Anda di halaman 1dari 11

PEMAHAMAN DAN KECEKAPAN GURU BESAR DAN PENGETUA

MENGENAI MODEL PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH.

NANTHAKUMAR A/L SUBRAMANIAN

Fakulti Pendidikan
Universiti Pendidikan Sultan Idris

1.1 Latar Belakang Masalah

Kewangan memainkan peranan penting dalam setiap organisasi


untuk meneruskan kelangsungan dan fungsinya. Begitulah halnya dengan
peranan kewangan di institusi pendidikan di peringkat sekolah. Oleh yang
demikian, pengurusan kewangan perlu ditadbir dengan cekap dan berhemat,
agar kewangan boleh diperolehi secukupnya, dibelanja dan diurus mengikut
tatacara yang betul serta dapat memenuhi matlamat organisasi.
Pengetua / Guru Besar juga dikatakan bertanggungjawab dalam
menentukan pentadbiran kewangan sekolah dikendalikan mengikut peraturanperaturan yang telah ditetapkan dalam Perintah Kewangan. Pengetua
dikehendaki mengkaji, memahami dan mematuhi segala model pengurusan
kewangan bagi menentukan kelicinan pengurusan kewangan sekolah.
Sejauhmana seorang gurubesar / pengetua memahami model pengurusan
kewangan dan dapat dilaksanakan dengan sistematik adalah bergantung
kepada kemahiran, kepimpinan dan sikap pengetua / guru besar.

1.2 Objektif Kajian


Objektif Umum
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sejauhmana pemahaman
seorang guru besar / pengetua mengenai model pengurusan kewangan
sekolah dan kecekapan mereka dalam perbelanjaan sekolah- sekolah rendah
dan menengah di daerah Johor Bharu.
Objektif Khusus
Berikut adalah objektif khusus dalam kajian ini:-

1.2.1

Kajian ini adalah untuk melihat pemahaman guru besar /

1.2.2

pengetua mengenai Model Pengurusan Kewangan Sekolah.


Kecekapan guru besar / pengetua dalam pengurusan
kewangan

1.3 Persoalan Kajian


Berdasarkan objektif diatas berikut adalah beberapa perkara yang
menjadi persoalan dalam kajian ini :1.3.1

Sejauhmanakah pemahaman seoarang guru besar /


pengetua dari segi pengetahuan dan kemahiran untuk

1.3.2

melaksanakan Model Pengurusan Kewangan Sekolah?


Apakah persepsi guru besar / pengetua mengenai Model
Pengurusan Kewangan Sekolah?

1.4

Sorotan kajian
Terdapat tiga model pengurusan kewangan sekolah (Sutton, M, 1996).

iaitu:1.4.1

Model Berpusat (central model)

1.4.2

Model Tidak Berpusat (disentralisasi)

1.4.3

Model Cantuman Kedua-dua Gabungan (hybrid)

1.4.1

Model Berpusat (Central Model).

Model ini memberi penekanan terhadap keputusan yang dibuat oleh satu
badan sahaja misalnya pengetua sebagai pemimpin autokrat atau melalui
keputusan bersama yang dibuat oleh Jawatankuasa Sekolah (PIBG, Pengawal
Kewangan

dan

sebagainya).

