Anda di halaman 1dari 3

10 Amalan Harian Yang Bakal Mengubah Hidup Kita. Assalamualaikum..

Kalimah kata
kongsikan 10 amalan ini agar sama-sama kita praktikkan dalam kehidupan seharian. In shaa
Allah amalan ini adalah sunnah Rasulullah SAW dan mampu mengubah hidu kita menjadi
lebih bahagia dan bermakna..

1. Berusahalah untuk bertahajjud (kemuliaan seorang mukmin terletak pada


tahajjudnya).

Solat Tahajud biasanya dilakukan semasa Qiamullail. Ibadah Qiamullail adalah


kebiasaan para salaful soleh dan syiar para kekasih Allah SWT. Nabi Muhammad
SAW bersabda dalam hadis:

Hendaklah kamu mengerjakan qiamullail kerana qiamullail adalah kebiasan


orang soleh sebelum kamu. Qiamullail mendekatkan diri kepada Allah SWT,
menghapuskan dosa dan megusir penyakit daripada tubuh. ( Riwayat At-Tirmidzi)

Solat malam merupakan ibadah yang paling afdal kerana ia lebih mendekatkan
diri kepada rasa keikhlasan dan menjauhkan diri daripada riak. Latihan ini sangat baik
untuk mendidik diri agar sentiasa bersih, jernih dan suci

2. Melazimi membaca Al-Quran dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari


(sumber ketenangan seorang mukmin).

Al-Quran adalah motivasi terulung bagi seorang mukmin. Ia merupakan


pengerak utama kepada kekuatan seorang insan untuk melaksanakan segala bentuk
kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tegas Allah SWT dalam Firmannya yang
bermaksud:

Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menajdi penawar dan rahmat
bagi orang-orang yang beriman. (Al-Isra 17 : 82)

3. Memelihara kesempurnaan solat (kekuatan mukmin muslim yang utuh).

Solat merupakan talian hayat utama bagai seorang hamba kepada Tuannya.
Solat juga menghubungkan jiwa, ruh dan hati seseorang insan terus kepada RabbNya.
Kesempurnaan solat akan memberi pelbagai bentuk suntikan tenaga yang mampu
menggerakan dan melonjakan produktiviti serta amal proaktif semua insan. Solat juga
menjadi kecintaan dan kerinduaannya kerana ia mendapat manfaat bersama ibadah
solat sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda:Dan dijadikan mataku sejuk
dalam solat. (HR Nasai)

4. Jaga solat Dhuha (kunci rezeki terletak pada solat dhuha).

Rasulullah SAW bersabda: Pada tiap-tiap pagi ada kewajipan ke atas setiap
orang perseorangan (individu) untuk bersedeqah, dan cukuplah menggantikan
semuanya dengan mengerjakan dua rakaat sunat Dhuha. ( Riwayat Abu Dzar RA)

Sejujurnya, kita akan merasai kelainan yang berbeza dalam menjalani


kehidupan seharian apabila solat sunat ini telah menjadi malakah (darah daging) kita.
Rasa janggal kalau termiss atau tertinggal walaupun sehari.

5. Sentiasa bersedekah setiap hari walau hanya dengan sekuntum


senyuman(penyubur kasih sayang).

Sedekah membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah dan menyuburkan


sifat kasih sayang dalam diri manusia. Dan ganjarannya di sisi Allah SWT amatlah
besar dan lumayan. Allah SWT berfirman:

Perumpamaan orang-orang yang menafqahkan hartanya di jalan Allah adalah


serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir
seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah
Maha Luas ( kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah 2 : 261)

6. Sentiasa memelihara wudhuk terus menerus (Allah menyayangi hamba yang


berwudhu).

Imam Al Banna selalu berpesan kepada sahabat-sahabatnya bahawa Rasulullah


SAW bersabda:Wudhuk adalah senjata mukmin, kerana itu setiap Ikhwan mengambil
berat soal memperbaharui wudhuk apabila terbatal walaupun di kala malam yang
dingin menusuk tulang.

Saidina Umar Al-Khattab RA: Sesungguhnya wudhuk yang baik, mengusir


syaitan dari dirimu.

7.

Amalkan istighfar setiap masa (agar terhapus segala dosa dan noda).

Istighfar menunjukan kemampunan seseorang untuk mengenali kesalahan,


dosa, dan kemaksiatan yang telah dilakukan. Kemudian, muncul perasaan menyesal
dan tekad yang kuat untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Dan bersitighfarlah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha


Pengampun lagi Maha Penyayang.(Al-Muzamil 73 : 20)

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada kita, sabda baginda: Sesungguhnya


hatiku selalu lupa, padahal aku beristighfar kepada Allah dalam sehari sebanyak
seratus kali. (HR Muslim dan Abu Daud)

8. Perbaharui azam dan tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT.

Saban hari, pastinya jiwa dan hati kita akan diuji oleh Allah SWT dengan
pelbagai bentuk ujian dan cabaran. Dan semestinya, jiwa kita itu harus disegarkan
dengan memperbaharui azam dan tekad agar ia tidak layu dan kendur. Terus
bersemangat dan mengobarkan cita-cita serta harapan adalah ciri yang harus pada ada
seorang yang ingin melaksanakan tugas yang berat ini. Iaitu tugas mendaulatkan deen
Allah SWT. Dengan sedikit kemampuan yang Allah SWT berikan kita boleh
menyebarkan syiar Islam melalui pelbagai wasilah dan cara dengan kadar kepakaran
serta kebolehan yang kita miliki.

9. Sentiasa ceria, bermanis muka dan berfikiran positif (watak sahsiah seorang
mukmin sejati).

Rasulullah SAW mengalakkan agar budaya senyum itu dihidupkan oleh para
sahabat dengan ungkapannya: Senyum itu adalah sedekah.

Senyuman itu akan membahagiakan sesiapa sahaja yang melihat kita dan
pastinya ia akan membenihkan bibit-bibit kasih sayang di dalam jiwa manusia.
Sahsiah inilah yang harus dihidupkan bagi melahirkan masyarakat yang harmoni
hidup berkasih sayang di bawah naungan Islam.

Di samping itu, seseorang mukmin haruslah memelihara kesentiasaan positif


dan meninggalkan pengaruh yang baik terhadap individu disekitarnya. Imam AlBanna berkata: Orang soleh sentiasa meninggalkan pengaruh yang positif di mana
pun ia pernah berada.

10. Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT (di situ
terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT).

Ikhlas adalah ibadah hati yang pertama, terpenting, tertinggi dan merupakan
asas utamanya. Firman Allah SWT : Dan mereka tidak diperintahkan, selain untuk
beribadah kepada Allah SWT mengikhlaskan agama hanya untuk-Nya dengan penuh
ketundukan. ( Surah Al-Bayyinah 98 : 5)

Ibnu Qayyim berbicara mengenai ikhlas: Ikhlas adalah menjadikan Allah


SWT sebagai matlamat dalam melakukan ketaatan, iaitu anda memiliki matlamat
hanya pada Dia sahaja, bukan kepada selain-Nya.

Anda mungkin juga menyukai