Anda di halaman 1dari 3

Maut akibat

main bola
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

TERLANTAR ...Afiq Hamizan ketika diberikan rawatan di hospital.

AFIQ HAMIZAN...ajal

KAJANG: Malang tidak berbau buat seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah
di Semenyih yang menemui ajalnya, kelmarin selepas kepalanya cedera disepak pemain
lawan ketika satu perlawanan bola sepak.
Difahamkan, mangsa Afiq Hamizan Abdul Hamid berusia 15 tahun itu meninggal dunia di
Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 2.45 petang kelmarin selepas menjalani pembedahan di
kepalanya.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, dalam
kejadian Isnin lalu, mangsa mewakili pasukan sekolahnya dalam kejohanan bola sepak Majlis
Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Langat (MSSDHL) yang diadakan di sebuah sekolah
menengah agama.
Menurutnya, mangsa yang bermain sebagai penjaga gol mewakili sekolahnya itu cedera di
kepala selepas terkena sepakan pemain pasukan lawan.
Mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Semenyih jam 4 petang untuk rawatan oleh
pihak sekolah.
Bagaimanapun, keadaannya menjadi parah sebelum dihantar ke Hospital Kajang, katanya
ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Beliau berkata, selepas doktor mengesahkan mangsa perlu menjalani pembedahan kepala
berikutan darah beku selain keadaannya yang sudah kritikal, dia dibawa ke HKL pula namun
gagal diselamatkan.
Katanya, mangsa meninggal dunia jam 2.24 petang kelmarin di HKL namun tiada unsur
jenayah dipercayai menjadi punca kematian mangsa.
Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, katanya.
Sementara itu, ayah mangsa, seorang pengawal keselamatan, Abdul Hamid Saad, 50-an,
berkata, arwah anak ketiga daripada enam beradik, aktif dalam sukan bola sepak.
Menurutnya, arwah cukup sihat dan aktif ketika pergi ke sekolah pada pagi kejadian dan tidak
menyangka akan berjumpa anaknya dalam keadaan lemah serta tidak bermaya jam 4 petang
pada hari sama.
Ketika tiba di Hospital Kajang, anak saya sudah lemah dan hanya memaklumkan kejadian
itu berpunca daripada kecederaan ketika perlawanan namun saya terkilan dengan pihak
sekolah yang tidak memberi rawatan awal sebaik terkena sepakan itu.

Pakar neurologi yang merawat anak saya turut memaklumkan kemungkinan anaknya dapat
diselamatkan sekiranya rawatan diberikan lebih awal, katanya.
Menurutnya, kesal dengan kecuaian dan kelewatan pihak sekolah mengambil tindakan, dia
membuat laporan di pondok polis HKL selepas anaknya disahkan meninggal dunia.
Artikel ini disiarkan pada : 28/08/2012

Anda mungkin juga menyukai