Pembuat

keputusan

mestilah

membuat

pertimbangan yang teliti, menyerap dan menilai semua maklumat yang


berkaitan untuk membuat keputusan yang berkesan dengan menggunakan
sumber untuk memenuhi objektif.
Di Malaysia model ini merujuk kepada sekolah-sekolah yang belum
mendapat taraf Pusat Tanggungjawab (PTJ). Kewangan sekolah terdiri
daripada tiga sumber iaitu Wang SUWA, Wang KERAJAAN dan Wang
ASRAMA (bagi yang ada asrama). Kesemua bentuk wang ini adalah dalam
bentuk geran. Wang suwa merupakan wang yang diterima oleh pihak sekolah
melalui yuran khas daripada pelajar-pelajar, derma daripada orang ramai,
sewaan harta sekolah, jualan daripada kedai buku sekolah, yuran peperiksaan
dalaman dan daripada pelbagai penerimaan (KPM, 2000).
Wang Kerajaan merupakan semua penerimaan yang diperolehi daripada
Pemberian Bantuan Kerajaan kecuali yang berkaitan dengan asrama. Wang
Kerajaan ini diterima daripada punca-punca berikut iaitu pemberian bantuan
pra sekolah, bantuan mata pelajaran dan bantuan bukan mata pelajaran (surat
pekeliling kewangan 3/95), bantuan rancangan makanan tambahan /
rancangan amalan makanan dan pemakanan, bantuan gotong royong, bantuan
modal / pembelian alatan, geran pelancaran (launching grant) untuk sekolahsekolah yang baru dibuka sahaja, bantuan biasiswa kerajaan (Yayasan Negeri /

Petronas / MARA) dan badan-badan berkanun serta yuran-yuran peperiksaan


kerajaan (PTS/UPSR/PMR/SPM/STPM).
Kumpulan Wang Asrama pula merupakan semua penerimaan yang
berkaitan dengan asrama, sama ada dalam bentuk pemberian/bantuan daripada
kerajaan ataupun kutipan yang dibuat daripada murid-murid. Antara puncapunca kewangan di bawah kumpulan ini termasuklah bantuan perbelanjaan
berulang tahun yang lain-lain untuk asrama (LPBT Asrama), bantuan
makanaan asrama, yuran makanaan asrama serta yuran-yuran lain yang
dibenarkan oleh pendaftar seperti pendaftaran, kebajikan murid, rekreasi dan
pelbagai.
Pihak sekolah menerima peruntukan ini dan perlu membelanjakan
sejumlah wang yang ada berdasarkan pembahagian-pembahagian yang telah
ditetapkan oleh Pusat Tanggunjawab. Misalnya wang peruntukan untuk sains
perlulah dibelanjakan hanya untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan
mata pelajaran tersebut sahaja dan tidak boleh digunakan untuk kegunaan lain
seperti perbelanjaan untuk mata pelajaran bahasa Inggeris. Sekiranya perlu
pihak

sekolah

hendaklah

mendapatkan

kebenaran

daripada

Pusat

Tanggungjawab terlebih dahulu.


Oleh yang demikian, pengetua hanya mempunyai kuasa di peringkat
sekolah terhadap keputusan-keputusan yang perlu dibuat berdasarkan
peruntukan-peruntukan yang telah ditetapkan. Guru besar / Pengetua juga
harus berhati-hati dan berfikiran panjang dalam meluluskan sesuatu
perbelanjaan kerana perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya 10%
daripada jumlah peruntukan bagi setiap bidang untuk dibawa ke tahun
berikutnya. Guru besar / Pengetua hanya bertindak sebagai pengurus

kewangan sekolah berdasarkan belanjawan pengurusan yang diterimanya


daripada pihak kerajaan bagi satu-satu tahun persekolahan.
Kelebihan model ini ialah segala keutamaan sekolah akan lebih difahami
dan dapat ditangani dengan baik. Selain daripada itu, semua keputusan dapat
dibuat dalam kerangka tujuan dan objektif sekolah secara keseluruhan.
Seterusnya model ini menggalakkan konsisten kepada sekolah dan tumpuan
kepada kepentingan sesetengah pihak dapat dielakkan.

1.4.2

Model Tidak Berpusat (disentralisasi)

