Anda di halaman 1dari 6

8 Amalan Yang Amat Besar Ganjaran Pahala Dibuat Dalam Masa

Seminit Saja
Semakin masa berlalu, semakin umur kita meningkat dan setiap masa yang berjalan, saat demi saat
sangat pantas pergi begitu saja. Pasti walau sedikit ada penyesalan dalam diri kita kerana gagal
mencari masa dan waktu untuk membuat ibadat kepada Allah SWT.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Pastinya kita selalu merasakan diri kita inilah
yang sering tergolong dalam kalangan manusia yang amat rugi seperti firman Allah melalui Surah Al-
Asr. Tetapi, mungkin ada yang tak tahu bahawa ada amalan-amalan yang boleh dilakukan dan
diamalkan untuk mendapat ganjaran pahala yang amat besar. Semua amalan tersebut boleh dilakukan
dalam masa satu minit sahaja walau di manapun anda berada.
Semua amalan baik ini boleh dilakukan walaupun ketika itu kita sedang membuat kerja seperti
menunggu bas, membaca, sedang berjalan untuk ke mana-mana dan sebagainya mengikut tempat dan
keadaan yang sesuai.
1. Membaca Surah Al-Ikhlas
Dalam masa seminit sahaja kita boleh membaca sehingga lebih dari 10 kali Surah Al-Ikhlas. Surah ini
sangatlah mudah untuk diingat dan dihafal malah ia juga amat popular dibaca ketika dalam solat
apabila kita ingin cepat mengejar masa. Rasulullah SAW bersabda ;

"Sesiapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali,
maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga." - Hadis Riwayat Ahmad

Mulai sekarang, jadikan membaca bacaan surah Al-Ikhlas sebagai rutin atau amalan untuk mengisi
masa lapang, Insya Allah, kita akan dikurniakan rumah yang indah di Syurga nanti.

2. Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW


Kita sememangnya amat digalakkan untuk selalu berselawat kepada Rasulullah kerana setiap selawat
yang kita ucapkan, Allah akan memberikan 10 kali salam terhadap kita. Salam yang membawa
maksud dirahmati hidup kita, dipermudahkan segala urusan dan sebagainya.

"Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya
sebanyak 10 kali ganda." - Hadis Tiwayat Muslim

Dalam jangka masa satu minit kita mampun untuk berselawat melebihi dari 30 kali atau sekiranya kita
mengucapkan selawat pendek, ia juga boleh mencecah sehingga lebih dari 100 kali mengikut
anggaran.

3. Istighfar Memohon Keampunan Allah


Apabila setiap kali kita beristigfar, Allah akan memberikan kelapangan, kegembiraan dan dimurahkan
rezeki yang tak disangka-sangka sepertimana satu hadis baginda Rasulullah SAW ;

"Barangsiapa yang sering beristighfar, maka Allah akan berikan kegembiraan dari setiap
kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberi rezeki dari arah yang tidak
disangka-sangka." - Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad

Dalam masa satu minit saja kita mampu beristighfar lebih kurang dalam 30 kali dengan penghayatan
yang penuh atau pun sekadar lafaz yang ringkas iaitu "Astaghfirullah Hal Adzim," yang boleh kita
lafaz dalam anggaran 100 kali.

4. Bertanya Khabar Ahli Keluarga


Dengan kemudahan yang tersedia pada zaman sekarang seperti media sosial, kita hanya memerlukan
masa satu minit saja untuk bertanya khabar seluruh ahli keluarga yang ada. Sama ada pesanan SMS
atau melalui Whatsapp kita sudah boleh mendapat berita tentang keluarga tersayang dengan cepat.

Tindakan bertanya khabar keluarga selain ibu bapa iaitu adik-beradik atau ahli keluarga terdekat, ia
telah dikira sebagai menghubungkan silaturahim sesama keluarga yang amat digalakkan dalam Islam.
Rasulullah SAW bersabda ;

"Barang siapa yang suka diperluaskan rezekinya dan ditangguhkan saat kematiannya, hendaklah ia
menyambungkan silaturahim." - Hadis Riwayat Bukhari

5. Lafaz Tasbih
Sepertimana sabda Rasulullah SAW ;

"Dua kalimah yang ringan di mulut tetapi berat di timbangan serta disukai oleh Allah Yang Maha
Pengasih iaitu 'Subhanallah Wa Bihamdihi, Subahanallah Hil Adzim." - Hadis Riwayat Muslim

Dengan melafazkan dua kalimah yang teramat mudah ini, ia mampu membantu kita ketika berada di
Hari Akhirat nanti yang mana semua amalan kita dikira dan ditimbang satu persatu. Malahan kita juga
amat disukai oleh Allah SWT dan dalam seminit kita boleh lafazkan tasbih ini dianggarkan 50 kali.

