Anda di halaman 1dari 6

Pada tahun 2015, guru-guru dikehendaki mengisi Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT)

secara online melalui laman web HRMIS dan tarikh tutup untuk mengisinya adalah pada 9
Oktober 2015. Di dalam entri ini saya ingin kongsikan Panduan Mengisi LNPT Online
HRMIS 2015 bagi membantu rakan-rakan guru yang ingin mengisi LNPT tersebut.

Panduan Mengisi LNPT Online HRMIS


1. Pergi ke laman web HRMIS dan masukkan ID PENGGUNA dan KATA LALUAN.
Laman web HRMIS 1.0 (menggunakan Internet Explorer version 7 & ke atas sahaja):

https://hrmisone.eghrmis.gov.my/

Laman web HRMIS 2.0 :

https://hrmis2.eghrmis.gov.my/HRMISNET/common/main/l
ogin.aspx

Terdapat 2 bahagian yang perlu diisi oleh guru-guru iaitu :


1. Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
2. Penilaian Prestasi
Di dalam entri ini, saya akan tunjukkan cara mengisi LNPT menggunakan HRMIS 2.0.

Cara mengisi Sasaran Kerja Tahunan (SKT)


1. Setelah berjaya login, anda perlu click pada menu PENGURUSAN PRESTASI > Laporan
Penilaian Prestasi Tahunan.

Click gambar untuk melihat dengan lebih jelas


2. Kemudian, dipaparan seterusnya anda perlu click pada menu FUNGSI > Sasaran Kerja
Tahunan > Pegawai Yang Dinilai > Sasaran Kerja Tahunan.

3. Untuk paparan serterusnya, click TERUSKAN dan kemudian click perkataan TAMBAH dan
Tambah KPI (seperti dalam gambar di bawah). Lengkapkan ruangan tersebut dan setelah
selesai, click SIMPAN.

4. Setelah selesai mengisi dan menyimpan SKT, jangan lupa untuk click pada Papar Laporan /
Ulasan Oleh PYD. Taip ulasan pada ruangan Laporan / Ulasan dan setelah siap, click
SIMPAN.

Setelah anda berpuas hati dengan SKT yang telah diisi, click Hantar untuk memberitahu
Pegawai
Penilai
Pertama.
5. Setelah selesai mengisi SKT, teruskan ke bahagian kedua iaitu Penilaian Prestasi.

Cara mengisi Penilaian Prestasi


1. Click pada menu FUNGSI > Penilaian Prestasi > Pegawai Yang Dinilai

2. Dipaparan berikut, click pada Prestasi 2015. Anda perlu mengisi ruangan di Bahagian
II sahaja yang merangkami Kegiatan Dan Sumbangan Di Luar Tugas Rasmi dan Latihan
(anda boleh melihat kursus yang telah dihadiri melalui SPL KPM / SPLG Individu).
Click Tambah sekiranya ingin menambah apa-apa maklumat dan kemudian click Simpan.

Ruangan yang perlu diisi untuk Kegiatan Dan Sumbangan Di Luar Tugas Rasmi

Ruangan yang perlu diisi untuk Latihan


Setelah berpuas hati dengan Kegiatan Dan Sumbangan Di Luar Tugas Rasmi dan Latihan yang
telah diisi diruangan berkenaan, click pada ruangan *Saya mengesahkan bahawa kenyataan di
atas adalah benar dan kemudian anda bolehlah click HANTAR untuk pemberitahuan Pegawai
Penilai Pertama.
* Jangan lupa untuk mencetak LNPT yang telah siap diisi untuk rujukan dan simpanan anda.
Sumber http://www.ciklaili.com/2015/10/panduan-mengisi-lnpt-online-hrmis2015.html#ixzz3oYVmy3D5
Under Creative Commons License: Attribution
Follow us: @ciklaili on Twitter | ciklailidotcom on Facebook

Anda mungkin juga menyukai