Keputusan dalam model ini dibuat oleh individu yang bertindak sebagai
pemegang budget iaitu pengetua atau guru besar. Guru Besar / Pengetua
menggunakan satu formula untuk peruntukan kewangan sesetengah panitia.
Penggunaan formula dalam mengagihkan resos akan menjadi lebih mudah,
cepat, lebih terbuka dan adil. Formula itu berdasarkan jumlah pelajar dan
jumlah masa mengajar dalam seminggu.
Model ini boleh disamakan dengan sekolah-sekolah yang telah menerima
taraf PTJ. Sekolah yang menerima taraf PTJ ini adalah sekolah yang laporan
audit tahunannya tanpa teguran bersyarat selama tiga tahun berturut-turut.
Bagi sekolah yang menerima taraf PTJ ini, sumber kewangannya bukan lagi
berdasarkan kepada Per Kapita dan Per Kepala tetapi berdasarkan peruntukan
khas yang sedia ada iaitu dalam bentuk sistem buku VOT (peruntukan waran)
dan jumlah wang yang diberikan adalah berdasarkan kepada kertas kerja yang
dikemukakan oleh pihak sekolah. Semua perbelanjaan mengurus mesti
direkodkan dalam buku VOT (Buku Peruntukan Perbelanjaan : Kew, 88 Pin
4/19.

Guru Besar / Pengetua atau GPK HEM mempunyai kuasa menandangani


semua urusan baucer bayaran (Kew 304 Pin 1/92). Dalam hal ini seseorang
pengetua itu haruslah mempunyai akuntabiliti yang tinggi dan merupakan satu
kewajipan untuk menjawab kepada segala tanggungjawab yang diberi melalui
perwakilan kuasa. Ia juga merupakan satu mekanisma yang dibentuk melalui
sistem, peraturan dan undang-undang tertentu. Seandainya tanggungjawab ini
diamalkan secara jujur dan ikhlas sudah tentu akan dapat membantu
pengurusan bagi menjamin bahawa segala aktiviti kewangan dilaksanakan
dengan cekap dan berkesan.
Sebagai pengurus kewangan, guru besar / pengetua diberi tanggungjawab
dalam tiga aspek akauntabiliti iaitu dalam akauntabiliti kewangan, pengurusan
dan perancangan. Dalam konteks ini guru besar / pengetua dapat menguruskan
kewangan sekolah melalui perancangannya sendiri iaitu berdasarkan waran.
Misalnya guru besar / pengetua membuat budget untuk menaikkan taraf bilik
guru dengan kos sebanyak RM30,000.00. Guru Besar / Pengetua bolehlah
membuat kertas kerja dan dikemukakan ke bahagian kewangan. Setelah
mendapat kelulusan daripada bahagian kewangan maka pengetua bolehlah
mengeluarkan tender kepada pemaju.
Sebagai sekolah yang menerima PTJ, birokrasi yang dihadapi agak kurang
kerana skopnya yang lebih kecil. Guru Besar / Pengetua diberi kuasa untuk
menguruskan kewangannya sendiri. Misalnya dalam membuat tuntutan
perjalanan guru, pengetua mengemukakan borang tuntutan para guru terus
kepada Akauntan Negara dan dalam masa dua minggu para guru akan
mendapat bayaran berbanding dengan sekolah yang belum menerima PTJ di
mana pengetua terpaksa menghantar borang ke Pejabat Pendidikan Daerah,

kemudiannya dilanjutkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan


seterusnya dihantar ke Akauntan Negara dan dalam masa tiga bulan barulah
para guru menerima bayaran masing-masing.
Selain daripada itu pengetua bersama guru-guru boleh merancang aktiviti
atau program sekolah pada tahun semasa. Segala program yang dikemukakan
dengan kertas kerja yang lengkap akan diluluskan oleh JPN berdasarkan
peruntukan sedia ada di bawah PTJ. Situasi ini akan mendorong para guru dan
pihak sekolah untuk memajukan sekolah baik dari segi kurikulum,
kokurikulum, keceriaan dan bina insan.
1.4.3

Model Cantuman Kedua-dua Gabungan (hybrid)

