains Sukan STPM daerah Tawau telah bermuafakat ingin
mengadakan bengkel teknik menjawab bagi mendedahkan para pelajar tentang cara menjawab
yang betul. Menerusi program ini, kesedaran serta pengaplikasian kaedah yang betul boleh
membantu untuk mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan.
2.0 MATLAMAT
Program ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang aplikasi kemahirankemahiran Sains Sukan disamping meningkatkan teknik menjawab soalan Sains Sukan dengan
lebih berkesan.
3.0 OBJEKTIF
Pelajar yang mengikuti program ini akan dapat :
3.1.
3.2.
3.3.
3;4.

mempelajari teknik menjawab soalan STPM yang betul


meningkatkan pencapaian prestasi akademik dalam bidang Sains Sukan
meningkatkan pemahaman guru dalam teknik menjawab soalan Sains
Sukan
mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan guru dan pelajar.

4.0 TARIKH DAN TEMPAT PELAKSANAAN


25 Ogos 2015 - Pelajar-pelajar Penggal 1
27 Ogos 2015 - Pelajar-pelajar Penggal 3
5.0 SASARAN
Pelajar-pelajar Sains Sukan PPU Daerah Tawau
6.0 AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA
Sila rujuk Lampiran 1
7.0 TENTATIF PROGRAM
Sila rujuk Lampiran 2

8.0 PENCERAMAH
1

Encik Mohd. Nordin Khadis


Encik Amdi Jenis

- Guru Cemerlang Sains Sukan


SMK. Putatan, Kota Kinabalu
- Jurulatih Utama Sains Sukan STPM Negeri
SMK. Balung

9.0 YURAN PENYERTAAN


RM12.00 seorang
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
1.

Makan dan minum untuk peserta/pelajar


1.1
Sarapan pagi ( RM2.00 x 245 )
1.2
Makan tengahari ( RM5.00 x 245 )

.
.

RM 490.00
RM 1225.00

Kos Penceramah ( Pengangkutan/Penginapan/Makan &


Cenderahati)

RM 740.00

3.

Bahan-bahan seminar

RM 115.00

4.

Sijil

RM 367.50

2.

JUMLAH :

RM 2937.50

11.0 SUMBER KEWANGAN


1.

Yuran Penyertaan ( RM12.00 x 245 orang pelajar )

RM2940.00

PENUTUP
Adalah diharapkan semua pihak dapat memberikan kerjasama dan sokongan yang padu
dalam menjayakan program yang baru pertama kali diadakan ini. Tanpa kerjasama dan sokongan
anda segala program tidak akan dapat dijalankan sepertimana yang dirancangkan. Akhir kata
semoga program ini berjalan dengan licin dan teratur dan seterusnya dapat membantu
meningkatkan kebitaraan para pelajar ke tahap yang membanggakan. Sekian.
Disediakan oleh

Disahkan oleh

( AMDI BIN JENIS )


Penyelaras Program

( MATNOOR BIN SIMA )


Pengetua Cemerlang
SMK. Balung, Tawau.

TENTATIF
BENGKEL SAINS SUKAN STPM
PERINGKAT DAERAH TAWAU 2015

7.30 pagi

Pendaftaran dan Sarapan pagi

8.00 pagi

Format Penilaian Sains Sukan STPM

9.00 pagi

Teknik menjawab

12.00 pagi

Bengkel

1.00 petang

Penutupan

1.30 petang

Makan tengahari

2.00 petang

Bersurai

1.

Pendahuluan

Pada 26 April 2014 yang lalu Sekolah Menengah Kebangsaan Balung telah
menganjurkan Seminar Teknik Menjawab Sains Sukan STPM peringkat daerah Tawau yang telah
di adakan di
SM. St. Patrick. Seramai 104 orang pelajar yang terdiri daripada para pelajar Sains Sukan PPU
telah menyertai program berkenaan. Encik Sudirman Kananu dari SMK. Bandaraya II yelah
dijemput sebagai penceramah untuk program berkenaan. Beliau merupakan Jurulatih Utama
Sains Sukan Negeri Sabah dan juga Pemeriksa Kertas Sains Sukan STPM, Majlis Peperiksaan
Malaysia.
2.

Objektif

2.1.
2.2.
2.3.
2.4.

Mmempelajari teknik menjawab soalan STPM yang betul


Meningkatkan pencapaian prestasi akademik dalam bidang Sains Sukan
Mmeningkatkan pemahaman guru dalam teknik menjawab soalan Sains Sukan
Mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan guru dan pelajar.

3.

Penyertaan

3.1
3.2
3.3
3.4

SMK. Balung
SMK. Kuhara
SM. St. Patrick
SMK. Tawau

27 orang
19 orang
28 orang
20 orang

( Senarai nama pelajar sila lihat Lampiran )


4.

Tentatif Program

Sila lihat Lampiran 2


5.

Kekuatan
5.1.

Kerjasama yang tinggi dikalangan guru-guru dapat membantu melicinkan


perjalanan program.

5.2.

Penglibatan para pelajar semakin bertambah menunjukkan bahwa mata pelajaran


Sukan semakin diminati

Sains

5.3.
Para pelajar telah memberikan maklum balas yang positif dan mengambil
bahagian yang
aktif semasa program dilangsungkan.
6.

Kelemahan
6.1.

Pengisian program agak singkat dengan itu para pelajar tidak mendapat input
menyeluruh.

6.2.

Kekurangan bakat baru yang diketengahkan. Hampir semua acara yang


dipertandingkan dimonopoli oleh atlet yang pernah mewakili

yang

sekolah.
6.3.

Peruntukkan kewangan lambat disalurkan menyebabkan guru-guru terpaksa


menggunakan duit sendiri untuk melakukan perbelanjaan.

7.

Cadangan Penambahbaikan

7.1
sewaktu
7.2
dapat

Bajet untuk makanan perlu mengambil kira jumlah ibu bapa yang dijemput hadir
majlis perasmian dan penutupan.
Jadual acara pada hari perasmian dan penutupan perlu dikurangkan agar ianya
ditamatkan dengan lebih awal.

7.3
berkasut.

Para pelajar yang menerima hadiah di podium perlulah berpakaian kemas dan

9.

Laporan Kewangan

Sila lihat Lampiran 4


10.

Laporan bergambar

Sila lihat lampiran


11.

Penutup

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pegawai Pendidikan Daerah Tawau,
Pengetua sekolah-sekolah yang terlibat, rakan-rakan guru dan para pelajar di atas sumbangan
idea, tenaga, masa, dan sokongan bagi menjayakan program ini. Diperingkat pengelolaan, boleh
dikatakan ia telah berjalan dengan amat lancar dan diharapkan ia berjaya menjelekitkan hubungan
diantara pelajar dengan guru dan memupuk semangat kerjasama dan kekitaan sesama pelajarpelajar Saina Sukan pra universiti daerah Tawau Akhir seklai program ini diharap dapat menjadi
pemangkin generasi pelajar yang berwawasan dan berdaya saing ke arah pencapaian yang
cemerlang serta mempunyai nilai-nilai yang murni.
Disediakan oleh,

( AMDI JENNIS )
Penyelaras Program

Anda mungkin juga menyukai