6. Mengakui Semua Kejadian Kehendak Allah SWT


Kalimat yang amat ringkas ini sebenarnya mempunyai kelebihan dan manfaat yang sangat luar biasa.
Biasanya ayat ini kita hanya lafazkan ketika terdengar guruh berdentum di langit, tetapi Rasulullah
SAW ada bersabda ;

"Wahai Abdullah bin Qois, katakanlah "Laa Hawla Wa Laa Quwwata Illa Billah," kerana ia
merupakan simpanan pahala berharga di syurga." - Hadis Riwayat Bukhari

Cuba bayangkan, dengan hanya lafaz ringkas dan mudah ini, ia boleh menjadi sebagai satu simpanan
pahala yang sangat berharga di Syurga Allah. Dalam masa satu minit, dianggarkan kita mampu
melafazkan kalimat ini dalam 30 kali.

7. Mendoakan Kebaikan Untuk Orang Lain

Dengan menggunakan masa hanya satu minit, kita boleh berdoa untuk sesiapa saja, Insya Allah, Allah
akan memberikan atau memenuhi permintaan yang sama untuk diri kita sepertimana doa kita terhadap
orang lain itu.

Sebagai contoh, anda terserempak dengan seorang pengemis atau peminta sedekah, seterusnya anda
berdoa kepada Allah, "Ya Allah, kau murahkanlah rezeki lelaki atau wanita ini," insya Allah kita turut
sama dimurahkan rezeki.

Bermula daripada sekarang, jangan sekali-kali kita lupa untuk mendoakan kebaikan dan kebahagiaan
orang lain. Nabi Muhammad SAW telah bersabda ;

"Barangsiapa yang mendoakan mukmin lelaki atau pun perempuan, nescaya Allah akan memberikan
pahala kebaikan dari setiap mukmin lelaki dan perempuan yang telah didoakannya." - Hadis Riwayat
Al-Thabarani

8. Menyebarkan Kebaikan Kepada Sesiapa Saja


Zaman sekarang semua berita atau maklumat tentang kebaikan, segalanya di hujung jari saja. Setiap
satu kebaikan dan info berguna yang kita sebarkan dan orang lain mendapat manfaat darinya serta
orang lain turut sebarkan apa saja kebaikan berkenaan, kita pasti dapat juga pahala berterusan.

Sepertimana yang Nabi Muhammad SAW bersabda ;

"Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka ia akan mendapat pahala orang yang
mengikutinya, yang demikian itu tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun." - Hadis Riwayat
Muslim
Sebagai contoh yang mudah, dalam jangka masa seminit kita boleh berkongsi artikel ini kepada
kawan-kawan Facebook anda dan apabila mereka turut sama menyebarkan info ini, anda juga
mendapat manfaatnya dan malah semakin bertambah semakin banyak.

Kesimpulan

Sekarang semuanya terpulang pada diri kita sendiri sama ada ingin mengamalkan 8 amalan yang akan
dapat ganjaran pahala yang luar biasa tersebut. Sekiranya kita pandai mengisi masa yang terluang
dengan amalan-amalan ini, insya Allah, kita pastinya akan dapat merasai satu demi satu perubahan
yang besar dalam kehidupan kita.

Amalan-amalan yang dikongsikan ini juga adalah satu bukti bahawasanya Allah sangat menyayangi
hamba-hambaNya dengan berikan ganjaran pahala yang besar dan luar biasa walaupun amalan-
amalan tersebut sangat mudah untuk dilakukan.

Pesan Nabi Muhammad SAW ; "Sampaikanlah dariku walau satu ayat dan setiap kebaikan itu adalah
sedekah." Jadi, jika anda kongsikan perkongsian ini kepada sesiapa saja, ia juga adalah sebahagian
daripada sedekah dan dakwah. Insya Allah, dengan izin Allah pasti ramai yang dapat manfaat
daripada perkongsian ini.

Semoga perkongsian 8 amalan-amalan yang amat besar ganjaran pahala yang dikurniakan Allah
kepada kita dapat kita amalkan dan dijadikan amalan harian sampai bila-bila sehingga ke anak cucu.
Semoga bermanfaat.

7 Amalan Yang Pahalanya Terus Mengalir Berterusan Tanpa Henti

7 amalan pahala yang terus mengalir berterusan walaupun orang yang melakukan amal jariah tersebut
meninggal dunia. Inilah kelebihan amal jariah dalam Islam iaitu antaranya sedekah, menderma,
membantu mereka yang memerlukan, mengajar ilmu dan sebagainya yang sememangnya amat
disukai Allah SWT.

