Anda di halaman 1dari 1

Terjemahan Misykatul Anwar

PENDAHULUAN
Puji-pujian bagi Allah yang melimpahkan nur (cahaya) yang memberikan penglihatan, dan dari rahsia yang tertinggi
menyingkap hijab (tabir) malam.
Selawat dan salam kepada Muhammad saw : cahaya segala cahaya, penghulu orang-orang soleh, kekasih Allah, guru
kepada mereka yang diberi keampunan, kepadanya (Nabi Muhammad saw) diberi kesejahteraan, tangan yang
melawan dan memukul orang-orang yang berdosa dan orang-orang kafir.
Saudaraku,
Semoga Allah mengurniakan kepadamu kebahagian tertinggi yang ingin dicari oleh manusia, menjadikan engkau
orang yang dipilih-Nya untuk naik ke tingkatan yang paling tinggi, dan memenuhi pandanganmu dengan cahaya
hakikat, dan membuang dari batimu apa yang bukan hakiki.
Engkau meminta aku menyampaikan rahsia-rahsia cahaya keTuhanan beserta qias-qias atau perumpamaan yang ada
di sebalik maksud-maksud zahir ayat-ayat Al-Quran dan hadith tertentu terutamanya :
Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahayaNya itu laksana sebuah misykat (lubang di dinding
tempat meletakkan lampu, lubang yang tidak tembus ke sebelah sana), (yang) di dalamnya ada lampu.
Lampu itu di dalam sebuah bekas kaca. Kaca itu laksana bintang yang bergemerlapan/berkilauan. (Lampu
itu) dinyalakan daripada (minyak) sebatang pohon kayu yang diberkati iaitu pohon zaitun, tidak timur, tidak
barat. Hampir sahaja minyak itu bernyala-nyala walaupun (minyak itu) belum disentuh oleh api. Cahaya
atas cahaya. (Surah An-Nur : 35)
Atau (bagi orang-orang kafir, perbuatan mereka itu) ibarat kegelapan yang berlapis-lapis, di laut yang
sangat dalam, yang dilapisi oleh ombakgelombang demi ombak/gelombang, di atasnya awan gelap.
Kegelapan atas kegelapan. Sehinggakan (jika ada seseorang) menghulurkan tangannya, tidaklah kelihatan
tangan itu. Sesungguhnya sesiapa yang tidak diberi cahaya oleh Allah, maka tidaklah ada cahaya baginya.
(Surah An-Nur : 40)
Apakah yang dimaksudkan oleh Allah dengan perbandingan atau qias antara cahaya dan misykat, kaca, lampu,
minyak dan pokok itu?
Dan perhatikan hadith ini :
Allah mempunyai 70,000 hijab (tabir) cahaya dan gelap. Sekiranya Dia membuka hijab itu, maka
keagunganNya pasti akan menghancurkan sesiapa yang mengenalinya dengan pandangan.
Demikianlah permintaanmu. Tetapi, dengan permintan itu anda telah bercita-cita untuk memanjat ke tempat yang
tinggi lagi sukar didaki. Tinggi sekali hinggakan tidak tercapai oleh manusia biasa. Engkau sudah mengetuk pintu
yang terkunci, yang hanya akan dibuka kepada mereka yang mengetahui dan mengenal dnegan sebenar-benarnya
dan tetap keyakinannya. Tambahan pula, bukanlah semua (setiap) rahsia itu akan dibentang dan dipamerkan
kerana : Hati-hati yang mulia itu menutup rahsia-rahsia seperti liang lahat.

Anda mungkin juga menyukai