Anda di halaman 1dari 2

10 Langkah Untuk Memulakan Bisnes Kedai RM2

Hairul 2 @ Q Paradigm Enterprise - Thu 25/Oct/2014


1st Anda kena dapatkan dulu kedai / lokasi di mana anda ingin buka kedai RM2 tersebut.
Dapatkan semua maklumat ttg kedai ini seperti sewa, deposit, keluasan kedai dsb.
2nd Daftar sykt anda di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Sekarang waktu yg terbaik
untuk daftar kerana SSM ada buat promosi daftar 5 tahun hanya RM60 sahaja. Kadar biasa
untuk 5 tahun adalah RM250. Bawa salinan IC dan 3 nama cadangan syarikat. Tulis dalam
column bidang perniagaan Menjual Barang Serbaneka dan Runcit. Dalam 1 jam anda akan
dapat lesen SSM anda. Lesen ini penting untuk sewaan kedai dan appy lesen MBI nanti.
3rd Selesaikan proses sewaan kedai dengan owner. Dapatkan salinan aggrement sewaan
kedai, bil cukai pintu dan cukai tanah. Dapatkan juga slip bomba warna biru untuk
pemadam api. Jika tiada, anda perlu beli atau hantar servis pemadam api yg sedia ada
untuk dapatkan slip biru.Gantung banner di hadapan kedai KEDAI RM2 AKAN DI BUKA
sbg promosi awal / tanda pemberitahuan kepada org lain supaya tidak buka kedai RM2 yg
lain.
4th Order barang dengan pembekal. Anda boleh order barang sahaja atau ambil pakej
setup satu kedai.
5th Lakukan kerja renovation (wiring, partition, cat, CCTV). Semua kerja ini mesti selesai
sebelum rak di pasang. Kedai RM2 tidak perlu nampak mewah, nnt customer takut nak
masuk Nampak mcm mahal. Apa yg perlu hanya lampu yg byk kerana kedai perlu nampak
terang. Lampu perlu di pasang semasa operasi kedai.
6th Pemasangan rak. Budget untuk rak mestilah tidak lebih dari 30% nilai barang. Contoh
jika anda order barang dengan RM30,000 maka kos rak tidak lebih dari RM9000. Rak adalah
kos hangus yang tidak mendatangkan duit. Lebih baik duit di habiskan pada stok barang yg
boleh di jual. Anda juga boleh mula tempah sign board waktu ini.
7th Susun barang. Untuk dapat idea mcm mana nak susun barang, anda boleh kunjungi
mana-mana kedai RM2 yg berdekatan. Selepas susun anda akan dapati ada lagi ruangan yg
kosong, maka anda boleh tambah lagi stok2 baru. Cara menyusun yg betul perlu mengambil
kira faktor kemas, padat, mudah di cari, ikut jenis dan dalam lingkungan pemerhatian anda
supaya tak senang di curi. Jika anda menggunakan pos system (barcode), proses susun
barang ni akan lebih rumit kerana anda perlu key in satu persatu pada computer dan tampal
barcode pada yg tiada. Ambil masa seminggu lebih untuk selesai.
8th Apply lesen majlis perbandaran. Gunakan khidmat runner jika nak mudah. Sykt
pasang sign board biasanya ada servis begini. Anda sediakan dokumen salinan ic, gambar
4 keping, aggrement sewa, bil cukai tanah, bil cukai pintu, slip bomba, salinan ssm dan duit
lesen RM150++. Kos runnner dalam RM100++. Majils akan beri anda lesen sementara 3
bulan. Anda boleh berniaga terus dan selepas 3 bulan tu anda kena renew lesen setahun
RM400++. Bomba akan datang check premis anda dalam 3 bulan pertama ni..
9th Mula berniaga. Saya galakkan owner jaga sendiri kedai dalam 3 bulan pertama. Kenal
customer anda dan dapatkan feedback dari mereka ttg barang apa yg mereka perlukan.
Sediakan brg2 tersebut agar mereka tidak beli dari kedai lain. Lakukan promosi seperti
banner, bunting, edar fliers ke kawasan sekitar. Jika ada budget, buat perhubungan awam

agar customer sekitar kenal dengan anda dan kedai anda. Jika byk brg2 yg mereka minta di
atas RM2, anda boleh tukar konsep kedai anda ke RM2 KE ATAS.
10th Stabilkan perniagaan anda. Jika lokasi yg anda pilih bagus, dalam 3 bulan anda dah
boleh pulang mudal semula. Jika sales tak bagus, perhebatkan lagi promosi pada 3 bulan
seterusnya dan perbaiki kelemahan yang ada. Jika dalam 6 bulan sales anda masih teruk,
pertimbangkan lah untuk berpindah ke lokasi lain.

Anda mungkin juga menyukai