Amal jariah adalah cara untuk mendapatkan pahala yang berterusan dan pahala itu umpama sungai
yang terus mengalir airnya tanpa henti yang mana air adalah sumber yang amat diperlukan oleh setiap
orang di dunia ini. Ini dibuktikan dengan hadis yang amat terkenal dari Abu Hurairah yang
menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda;

"Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia maka terputuslah semua (pahala) amal
perbuatannya kecuali tiga jenis perbuatan iaitu sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan anak yang soleh
yang mendoakannya." (Hadis Riwayat Muslim).

Walau bagaimanapun, masih ada beberapa lagi perbuatan lain yang tergolong dalam amal jariah dan
apa saja amalan yang menjurus ke arah kebaikan adalah amat dituntut oleh agama Islam. Berikutnya
adalah 7 amalan pahala mengalir berterusan yang harus kita ketahui dan juga boleh kita amalkan
nanti.

7 Amalan Pahala Mengalir Berterusan

1. Mendirikan Masjid
Sesiapa saja yang seikhlas hati mendirikan masjid walau sekecil manapun, dia tetap akan mendapat
pahala berterusan setelah masjid berkenaan digunakan oleh orang ramai untuk membuat amal dan
ibadah. Malah ganjaran daripada Allah SWT adalah sebuah rumah di syurga kepada mereka yang
membina masjid. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).
2. Mengalirkan Air Sungai Untuk Orang Ramai
Sesiapa saja yang membantu mengalirkan air sungai yang bersih dengan keikhlasan atau pun
menggalikan perigi untuk kepentingan orang ramai. Walaupun selepas kematiannya air itu tetap
terjaga dan terus digunakan ramai orang begitulah juga pahalanya berterusan umpama air sungai yang
mengalir tanpa henti.

Malah semakin ramai orang yang memanfaatkan telaga atau sungai tersebut, semakin banyaklah ia
tetap menerima pahala di akhirat nanti. Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa yang membina
telaga dan diminum oleh jin atau burung yang dahaga, maka Allah akan memberikannya pahala di
hari kiamat kelak." (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah & Ibnu Majah)

3. Mashaf atau Mushaf (Kitab atau Al-Quran Yang Diwariskan)


Sesiapa yang menulis atau mewariskan Al-Quran, Kitab Tafsir Al-Quran dan Mashaf iaitu buku-buku
agama kepada orang ramai yang memerlukan untuk kebaikan sama ada ahli keluarga, untuk sekolah-
sekolah agama dan Maahad Tahfiz serta perpustakaan awam. Selagi semua pemberiannya itu dibaca
dan digunakan sebagai bahan rujukan, dia akan mendapat pahala yang berterusan.

4. Harta Yang Disedekahkan


Sesiapa yang sedekah dengan ikhlas hati sebahagian daripada harta bendanya pastinya mendapat
pahala yang berlipat ganda. Maksud sedekah harta adalah termasuk mewakafkan tanah untuk
pendidikan Islam, tanaman yang menghasilkan buah-buahan, tanah perkuburan, rumah anak yatim,
maahad tahfiz dan rumah orang-orang tuan. Selagi harta itu dimanfaatkan selagi itu dia mendapat
pahala yang terus mengalir.

5. Mereka Yang Memberikan Ilmu


Sesiapa yang mengajar atau memberikan ilmu pengetahuan yang amat bermanfaat sama ada melalui
pendidikan formal seperti sekolah, universiti dan institusi. Begitu juga pendidikan tak formal seperti
tazkirah, perbincangan ilmiah melalui ceramah, masjid, dakwah, program motivasi, tarbiah dan lain-
lain yang seumpamanya.

Kategori ini juga termasuk mereka yang menulis buku-buku yang berkualiti dan berilmu, kitab-kitab
agama dan juga mereka yang menyebarkan pengetahuan melalui artikel-artikel keagamaan sama ada
di laman sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, blog, website dan sebagainya. Sesungguhnya
pahala itu tetap ada serta berterusan.

6. Anak Yang Soleh


Mereka atau ibu bapa yang meninggalkan anak yang soleh yang diberikan didikan yang baik dan
berpengetahuan agama yang sering membuat kebaikan di dunia serta memperbanyakkan ibadat dan
ibadah, yang sering beristighfar dan juga sering mendoakan kebaikan untuk kedua-dua ibu
bapanya. Doa seorang anak yang soleh kepada orang tuanya amat mustajab di sisi Allah SWT.

