Anda di halaman 1dari 3

PUSAT TUISYEN INFOJAYA

BUNTONG,IPOH,PK.
BHS MELAYU/JULAI 2015
Tatabahasa : Cakap Ajuk dan Cakap Pindah
Panduan menukar ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah/perbualan kepada
cakap pindah. Ciri-ciri bahasa lisan yang berikut hendaklah dibetulkan
o Kependekkan kata seperti: dah, mau, pegi dan sebagainya hendaklah dibetulkan
iaitu: sudah, mahu dan pergi.
o Kata seru ( bertanda !) seperti cis, amboi, aduh dan sebagainya hendaklah ditukar
menjadi frasa mengikut konteks ayat berkenaan
o Perkataan bahasa Arab, seperti alhamdulillah, astagahffirullah, lahaulawala
kuwatailla dan sebagainya hendaklah ditukar. Contoh alhamdulillah
ditukar menjadi mengucap syukur manakala lahaulawala kuwatailla
ditukar menjadi mengucap panjang.
o Unsur estetika, seperti personafikasi dan metafora hendaklah digugurkan dan
digantikan dengan frasa yang sesuai dengan konteks ayat berkenaan. Unsur-unsur
slang dan dialek hendaklah dibuang dan digantikan dengan bahasa baku/moden.
Kata ganti diri
saya ditukar menjadi dia, di sini menjadi di sana ,masa ini menjadi masa
Itu dan kami menjadi mereka

Contoh KAD TUGASAN 1


Apa kaubuat di belakang, Hilmi, pakciknya sedang duduk di kerusi ruangan
depan
itu bertanya sebaik sahaja dia sampai di pintu.

Saya melihat-lihat bekas kebun itu, pak cik,

Kau suka berkebun?

Suka

PUSAT TUISYEN INFOJAYA


BUNTONG,IPOH,PK.
BHS MELAYU/JULAI 2015
KAD TUGASAN 2
Kalau kau benar-benar suka berkebun, lebih baik kaujaga sahaja kebun kita tu. Aku
sudah carikan kerja, tapi agak susah kerana sekolahmu cuma sekolah Melayu saja.
Tadi pak cik suruh saya jaga kebun itu?
Bukan kebun itu saja. Bunga-bunga yang di keliling rumah ini pun kaujaga juga.
Terima kasih
Kau suka?
Lebih daripada suka. Saya memang suka berkebun.

Lampiran 2
Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk cakap pindah.
Apa kau buat di belakang, Hilmi, pakciknya sedang duduk di kerusi ruangan
depan itu bertanya sebaik sahaja dia sampai di pintu.
Saya melihat-lihat bekas kebun itu pak cik,
Kau suka berkebun?
Suka

Perbualan 2
Abu : : Saya mahu kahwin, Pak Aji. Cuma saya tak ada duit. Lagipun, siapa yang nak
macam saya ni. Kerja cuma menggali kubur.
Pak Aji : Kerja menggali kubur tu, kerja juga. Malah satu pekerjaan yang mulia.
Setiap orang
yang mati wajib dimandikan, dikapankan, wajib disembahyangkan dan wajib
Abu : (Menyambung) Wajib dikebumikan, he..he..he Jadi kerja saya ni mulia, ya
Pak
Aji.
Pak Aji : Memang mulia kalau tak ada penggali kubur, di mana mayat tu nak
dikuburkan.

PUSAT TUISYEN INFOJAYA


BUNTONG,IPOH,PK.
BHS MELAYU/JULAI 2015
Abu : Hmm, betul juga kata Pak Aji tu. Kalau gitu sekarang saya nak pergi gali kubu
Ngah Baba tu.
JAWAPAN:

Perbualan 1
Sebaik sahaja Hilmi tiba di muka pintu, pak ciknya yang sedang duduk di kerusi di
halaman rumah itu bertanyakan kerja yang dilakukan oleh Hilmi di belakang rumah
mereka. Hilmi menerangkan yang dia melihat-lihat bekas kebun di belakang rumah
mereka. Seterusnya pak ciknya bertanya sama ada Hilmi suka berkebun atau tidak.
Hilmi menyatakan bahawa dia memang suka berkebun.

Perbualan 2
Abu mengatakan bahawa dia hendak berkahwin tetapi tidak mempunyai wang. Abu
seterusnya mengatakan bahawa tidak ada sesiapa yang hendak berkahwin
dengannya kerana dia hanya bekerja sebagai penggali kubur. Pak Aji menjelaskan
bahawa penggali kubur juga adalah satu pekerjaan.

Pak Aji turut mengatakan bahawa penggali kubur merupakan kerja yang mulia
kerana setiap orang yang meninggal dunia wajib dimandikan, dikapankan, dan
disembahyangkan. Sebelum sempat Pak Aji meneruskan kata-katanya, Abu
menyampuk dengan mengatakan bahawa orang mati wajib dikebumikan. Kemudian
dia ketawa sambil bertanya kepada Pak Aji sama ada kerjanya mulia atau tidak. Pak
Aji menegaskan bahawa pekerjaan Abu itu memang mulia kerana kalau tidak ada
penggali kubur di mana mayat orang hendak dikebumikan. Abu menyokong katakata Pak Aji dan mengatakan yang dia hendak menggali kubur Ngah Baba.

Anda mungkin juga menyukai