Sistem yang ekslusif dan banyak sekolah akan menggunakannya secara


adunan untuk memenuhi keperluan struktur organisasi, stail pengurusan,
objektif pendidikan dan keperluan perkembangan. Model ini mempunyai
strategi yang tersendiri iaitu mengagihkan perbelanjaan pengurusan
berdasarkan formula dan mengekalkan resos untuk tujuan perkembangan
pusat. Sesetengah keputusan dibuat oleh guru besar / pengetua atau
pengurusan kanan sekolah. Ada juga yang dibuat oleh staf dan juga pengawal
kewangan sekolah.
1.5 Metodologi Kajian
Kaedah Campuran digunakan untuk mendapatkan persepsi guru
besar / pengetua mengenai pemahaman Model Pengurusan Kewangan
Sekolah sekolah masing-masing. Menurut L.R. Gay et.al (2009:462),
Kaedah Campuran menggabungkan pendekatan kualitatif dan kuantitatif
dengan memasukkan kedua-dua data kualitatif dan kuantitatif dalam satu

kajian. Kaedah ini merupakan penyelidikan di mana pengumpulan dan


analisis data, menggabungkan pencarian dan membuat kesimpulan
menggunakan kedua-dua pendekatan kualitatif dan kuantitatif.
Pengkaji memilih kaedah pengumpulan data dengan soal selidik
untuk mendapatkan maklumat tentang latarbelakang responden seperti
kesediaan guru besar / pengetua dari segi pengetahuan dan kemahiran
untuk pengurusan kewangan. Manakala bagi kaedah kualitatif pula,
Grounded theory digunakan bagi mendalami pengalaman guru besar /
pengetua. Populasi bagi kajian ini ialah seramai 96 guru besar dan 45
pengetua yang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah di daerah
Johor Bharu.
Kaedah persampelan keperluan digunakan dalam kajian ini.
Kaedah ini membolehkan penyelidik memilih subjek kajian yang kini
untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai penilaian
tersebut.
Pengkaji memilih kaedah persampelan keperluan kerana mudah
menghubungi kumpulan guru besar / pengetua yang disasarkan. Pengkaji
telah memilih 30% daripada populasi iaitu 42 orang guru besar dan
pengetua yang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah di daerah
Johor Bharu.
Kajian ini menggunakan instrumen berbentuk soal selidik yang
dibentuk oleh pengkaji sendiri berdasarkan sorotan kajian. Ia terbahagi
kepada 2 bahagian utama. Bahagian A mengandungi 11 item iaitu
soalan-soalan yang berbentuk maklumat diri responden seperti jantina,
keturunan, pengalaman mengajar, latar belakang pendidikan dan

bilangan waktu mengajar. Manakala bahagian B pula terdiri daripada 30


soalan yang bertujuan mengenalpasti pandangan serta pendapat
responden terhadap empat persoalan kajian.
Data kajian dianalisis dengen menggunakan Statistical Package
for Social Studies (SPSS) versi 16.0. Data yang diperolehi dianalisis
dengan menggunakan kaedah statistik deskritif untuk mengira nilai min,
kekerapan (f) dan peratusan (%) berdasarkan setiap konstruk yang
dibincangkan.

1.6 Hasil Jangkaan Penyelidikan


Kajian ini dijangka akan mempunyai perbezaan antara guru besar
dan pengetua yang berkhidmat di sekolah yang berbeza seperti Sekolah
Tamil, Sekolah Cina, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah
Kebangsaan. Ini kemungkinan pentadbir mempunyai kemahiran dan
kecekapan mengikut keperluan sekolah masing masing.

RUJUKAN
Farzeli Che Mat. 2000. Pengurusan Kewangan Sekolah Menengah
Kebangsaan St.Patrick: Satu Kajian Kes, Kertas Kerja Ilmiah yang tidak
diterbitkan.
Kementerian Pendidikan (1991). Buku Panduan Pengurusan Profesional
Sekolah Rendah, Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1994). Garis Panduan Perakaunan dan


Kewangan Sekolah, Kuala Lumpur, DBP.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000), Tatacara Pengurusan Kewangan


dan Perakaunan Sekolah, Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Mahashim Bajuri (1994). Pengurusan Kewangan Satu Pengenalan. Petaling
Jaya, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Sutton, M. (1996). In Management In Education, Vol. 10, No. 5. Nov/Dec.


Page 6 9.

Anda mungkin juga menyukai