7. Rumah atau Penginapan Disediakan Untuk Musafir


Membina atau menyediakan rumah musafir dan pondok atau seumpamanya untuk para musafir yang
ingin berteduh untuk ke jalan kebaikan adalah satu amalan yang amat dituntut dalam Islam. Jika
setiap orang yang menggunakan penginapan tersebut sama ada untuk rehat sekejap atau ingin
bermalam dengan tujuan kebaikan bukannya untuk maksiat, pastinya pahala yang besar berterusan
akan dapat kepada sesiapa yang membinanya seikhlas hati.

Kategori ini juga termasuk kepada mereka yang membina sebarang wakaf, pondok, tempat menunggu
bas atau seumpamanya yang tidak dibina oleh kerajaan, tentunya pahala itu juga akan terus mengalir
kepada orang yang membinanya atau yang mengeluarkan perbelanjaan untuk pembinaan tersebut.

Kesimpulan
Sebenarnya dengan bersedekah dapat membantu diri kita setelah kita meninggal dunia iaitu di alam
kubur yang mana kita terhindar daripada panasnya keadaan kubur malah terasa lapang dan diberikan
keistimewaan kerana berkatnya bersedekah ketika hidup di dunia.

Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya ; "Sesungguhnya sedekah itu benar-benar dapat
memadamkan haba panas kubur bagi pelakunya, sesungguhnya orang mukmin kelak di hari kiamat
hanyalah bernaung dalam naungan sedekahnya." (Hadis Riwayat Al-Tabrani)

Walau bagaimanapun, harus diingat setiap sedekah yang ingin kita berikan haruslah dengan penuh
keikhlasan bukannya atas sebab untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain atau mempunyai sebab-
sebab tertentu. Jika tiada keikhlasan pastinya setiap sedekah anda itu hanyalah sia-sia malah mendapat
dosa.

Islam menegah umatnya yang mempunyai sifat kedekut atau bakhil, terlalu mencintai nikmat dunia
sehingga alpa asal usul dan juga tidak prihatin terhadap golongan-golongan yang memerlukan
bantuan daripada kita. Jika anda salah seorang daripadanya, buangkanlah sifat-sifat yang tidak baik ini
dengan segera kerana semuanya masih belum terlambat.

Marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita untuk menuju ke jalan Allah dan amalkanlah sedekah
walaupun bukan dengan wang ringgit sebagai contoh tenaga misalnya. Walau sesiapa pun kita, miskin
atau kaya, kita wajib bersedekah dan jadikan ia sebagai satu amalan yang wajib kita lakukan. Semoga
perkongsian 7 amalan pahalanya terus mengalir dan berterusan ini akan memberikan anda ilmu dan
pengetahuan. Semoga bermanfaat.

Istiqamah
Majlis ilmu agama adalah taman2 syurga.sabda Nabi Muhammad SAW.

Istiqamah
Istiqamah mmg susah utk sentiasa diteruskn tetapi mesti juga terus mencuba.
Allah akn mmberikn malaikt sebagai teman utk orang-orang yang beriman dan beristiqamah.
Terutamanta bila sakaratul maut,malaikat-malaikat itu akan mmbisikkn di telinga supaya jgn
bimbang, kerana orang itu akn mndpt kebahagiaan yg hakiki.Dan jgn bimbang apa yg ditinggalkn di
dunia kerana Allahbakn menjaganya.
Malaikt akn menjadi teman pada orang-orang yang beriman dn beristiqamah.

Sentiasa akan ada.

Sebab tu para pejuang islam bila mati wajahnya tersenyum kerana malaikat telah membisikkn syurga
yg dijanjikan.

Keyakinan bukan hanya dgn perktaan.Tetapi apa yg kita lakukan dengan amalan.Ingatlah bahawa
dunia ini semata mata ujian.Ujian yg amat sedikit.Kurang harta...sakit..semua tu sikit je.

Iman seseorg akn diuji dgn dugaan.ALLAH berfirman:

" adakah kamu fikir mudah utk kamu masuk syurga?"

Macam mana nak tahu malaikat tu ada dgn kita?


Bila jiwa yg suka pd kebaikn yang menepati syariat, orang yg didampingi malaikat akan sangat suka.
Dan juga jiwa yg tak senang dgn perkara bertentgn syariat.Orang yang istiqamah akan ikhlas dgn
amalannya dan ibadat nya. Contoh buat ibadah hanya utk keperluan dunia.Itu tak ikhlas.Ibadah kena
dibuat dengan ikhlas tanpa kepentingan dunia.Kena teguh dengan tauhid dan ikhlas dgn
ibadah.Kerana kita ikut segala suruhan, hanya kerana Allah.
Apa itu kerana Allah?
Syarat utk ibadah itu diterima
1. Ikhlas 2. Mengikut syariat
Sbrg amalan kena ikut syariat.
Contoh mkn kena ikhlas.
Contoh, drive pergi kerja ni ikhlas ke tak
Kenapa kita makan?

