Anda di halaman 1dari 1

American Institute of Chemical Engineer (AIChE) UiTM Student Chapter

Fakulti Kejuruteraan Kimia,


Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Kepada yang berkenaan,


Tuan/Puan,
MEMOHON TAJAAN KE DEPOK, INDONESIA UNTUK PROGRAM 1000 TREES PROJECT 2015
Saya dengan hormatnya merujuk perkara diatas
2.

Sukacita dimaklumkan American Institute of Chemical Engineer (AiChE) UiTM Student Chapter

telah dijemput ke program 1000 Trees Project 2015 anjuran Society of Biological Engineering Student
Chapter Universitas Indonesia. Program ini dianjurkan sempena lawatan balas AiChE UiTM SC yang
sebelum ini menerima lawatan daripada pihak SBE Universitas Indonesia. Program ini bertujuan untuk
meningkatkan jaringan antarabangsa persatuan dalam Fakulti Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi
MARA
3.

Program tersebut akan diadakan pada:


Tarikh : 8-12 Oktober 2015
Tempat : Universitas Indonesia, Depok, Jakarta

4.

Sehubungan dengan itu, saya dengan rasa rendah diri memohon jasa baik dan keikhlasan pihak

tuan/puan untuk memberi tajaan dari segi kewangan bagi mengurangkan kos perbelanjaan. Semoga
dengan bantuan dari pihak tuan/puan dapat merangsang kejayaan pelajar hingga ke peringkat lebih
tinggi.

5.

Pihak AiChE UiTM SC amat menghargai sumbangan tuan/puan dan didahului dengan jutaan

ucapan terima kasih. Pihak kami juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya jika ada apa-apa aktiviti
yang pihak tuan/puan inginkan daripada kami.

Yang Menjalankan Tugas,

ZAQWAN

Muhammad Zaqwan Bin Abu Zaki


Presiden,
AiChE UiTM Student Chapter
Universiti Teknologi MARA

Anda mungkin juga menyukai