Kita makan untuk beribadat.Supaya ada daya untuk beribadat.Sebab tuhan jadikan kita untuk
beribadah.
Dan makan tadi mestilh dari sumber yang halal,supaya bila kita beribadat akan diterima. Contoh bila
menghadiri majlis ilmu, adakah kita ikhlas tau tidak.Tujuan kena jelas... datang utk mendengar
peringatan, supaya semakin dekat dengan Allah. Bila dengan niat ikhlas, tuhan akan berikan apa yg
kita hajatkn yg sebenarnya.Sentiasalah berniat utk berjumpa Rabb kita, iaitu Allah.

Contohnya rindu berjumpa Allah,kena cukup persiapan, yang lahir dari keikhlasan hati utk berjumpa
Rabb kita.Sebab tu kena sentiasa dengan ikhlas yang tidak berbelah bagi. Sentiasalah berdoa supaya
kita sentiasa berada di jalan yang lurus. Kena pastikan supaya kita berusaha tetap dalam
hidayah.Hidayah kena sentiasa ditingkatkan. Bila kita dah ada dalam islam dan iman... kena minta
hidayah itu tetap and dan terus berkembang. Kerana jika tidak dipelihara,hidayah boleh hilang. Sbb
itu majlis ilmu kena selalu pergi sebagai peringatan

Amalan doa yg paling asas ialah dalam 17 kali alfatihah dlm solat. Tidak boleh pandang ringan pada
dosa.,walaupun sekecil kecil dosa. Yang berdosa tetap berdosa. Dosa-dosa kecil adalah seperti titik
hitm pada kain putih. Sebab hati manusia ni berbolak balik jadi kena minta hati itu nk tetap.Sentiasa
lah ingat pada Allah.

Satu lagi cara ialah cari ilmu-ilmu yang bermanfaat.Dan beristiqamah.Laksanakanlah segala suruhan,
tinggalkanlah segals larangan.Orang yg sentiasa usaha utk menuntut ilmu,akan dimudahkn jalan,tapi
ilmu itu kena mesti meningktkn keimanan.Apa pun ilmu,amalan selagi mendektakan diri dgn Allah,
mesti tingglkn segala larangan.Lepas ilmu,kena ada amal soleh. Bila dah tahu dan dah berilmu,kena
amalkan. Tidak boleh hanya pandai bercakap,tanpa sendiri tidak mengamalkan.Kena beriman dgn
perkara ghaib,dirikan solat dan belanjakn sebahgian rezeki ke jalan Allah.Jadi dalam ayat quran, kena
mula-mula iman kena betul.

Kemudian solat dan berkawanlah dengan sahabat yang soleh. Yang beribadah. Kerana teman itulah
yang patutnya mendekatkan kita Allah.Dampingilah orang yang beribadah mendektkn diri dgn
Allah.Dekatkan kita dengan Allah. Bukanlah tak boleh langsung berkawan dengan orang-orang yang
"tersalah haluan". Tapi kena tahu kiter ni tahap mana. Andai kite hanya takat yang boleh terpengaruh
dengan yang tidak baik. baik jangan. Andai kita sendiri adalah kuat dan boleh berdakwah bolehlah
menyampaikan.

Sentiasalah beringat.Carilah sahabat yang sentiasa akan semakin mendekatkan kita dgn Allah, jangan
sesekali menjauhi.Sebab hati dan keikhlasan kita ni cepat berubah.Sebab dunia ni jambatan ker
akhirat,pilih yang betul untuk destinasi syurga. Andai kita tak kuat,kita menjauhkan diri daripada
yang tidak betul ada lah betul,supaya tidaklah kita semakin hari semakin jauh dari landasan yg betul.
Dan tak boleh riak diri yang kita ni hebat dan dah cukup dengan iman yg ada,kita kena berusaha
supaya iman dan hidayah kita tetap dan hanya akan bertambah... orang-orang yang kini tak berapa
bagus pun,ada kemungkinn akan lebih baik dari kita.Apa-apa pun perbaiki diri, hiasi peribadi,dan
jangan berhenti mencari redha Allah, mendakatkan diri dengan Allah., jangan berputus asa.

Wallahualam.... yang baik dari Allah... segala kekurangan dari diri saya...

Anda mungkin juga menyukai